08 November 2017

Dibalik Tirai Itu ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIBALIK TIRAI ITU ..

Ya dibalik tirai itu
Bermula sebuah jihad 
Hidup.Mati
Memberi peluang jasad untuk terus hidup
Bernyawa dengan izinNYA 
Nyaring tangisan 
Bukti kekuasaanNya 
Penawar segenap keluh kesah dan kesakitan
Wahai anak
Andai tidak dapat sentiasa berdampingan
Sentiasalah berhubungan


***

Meratapi
Menginsafi
Berjanji tidak mengulagi
Terpisah.Terasing
Kembali mencari diri
Taubat dengan cara dan niat masing-masing 
Membayangkan yang di luar
Mencongak
Berkira-kira
Menanti-nanti.
Telah dimuktamadkan atau sedang dibicara
Berat.
Untuk diri sendiri.Untuk yang menyayangi.
Wahai kerabat
Jangan terus dibiar
Mungkin diakhirat mereka lebih hebat


***

Sepi.
Di sepertiga gelapnya malam
Esak tangis.
Halus.Tulus
Rintihan hati
Berbicara dari hati hamba
Ke pendengaran penglihatan PENCIPTA 
Merayu-rayu 
Meraih kasih
Memujuk simpati 
Berhajatkan syurga ILAHI
Duhai hamba
Segelap mana masa silammu
Pintu taubat terkuak luas untuk semua


Dibalik Tirai Itu ..
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 comments:

  1. WAH IDAHNYAPUISI MERUNTUN HATI MENGINSAFI KESALAHAN DIRI

    ReplyDelete
  2. moga kita semua sebelum mati sempat bertaubat

    ReplyDelete
  3. Mudah2an taubat kita sampai kepadaNya

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah menerima segala amalan dan taubat kita yang tidak seberapa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..insyaAllah kak Ana..kita usahakan 😊

      Delete
  5. Betul tu kak. Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. Pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita masih bernyawa di dunia sementara ini. Nasihat yang sangat bagus kak PC. :)

    ReplyDelete
  6. semoga kita sentiasa mohon ampun dan tidak lalai kpdNya... InsyaaAllah

    ReplyDelete
  7. semoga Allah merahmati kita semua. Aaminn

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..