Macam Kecil Tapi Bommmm Impaknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MACAM KECIL TAPI BOMMMM IMPAKNYA ~ Hal kecil sering dianggap mudah dan ringan.Benda kecil sering dikemudiankan keutamaannya.Satu perkara yang kadang kita terlepas pandang adalah .. impak luar jangka daripada hal dan benda kecil yang telah diremehkan.

Usaha sekuat mana.Tawakkal sepenuh jiwa.TETAPI siapa pun kita ini tetap mengharapkan doa.Meminta-minta untuk didoakan.Ya doa.Ledakkan yang acapkali macam tidak bermakna apa-apa kerana sentiasa beranggapan bahawa berjaya sesuatu itu kerana gigihnya berusaha.Tajam dan padunya setiap kiriman dan hadiah doa itu luar biasa.

Sentiasalah minta didoakan dan mendoakan yang baik-baik..yang molek-molek dan yang cantik-cantik..

Bila kita bertindak,pasti sudah dirasakan cukup wajar untuk dilakukan.Sebab itulah kita melakukan.Hidup dikelilingi insan-insan yang sentiasa memandang .. selalu mendengar .. juga memiliki rasa ingin tahu yang tinggi,mesti perlu sentiasa waspada.

Tidak semua boleh diterima orang .. seperti mana kita tidak semua tindak tanduk orang kita hadam dengan mudah .. faktau mahupun auta .. serius atau sekadar acah-acah suka-suka ... ingat,yang mahu mencontohi sentiasa ada.Hati-hati ya..


MACAM KECIL TAPI BOMMMM IMPAKNYA
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


6 comments:

  1. tindakan yang kecil,impaknya besar

    ReplyDelete
  2. W'salam PC,

    Entri ini juga boleh disamakan dengan tindakan kita. Mungkin kesilapan kecil boleh memberi impak yang besar, jadi fikir dahulu sebelum buat sesuatu..

    ReplyDelete
  3. Serba salah pula bila nak buat sesuatu tindakan. Adakala pulangannya tidak seperti yang diharapkan :)

    ReplyDelete
  4. doaaa antara punca hati menjadi tenang dan doa juga antara 1 cara berkomunikasi. semoga yang baik2 saja untuk kite semua =)

    ReplyDelete
  5. Doa yang baik2
    mudah2an impaknya pun baik2 juga.

    ReplyDelete
  6. The Power of Doa. GV doakan semoga kita semua sentiasa bahagia di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..