15 December 2017

Cantik Sangat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CANTIK SANGAT

Alhamdulillah bertemu lagi Jumaat
Umpama hari raya setiap minggu ummat
Carilah seberapa banyak berkat
Moga mewah kelak di akhirat

Cantik dunia sementara
Sementara ada yang memuji dan suka
Hakikat cantik bukan sekadar dirupa
Seiring waktu bakal dimamah usia

Kita berkira-kira 
DIA merencana juga
Kita istiqhomah dengan usaha
Terima juga apa kiriman daripadaNYA

Rasulullah juga seperti kita
Allah memilih dikalangan manusia
Tujuannya satu cuma
Agar ummat mudah menerima

Jika dihitung semua yang ada
Sangat cantik sangat sempurna
Bukan atas ikhtiar makhluk semata
Melainkan atas kun fayakunNYA

Langkah kanan dianggap berezeki
Tuhan telah atur kita yang memiliki
Dipandangan manusia macam teka teki
Hakikatnya sudah tertulis di alam rahim lagi

Esok Sabtu seterusnya Ahad
Gunakan waktu walau terhad
Menghadiri majlis-majlis berakad
Moga berbahagia hingga berabad

Cantik Sangat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




13 comments:

  1. in shaa Allah. have a good day and a good weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah amin..kita jalani dengan kerendahan hati 😊

      Delete
  2. salam jumaat kak, Allah is the best planner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat juga mimin...betul tu 😀

      Delete
  3. salam jumaat
    mmg cantik bahasa akak nie
    terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kembali Hasliynda...subhanAllah terima kasih 😁

      Delete
  4. Salam jumaat PC. Semoga beroleh keberkatan hari mulia ni. Sama2 pertingkatkan amal ibadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat juga Kak Ana..amin...mana boleh gandakan kita gandakan 😁

      Delete
  5. Pergi Jalan-Jalan Ke Batu Pahat,
    Terima Kasih Atas Nasihat.

    Terbaik kak PC. Hihi. :D

    ReplyDelete
  6. Semua yg diciptanyNya cantik sgt... hanya diri ini jer yg x cantik dalamnya... hukhuk

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..