17 December 2017

Memahami Itu Berat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MEMAHAMI ITU BERAT ~ Faham itu lebih ringan berbanding memahami kerana memahami lebih cenderung ke arah yang lebih men'dasar'.Ramai orang boleh faham tapi tidak semua orang boleh memahami.Kalau faham itu sekadar apa yang dilihat dan didengari..memahami pula harus hingga tersuntik ke dasar hati.

Ya,memahami itu berat.Satu proses yang bukan calang-calang untuk sampai ke tahap memahami.Alah,memahami je kot..tidaklah susah mana..tidaklah gempak sangat pun..Bagi sesetengah orang ya tapi tidak segelintir insan.Ada hal ringan dipendengaran tapi berat pada penerimaan.Ada perkara berat disampaikan namun cukup mudah untuk dihadam.

Syaitan yang tidak pernah lelah dan bosan menghasut .. iblis yang tidak pernah menyampah dan berputus asa berbisik sedari kita lahir lagi sering menodai hati (iman) dan kewarasan akal kita.Sedang kita berusaha memahami satu-satu situasi untuk menolak sangkaan bahawa semua adalah 'alasan' itu bukan mudah.Senang cakap,bila nak fikir dan anggap positif satu-satu 'alasan yang diberi' atau 'sebab mengapa begitu tidak begini' mesti akan datang bisikkan yang ajak menyimpang.Kalau tidak dari hasutan ghaib..hasutan nyata la pulak.Dugaan!

Bagi PC..untuk kita didik diri memahami itu berat.Tiada rasa untuk memahami itu bakal menghancuri dan akan sentiasa mencurigai.Krisis akan sentiasa terjadi kalau tidak sesama kita paling pedih krisis dengan diri sendiri.Belajarlah untuk memahami kerana ianya tidak rugi.

Memahami Itu Berat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


9 comments:

  1. Faham dan memahami 2 benda berbeza. Kalau sekadar untuk faham memang mudah. Tapi kalau nak memahami memang berat. Tak semua orang willing nak memahami dengan lebih dalam lagi kan.

    ReplyDelete
  2. mmg susah nak faham... sy sdiri pun sgt daif bab memahami ni... betul tu pc hanya Allah sh yang maha memahami...

    ReplyDelete
  3. setuju. ada orang yang ingin difahami , tetapi tidak mahu memahami

    ReplyDelete
  4. Seperti perbezaan simpati dan empati.

    ReplyDelete
  5. macam-macam kan skrng ni.. susah nak paham org lain.. hmm

    ReplyDelete
  6. betul tu mmg susah juga nak faham kadang2 tu pada situasi tertentu

    ReplyDelete
  7. Betul, paham dan memahami adalah berbeza. Bukan berbeza dengan imbuhan semata, tapi berbeza dari segi maknanya. Semua orang boleh faham kita tetapi tak semua mampu memahami kita.

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. setuju. Klu ikutkan, kebanyakkan org mahu difahami tapi sayangnya sedikit sahaja yg mahu memahami...

    ReplyDelete
  9. Setuju kak PC. Kadang tu kita rasa memahami, tetapi bila kita sendiri sesuatu situasi yang dahulunya kita kata memahami, rupanya tidak sama seperti kita rasa memahami sebelum ini. Ianya sangat subjektif dan kompleks. GV setuju kita perlu belajar memahami kerana ianya tidak rugi seperti kata kak PC. Terbaik kak PC. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..