09 November 2017

Rasai,Hayati,Nikmati Dan Jaga Kemewahannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


RASAI,HAYATI,NIKMATI DAN JAGA KEMEWAHANNYA ~ Setiap orang pastinya berkeinginan.Nak itu .. nak ini.Inginkan sesuatu.Jika sudah ada,inginkan yang lain yang lebih baik.Atau mungkin ingin apa adanya sudah memadai.

Lain orang .. berbeza tahap kepuasannya.Jangan hairan kalau kita melihat telah semua dia miliki apa selayaknya .. namun seolah masih ada yang mahu terus dia cari .. lagi .. lagi dan lagi.

Rasa bersyukur itu membuat kita berasa cukup.Sentiasa mensyukuri itu umpama noktah dan pematah nafsu.Namun jangan menjadikan bersyukur itu alasan untuk kita bermalas-malasan terus berusaha.

Bahagia bila membahagiakan.Bahagia bila miliki apa yang diusahakan.Bila kita usaha dan setiap usaha itu membuahkan hasil .. subhanAllah nikmat luar biasa.

Bersungguh kita rasai,hayati,nikmati dan jaga kemewahannya .. pada setiap apa yang sedang kita miliki .. daripada sekecil-kecil harta hinggalah sebesar-besarnya yang dimiliki..wow.Tetapi percayalah hakikat nikmat sebenar itu bila rasa rendahnya hati sebagai hamba sentiasa belajar rasai,hayati,nikmati dan jaga kemewahan lima rukun Islam dan enam rukun iman ini.

Rasai,Hayati,Nikmati Dan Jaga Kemewahannya
Google image 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 comments:

  1. Syukur alhamdullilah kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan. Aamin. :)

    ReplyDelete
  2. Manusia tu memang selalu tak pernah rasa cukup dgn apa yg dia ada. Saat tu kehendak melebihi keperluan sampai terjadi pembaziran. Dan lupa utk melihat org yg jauh susah dr kita.

    Kalau kita baca sirah Nabi Muhammad, betapa Baginda sgt zuhud. Tidak membazir walau sedikit. Jauh sgt dgn kita skrg ni. Kadang tu malu sgt dgn diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang muhasabah diri...Allah SWT tangguh apa yang kita mahu bukan kerana DIA tidak sayang kita...tapi untuk kita lebih bersedia...belajar bersyukur dengan nikmat depan mata kan kak...Allahu.

      Delete
  3. Kalau kita sentiasa bersyukur, Allah akan tambah nikmatNya lagi.

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULILLAH SYUKURI NIKMAT ALLAH

    ReplyDelete
  5. nikmat nafas yang diberikannya pun dh bersyukur yg selalu dilupai....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..