Jangan Di Tanya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGAN DI TANYA ~ Nak ke mana tu..bercuti ya.Alhamdulillah.Masa dan peluang yang ada manfaatkan sebaik-baiknya ya.Tidak mengapa kalau tidak ke luar negara..atau hanya bersantai di halaman rumah  sahaja sambil makan dan minum bersama.Kualiti masa itu sangat berharga.Saling menghargai itu lebih utama..dan cara saling menghargai itu lain orang lain cara dan pendekatannya.

Nak tahu kenalah bertanya.Begitu juga kalau tidak tahu.BERTANYA.Sebenarnya bertanya ni lebih untuk mendapat kepastian akan satu-satu perkara.TETAPI tidak semua perkara atau isu perlu kita tanya semata-mata untuk memenuhi keinginan hati.Kesimpulannya nak bertanya pun perlu bijak dan sensitiflah sikit ya.Jangan nampak sangat "busy body".

Lain padang,lain belalang .. lain orang,lain caranya.Ada orang bijak mengawal emosi agar tidak larut dalam situsi..dan ada orang situasi yang tenang menjadi berantakkan gara-gara terbawa-bawa dek emosi.Nampak tak,betapa orang itu berbeza-beza..ada jenis "cool" walau yang lain "hot" macam bara api ditapak kaki..ada juga ikut situasi..macam-macam.Cuba kita belajar mengenal situasi.

Jangan ditanya sekiranya pertanyaan itu menambah luka dan duka pada orang lain.Jangan ditanya kalau pertanyaan itu membawa kesan mudharatnya melebihi kebaikkannya.Jangan ditanya sekiranya terang lagi nyata empunya diri mengatakan ianya peribadi dan rahsia.Ingat..jangan ditanya kalau seandainya terjadi pada diri sendiri pun tidak mampu kita hadapinya.


Jangan Di Tanya
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


18 comments:

  1. bertanya tk salah kalau utk kepastian sesuatu tp ada juga perkara yg tk perlu ditanya jika melukakan hati orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...berpada-pada bila mahu bertanyakan 😊

      Delete
  2. kadang tak sedar pertanyaan kita menyakitkan hati orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...tanpa disengajakan..kita manusia biasa 😊

      Delete
  3. Salam singgah sini lagi :)

    btw jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah dan jemput PC join giveaway...insyaAllah ya 😊

      Delete
  4. Bukan semua rahsia/ akta rahsia boleh dijawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Pakcik..terkadang orang tidak mahu memahami 😊

      Delete
  5. BERTANYA PUN KENA PERTIMBANG SOALAN DULU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...tapis soalan..sesuai atau tidak.. 😊

      Delete
  6. bertanya kene pandai tgk situasi. jangan tanya main redah je. risau hati org yang ditanya terguris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat.Jangan asal boleh dan ikut suka...kita suka tapi orang lain belum tentu boleh terima.. 😊

      Delete
  7. Jangan ditanya soalan-soalan sensitif ditempat terbuka dan awam.

    Pernah Mrs.A bertanya kepada Abang sulung kenapa dia tak mahu ke majlis kahwin jawabnya dia malas nak jawab dan dengar orang tanya dia bila nak kahwin?

    Nampak soalan simple tapi sensitif pada mereka yang belum bertemu jodoh.

    ReplyDelete
  8. Isu jodoh..isu anak..sebenarnya sangat sensitif kak..kadang orang sengaja bertanya walhal sedia maklum akan hal tersebut..kadang ada yang tidak mahu bersosial dan lebih suka bersendiri kerana mulut2 orang..mereka lupa semua qada qadar dan semua Allah punya.

    ReplyDelete
  9. Rajin bertanya tu bagus juga tp kena letak pada keadaan yg sepatutnya seperti dalam kelas semasa belajar. Dan ada kala diam lg baik dari bertanya seperti dlm keadaan org ditimpa musibah atau orang yg mengharapkan sesuatu dlm tempoh yg lama. Kena peka pada keadaan pada asasnya.

    ReplyDelete
  10. Kata-kata yang penuh makna tersirat..begitulah aturan yang benar..kena bertanya baru tidak sesat jalan ..ada hikmah bertanya tu dek..terima kasih paparan ini bagus untuk minda kita ..

    ReplyDelete
  11. jangan ditanya.lagi banyak kita tak tahu, lagi baik sebenarnya

    ReplyDelete
  12. GV setuju kak PC. GV selalu ingatkan diri jangan tanya perkara-perkara yang boleh melukakan hati orang lain kerana GV tak sanggup nak menanggung dosa melukakan hati orang lain. Semoga kita semua dilindungi daripada perkara-perkara yang boleh memudaratkan kita sepanjang kita hidup di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..