12 December 2017

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


ADA YANG MENARIK-NARIK BUAT TERTARIK ~ Naluri sangat sukar diterjemah kerana kadang perkataan pun tak mampu membayangkan apa yang dirasai.Tapi boleh je terbayang pada sinar mata dan air muka.Gembira,sedih,bahagia atau tengah meletop-letop dalam hati..begitu jugalah kalau kita lakukan sesuatu..sedikit sebanyak ada yang menarik-narik buat tertarik..😁lebih bersemangat lebih mercik peluh.

Berbelanja keperluan harian..belanja dapurlah mudahnya baik barang basah atau barang kering.Sebenarnya ikut cara masing-masing.Ada yang membeli barang kering untuk sebulan manakala barang basah stok untuk seminggu.Atau ada juga gemar berbelanja hari-hari terutama barang basah kerana mahukan kesegaran.Mudah sebenarnya..bila kita melihat jangan mudah buat kesimpulan kerana setiap individu,pasangan atau keluarga ada pola ekonomi dan kira-kira masing-masing.

Bila pergi berbelanja...ADA YANG MENARIK-NARIK BUAT TERTARIK  je.. ada tak tempat yang "mesti" kalian pergi .. walau sekadar tengok-tengok .. banding harga dan jadikan terapi.. adoi laaa..

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

Beli tak beli mesti berhenti di bahagian buah-buahan ni..haruman buah-buahan ni jadi terapi untuk PC...ditambah dengan warna-warnanya..tak beli banyak sebiji dua pun alhamdulillah..sampaikan En Suami pun dah faham..sebiji dua tapi kalau banyak jenis mahu juling mata juga😄kahkahkah..betul jugakan.

Tekak masing-masing tidak serupa kerana citarasa dan selera pun jauh beza.Jangan pelik juga kalau ada yang lebih gemar mencuba makanan digerai-gerai mahupun restoran-restoran baru ya.Cuba elakkan beranggapan .. "fuh banyaknya duit dia" ... "malas masak la tu" ... "tidak menjimatkan" ... "eleh sah-sah tak pandai masak" ... Assalammualaikum ... ingat,rezeki bukan urusan kita.Allah menarik hati kita untuk makan di tempat-tempat makan untuk memberi rezeki pada peniaga juga sebenarnya 😁

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



9 comments:

  1. memang menarik buahan kat pasaraya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik...cuma kena hati-hati ketika memilih... ☺

      Delete
  2. sama lah mesti singgah dekat tempat buah dan mesti akan beli 1 2 jenis buah utk stok dekat rumah. buah2an ni ada tarikannya yg tersendiri. kalau masuk MBG pun sama. wangi sangat bau manis buah2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak Ana...lain macam...lagi-lagi kalau ada buah mempelam atau honeydew...adoilah menarik-narik je..kadang hilang fokus nak cari sayur atau ikan...😅

      Delete
  3. Colorful buah-buah tu yang mudah tertarik.
    Mrs. A suka buah-buahan tempatan lagi macam rambutan, mangga, duku langsat ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kak...PC pun suka juga..ala beli tak banyak pun kak...tapi mungkin berjenis tu yang juling juga mata...😅

      Delete
  4. hehe yaya paling suka singgah tempat buah dekat aeon . mmg akan jd terapi minda jiwa yaya bila tgk teratur dgn susunan warna nya . rasa mcm satu sudut yg tenang dalam mall tu . ehehhe .mmg confirm akan ambil buah jgk . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius kan...macam ada magnet kat part buah-buahan tu...kak PC kalau ke aeon pun rajin juga beli buah...buah pisang pun terbabas beli juga...kalau ada yang murah-murah lagi la macam apa...😅

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..