22 November 2017

Sebab Apa?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBAB APA? ~ Sebab?..Ya sebab..kalau atas kehendak diri,,pasti tahu apa sebabnya..namun dalam kehidupan kita ini hamba..kita mesti bersedia dengan dua jenis "sebab".."sebab" yang kita sendiri tahu dan direncanakan..dan..."sebab" yang tersangat rahsia daripada takdir -qada qadar yang TELAH Allah SWT tetapkan sedari kita dirahim ibu lagi...dan "sebab" ini akan kita ketahui bila ianya terjadi atau telah Allah SWT izin untuk kita lalui...

Sebab apa kita makan?...sebab perut kita berasa lapar.Nampakkan lapar itu sebab yang membawa kita untuk bertindak..tidak kiralah memasak atau membeli makanan seperti yang dikehendaki atau diingini.Tapi,jangan sekadar suap makanan ke mulut sahaja..kalau boleh serba sedikit ambillah tahu apa yang hendak dijadikan darah daging itu..

Itu cantik..ini cantik..fesyen tidak asing dengan kita..cuma jangan kita kelihatan seperti makhluk asing kerana ghairah berfesyen..mengikuti perkembangan fesyen eh tak salah pun...tetapi pastikan mana yang boleh mana yang tidak..apa yang wajar apa yang tidak..bagaimana yang halal bagaimana yang haram..ambil tahu..pelajari..rujuk.Mana ada istilah terlambat..kecuali bagi yang memang tidak mahu berubah..ya beralasan saja.Kalau hari ini banyak yang terdedah bukan bermakna nama terpadam menjadi calon syurga..yang penting mahu hijrah.Istiqhamah kerana DIA.**peringatan keras untuk diri PC juga!**

Menuding jari..eh mudah..ingat jari telunjuk itu bersih..jari telunjuk itulah yang bangkit lurus saat bersyahadah ketika bertahiyat dalam solat.Jadi jangan dicemari dengan hal yang bukan-bukan.Bila kita dengar,baca atau lihat hal yang tidak manis atau tidak sewajarnya yang seolah-olah dilakukan secara terburu-buru atau mendadak..nanti dulu kalau mahu ber"persepsi"..kalau kita bertindak pasti ada sebab...begitu juga orang lain.Justeru belajar memberi ruang dan memahamilah.

Sebab Apa?

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


6 comments:

  1. Satu jari tunding salah org tapi jari yg lain lebih byk tunding pada kita.

    Skrg ni fesyen bermacam2 trend. Tak salah nk berfesyen janji tidak melanggar syariat. Semoga kita sentiasa beringat. Peringatan utk diri kak ana sendiri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sering segelintir daripada kita lupa kak Ana...lupa yang menuding pada diri lebih banyak...

      Betul kak...sekarang cantik2 dan macam-macam idea diterjemah melalui fesyen pakaian...cuma mesti berhati-hati 😁

      Delete
  2. Asalam..cantik infor..senang membaca. Sebab itu singgah pasti ke laman PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Cikgu Etuza..alhamdulillah terima kasih cikgu 😁

      Delete
  3. salahkan orang lain memang senang

    ReplyDelete
  4. Setuju kak PC. Dalam hidup kita, persoalan sebab apa selalu timbul apabila ada suatu perkara yang kita tak memahami secara realiti atau secara ghaibnya. Hanya Allah SWT Maha Berkuasa Lagi Maha Berkuasa. Semoga kita semua sentiasa diredhai olehNya dan memperolehi keberkatan ke atas segala amalan kita di dunia mahupun akhirat nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..