09 December 2017

Melepas Lagi .. Gigit Jarilah Jawabnya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MELEPAS LAGI .. GIGIT JARILAH JAWABNYA ~ Dulu selalu dengar abang-abang sepupu tidak pun kawan-kawan pakcik makcik yang datang rumah atok nenek cakap macam tu..kemudia ketawa-ketawa.Ketawa yang mulut tu muatlah lesung batu dengan anaknya bertapa dalam tu😅..yang cakap ketawa..yang terkena atau dikenakan muka berkedut macam asam keping.

Sesama yang 'sekepala' atau memang saling 'masak' dengan perangai masing-masing hal atau gurauan seperti itu langsung tidak meninggalkan bekas.Tidak jadi kudis senang cakap.Seminit dua baik semula.Lazimnya bab jodohlah .. tidak pun dalam urusan mendapatkan pekerjaan.Ikut kelompok usia yang memperkatakan dan topik tersebut akan mudah 'ngam' dan 'klik' satu sama lain.

Berbanding sekarang banyak punca yang sukar untuk dikesan bagi mengurus  agar tidak terus kusut sebaliknya mudah untuk dileraikan.Semakin lama semakin sukar untuk dimengerti sikap manusia.Justeru mesti berpada-pada ketika berlisan tidak kiralah dengan siapa pun.

Andai hari ini usaha lebih berganda dari sebelumnya namun melepas lagi .. gigit jarilah jawabnya lagi maka itu bukan kerana ketewasan yang berpanjangan.Sebaliknya Tuhan mahu gandakan ganjaran.Kita hanya boleh menjangka-jangka apa yang ke hadapan sedang Tuhan sudah dan lebih tahu setiap kejadian yang akan berlaku.

Melepas Lagi .. Gigit Jarilah Jawabnya
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

2 comments:

  1. Always positif..tu je tips yang saya selalu praktikkan...

    ReplyDelete
  2. Kita kena sentiasa positif kan kak PC. GV tahu ada certain times it's not easy to be a positive thinker, but kita kena yakin qada dan qadar serta setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Nasihat yang sangat baik kak PC. Terbaik. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..