Pengakhiran Itu Sebenarnya Permulaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


PENGAKHIRAN ITU SEBENARNYA PERMULAAN ~ Kehidupan-kematian .. muda-tua .. dan seterusnya.Ada permulaan ada pengakhiran.Pengakhiran itu sebenarnya permulaan.

Mungkin ada yang berputus asa bila sesuatu yang sedari awal gigih diusahakan menemui noktah tanpa mengecap nikmat .. siapa pun biarsedikit .. rasa kecewa itu bercambah.Lebih-lebih lagi bila meletakkan pengharapan yang menjulang tinggi.SubhanaAllah.Namun semua atas izinNYA juga.Percayalah,pengakhiran (kegagalan) itu sebenarnya permulaan.

Bayangkan kalau kita tidak berasa kenyang walau telah menikmati makanan .. sentiasa lapar .. pasti banyak urusan terganggu.Resah,binggung .. bagaimana kita hendak merasai nikmat kenyang.Justeru,Allah izinkan kita rasa kenyang bila makan supaya kita akan memulakan makan di waktu yang lain.Mudahkan.Hakikat pengakhiran biarpun pada suapan atau di saat kita tidur.

Wujud.Berdiri dengan zat dan sifat yang tersendiri itu DIA.Tiada permulaan tiada pengakhiran.Manakala kita makhluk,proses pengakhiran dan permulaan itu sentiasa berlaku.


Pengakhiran Itu Sebenarnya Permulaan

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. Saya juga baru bermula memahami apa itu blogger... :-)

    ReplyDelete
  2. Permulaan dan pengakhiran sentiasa bersama. Setiap bermula pasti ada akhirnya. Dan setiap yg berakhir ada permulaan lain yang menanti.

    ReplyDelete
  3. kadang kadang rasa putus asa tu. Tapi cepat cepat ingatkan diri semula. Semua ujian ada hikmahnya tersendiri :D

    ReplyDelete
  4. Lumrah hidup insan bernama manusia setiap yang bermula pasti akan berakhir.
    Redhokanlah.

    ReplyDelete
  5. Semuanya adalah ketentuan Illahi..
    Kita perlu sedia hadapi setiap apa yang telah ditetapkan olehNya..

    ReplyDelete
  6. Allah da tentukan semuanya dan yang pastinya adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
  7. Pengakhiran satu permulaan. Ayat yang sangat mendalam kak PC. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita sekeluarga. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..