30 December 2017

Jangan Biar Rasa Membinasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JANGAN BIAR RASA MEMBINASA

Udang digoreng bersama peria
Biar pahit banyak khasiatnya 
Fanatik tidak usah hingga memuja
Silap tingkah lain hukumnya

Terasa mahu makan semangka
Dapat sepotong pun sudah rasa bahagia
Apa dikongsi biar berpada
Jaga batasan tingkah sentiasa

Makan pulut bersama mangga
Mangga madu manis tidak terkata
Marah itu ada baiknya
Cukup niatkan untuk mendidik sahaja

Sungguh harum bau nangka
Masak molek di dalam raga
Jangan hari ini bersungguh tidak suka
Esok lusa mabuk kepayang beria-ria 

Putih dan ungu si buah naga
Bijinya halus tidak terasa
Cemburu itu ada bahayanya
Cukup tersemai untuk berjaga-jaga
Jangan Biar Rasa Membinasa
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. penuh dgn isi tersirat pantun2 PC ni...thanks

    ReplyDelete
  2. dalam maksudnya.. stiap rangkap beza2..
    thanks for the reminder ^^

    ReplyDelete
  3. Suka baca, dalam maksudnya.. ;)

    ReplyDelete
  4. kena baca dalam ketenangan. Baru paham maksud yg tersurat dan tersirat ^^

    ReplyDelete
  5. INDAH PANTUNNYA DGN MKNA MNDALAM

    ReplyDelete
  6. Nak marah atau menegur biar kena dengan caranya. Mendidik biar dgn didikan yg sesuai. Agar yg salah dpt dibetulkan.

    ReplyDelete
  7. Nasihat yang sangat baik kak PC. :D

    ReplyDelete
  8. sbelum buat sesuatu kita kena fikir baik buruknya dulu.. inshaAllah smuanya akan baik

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..