25 November 2017

Sebelum Izrail Menyapa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBELUM IZRAIL MENYAPA ~ Dengar sahaja namanya sudah menggetarkan jiwa..meremang bulu roma.Bagaimanakah wajahnya saat dia datang atas arahan Allah SWT untuk melunaskan tugas yang digalas untuk memisahkan nyawa dengan jasad..Allahu.Saat jemari menaip ini pun terasa mahu tumpah air mata PC.Ngilu rasa hati.SubhanaAllah..disaat dia turun mendekat,kerajaan daripada pihak mana yang bakal dia bawa dan memperlihatkan kepada kita.Sungguh saat itu PASTI akan datang .. malah semakin mendekat.

Izrail  .. Malaikat Maut .. Si Penjaga Nyawa-nyawa atas perintahNYA.

Allah SWT ternanti-nanti rayuan kita.Doa..ya itu rayuan hamba..mintalah apa sahaja,,sebanyak-banyaknya,,sepuas-puasnya.Mengadulah apa pun biar hal yang sama berulang kali..yang berasa jemu itu hamba bukan DIA PENCIPTA.Justeru tidak perlu malu untuk mengadu,berkeluh kesah apatah lagi teresak-esak menangis.Silakan.Lakukan dengan rasa rendah hati.Tapi satu hal yang jangan kita ketepikan .. berdoalah agar Allah SWT sentiasa memberi hidayah kepada kita selagi bernyawa.


●○●○
Daripada 'Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,)."

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)
●○●○


Hidayah daripada Allah SWT perlu diminta .. mesti diusahakan .. harus senantiasa digilap agar bersinar.Buka jendela hati seluas-luasnya agar hidayah itu tidak menjauh.Adalah lebih baik hidayah itu kita buru sebelum Izrail menyapa.Sepertinya bolehkan  air terisi ke dalam gelas seandainya gelas tersebut bertelangkup (terbalik) .. pastinya air yang cuba diisi akan tumpah.Begitu juga hidayah Allah SWT.

Sebelum Izrail Menyapa
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

5 comments:

  1. Perkongsian yang baik.. Mati itu pasti.. takutnya amal yang kita buat belum mencukupi kan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Perlengkapkanlah diri kita sebelum masanya sampai.

    ReplyDelete
  3. terima kasih PC sntiasa mengingatkan sesama saudara :(

    ReplyDelete
  4. Bila Azrail datang memanggil... jasad dan tubuh... lirik lagu Selimut Putih. Peringatan yang sangat bagus kak PC. Semoga kita semua masuk syurga dengan keredhaanNya InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..