19 November 2017

Bila Sampai Detiknya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BILA SAMPAI DETIKNYA ..

Penantian.
Penyeksaan.Hakikatnya Tuhan sedang mentarbiah.
Sabar.Sabar juga perlu disemai.
Sentiasa mesti disiram agar subur.
Mudah mendapat mungkin mudah melupa.
Justeru Tuhan mahu kita perbetulkan dahulu.
Bukan Tuhan menzalimi.
Tetapi..
Persediaan melalui yang bakal mendatang.
Bersangka baiklah.

***

Takdir.
Mahal.Mahal untuk menerima.
Murahnya nanti pada air mata.
Meninggalkan.
Ditinggalkan.
Bersedia.
Tidak bersedia.
Siapa kita menduga-duga.Berkira-kira.
Ada yang terluka.Merana.Derita.
Bukan tidak merela.
Tapi wajar berasa rentapan dijiwa.
Allahu.

***

Berbahagian.
Terlepas.Mungkin hari ini.
Esok.Lusa.Seterusnya.
Senyum bak belati.
Tipis menghiris pedih.
Roda berputar.
Takdir berpindah.Tiada yang mustahil.
Segalanya mungkin.
Mungkin untuk sesiapa pun.
Ingat.
Singkat perjalanan dunia.
Berat perhitungan akhirat.

Bila Sampai Detiknya
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


10 comments:

  1. kena ulang banyak kali baru faham hehe nice lah, suka baca! https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...maaf ya..susah nak faham ya...insyaAllah kak PC cuba perbaiki...
      Terima kasih ya...😊

      Delete
  2. Ujian tanda Allah syg. Dia nak kita sentiasa ingat pada Dia. Berlapang dada lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau manusia memandang kekuatan luaran...Allah SWT membentuk kita untuk kuat dalamankan kak...itu yang diberi ujian.. 😊

      Delete
  3. Percaya pada takdir. Bersabar bila diuji, bersyukur bila dkurniakan nikmat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ana...nikmat luar biasa akan kita dapat insyaAllah 😊

      Delete
  4. Terbaik kak PC. Mungkin Rukun Iman & Islam boleh jadi pedoman kita dalam menzahirkan amalan kita ke arah kebaikan. Singkat perjalanan dunia, berat perhitungan akhirat. Majoriti manusia selalu lupa hal ini termasuk GV. huhu. Semoga kita semua dipermudahkan urusan di dunia mahupun di akhirat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..insyaAllah..namanya manusia sering lagha...tp jangan bimbang..bangkit..perbaiki mana yang wajar...ganda mana yang kurang...insyaAllah ada solusinya 😊

      Delete
  5. Bila sampai detiknya,
    kita tak boleh mengundur walau selagkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak terlambat...tidak juga tercepat kan Pakcik WP 😊

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..