Bermulanya ...

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BERMULANYA ~ Apa yang terlihat pada luarannya manusia tidak kiralah sesiapa pun .. itu belum cukup menterjemah apa hakikatnya yang di dalam.

Tersembunyi.Menyembunyikan.

Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi melainkan kita menzalimi diri sendiri.Allah SWT beri seiring lintasan hati hamba-hambaNYA.Baik maka baiklah .. dan sebaliknya.

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)
Bahagia dalam ketenangan .. ya semua berkeinginan sebegitu.Apa yang paling penting adalah menikmati rasa-rasa bahagia yang sentiasa disertai keberkatan.Bukan sahaja makanan yang kita suapkan ke mulut perlu dipastikan halal,suci serta berkatnya .. dalam hal lainnya juga perlu akan keberkatannya sentiasa.

Mencari satu kepastian itu perlu untuk menghindar dan terhindar daripada rasa sangsi dan fitnah.Bebas keraguan .. bebas bersangka-sangka adalah vitamin keputihan minda dan jiwa.Tenang untuk beribadah .. fokus untuk beraktiviti.InsyaAllah.

Bermulanya ...
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih atas peringatan ini

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian dan peringatan =)

    BalasPadam
  3. Apa yang baik yang terlihat pada diri kita bukan sebab kita baik kan. Tp sebenarnya Allah tutup keaiban kita. Allahu Akbar.

    Sumber makan dan minum kena wajib halalnya. Sebab menjadi darah daging kita kan PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...Allah bantu kita...banyak sangat Allah cover kita...banyak peluang Allah beri..

      Padam
  4. Peringatan yang baik... bersihkan hati dan teranglah masa hadapan..

    BalasPadam
  5. Bahagia dalam keberkatan. Insyallah :)

    BalasPadam
  6. kreatifnya pc.. setiap entri ada sja pengolahannya.. nnti boleh jdikan sebuah buku.

    BalasPadam
  7. Peringatan yg baik buat kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini PC.

    BalasPadam
  8. Bahagia dalam ketenangan. Itulah kepuasan kehidupan yang sebenar kan Kak PC. GV setuju kita perlu ada keberkatan dalam apa jua kita lakukan, barulah ada kebahagiaan dalam ketenangan. Terbaik kak PC. :D

    BalasPadam
  9. In syaa Allah
    Mudah2an hati kita sentiasa bersih dan jiwa kita sentiasa tenang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama