16 December 2017

Noktahkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

NOKTAHKAN

Noktahkan rasa tidak puas itu dengan rasa SYUKUR.
Kalau kita berasa diri sendiri belum cukup puas.
Kalau kita berasa juga lelah untuk memuaskan orang lain.
Ingat.
Rasa puas itu sepertinya bahagia.
Lebih banyak memberi lebih berganda bakal diterima.


Noktahkan rasa curiga dengan masa hadapan.
Tiada siapa mampu menelah masa hadapan.
Bahagiakah.Deritakah.
Hidup berskala.Sepertinya musim.
Kita manusia.Berhubung dan berhubungan.
Dari jenis yang sama - MANUSIA
Kecuali DIA.Tahu semua.Segala-galanya.
Kita harungi.Kita usahakan.Kita tawakkal.
Cuba mengorak langkah.Mencorak.Melakar.Mewarna.


Noktahkan rasa amarah.
Sejukkan dengan zikrullah.
Redakan dengan istighfar.
Kemudian berbicaralah dengan kewajaran.
Bertindaklah dalam ketenangan.
Keputusan itu lebih mendamaikan.


Noktahkan.
Noktahkan pada suatu yang kelat.
Sedang kita mampu menambah kemanisan.
Walau bermula dari rasa manis yang sedikit.
Noktahkan rasa lelah untuk meminta.
Memintalah dengan doa.
Pikatlah dengan usaha.
Boleh.InsyaAllah boleh.



Noktahkan

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


7 comments:

  1. PUISI INDAH BERMAKNA..NOKTAHKAN SETIAP KEBURUKAN.

    ReplyDelete
  2. erm... hopefully, semua benda buruk dinokhtakkan pergi... jgn simpan di hati...

    ReplyDelete
  3. Yang tak baik kita noktahkan jadi sempadan.
    Fikir yang baik2
    Buat yang baik2
    In sya Allah, hasilnya yang baik2 juga.

    ReplyDelete
  4. betsnya bacaaa.. busyra sukaaa baca penulisan akak..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. terima kasih atas peringatan ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Noktahkan dengan syukur. Noktahkan dengan doa. Noktahkan dengan tawakal. Noktahkan redha. Terbaik kak PC. hihi. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..