23 November 2017

Bagaimana Ceritanya Nanti

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BAGAIMANA CERITANYA NANTI

Cerita.
Kita asyik bercerita.
Atau 
Mereka sakan meluah rasa.
Dengar.Tapis.
Adakala terus abaikan.
Baik ditauladani.
Baki yang buruk disempadani.
Ingat.
Hidup bukan sekadar di dunia ini.
Akhirat.Mahsyar.Syurga.Neraka.
Menanti.

○●○●

Lisan.
Mudah.Sebenarnya tersangat mudah.
Justeru hati juga tersangat mudah cedera.Parah.
Bicara.
Berlalu pergi.
Bagaimana ceritanya nanti.
Yang tersakit hati.
Yang mohon simpati.
Yang menggalas beban.
Seolah sebahagian nyawa diambil kembali.
Buat.Tanggung.
Dunia ditanggung.
Akhirat menjawab.

○●○●

Bagaimana ceritanya nanti.
Bila babak dan watak telah tamat.
Di dunia ini.
Bila ditutur lain.
Ditingkah berbeza.
Dihati damba syurga.
Diakal tergila-gila dunia.
Astarghfirullahaalaazim.

○●○●

Terus mencongak derhaka.
Segera sedar diri mewah dosa.
Entah sudah berapa banyak mencurangi DIA.
Allahu.
Titiskan lagi tangisan sesal.
Berjanji.
Tidak ulangi.
Bagaimana ceritanya nanti.
Sumpah.
Takut sendiri.
Moga nama tidak terpadam.
Biar yang di terakhir calon.
Syurga tetap jadi dambaan.

Bagaimana Ceritanya Nanti


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

4 comments:

  1. manusia memang begitu sifatnya. Memang selalu mengimpikan syurga tapi dalam hati dunia lagi besar dari akhirat.

    ReplyDelete
  2. Entah bagaimana berakhirnya nanti

    ReplyDelete
  3. semoga pengakhiran yang baik2 untuk kita semua..amin2 :)

    ReplyDelete
  4. ALAM FANA MELIMPAH CERITANYA PILIH TERBAIK N TAULADANINYA.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..