Sihat? .. Sebolehnya Segenap Sudut

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SIHAT?.. SEBOLEHNYA SEGENAP SUDUT ~ Syukuri setiap nikmat.Walau sekecil nikmat.Alhamdulillah,kerana walau sedikit atau sekecil nikmat,Allah SWT izin untuk kita nikmati .. Allah SWT pilih kita.

Kisah dua hari lepas .. PC tidak terlibat dan tidak melibatkan diri pun,tapi bersemangat kerana En Suami terlibat.Hari Sabtu,bukan sahaja dewasa bersiap dan bergegas berkumpul di tempat yang ditetapkan,anak-anak remaja malahan kanak-kanak juga terlibat sama.Awal pagi comel-comel dan kacak-kacak belaka kayuh basikal.
SUMBER IMEJ : http://www.harisukannegara.my

Awal pagi .. dengan wajah bersinar lagi berseri-seri ..
"Acik sidai baju ke .. kita nak pegi sekolah ada senam-senam dengan cikgu .. ada nari muzik tu la acik" *poco-pocolah agaknya tu tak pun berzumba..hikhik*

Tengahari .. anak yang sama tapi wajah yang berbeza .. keletihan agaknya tapi tetap menegur sapa ..
"Acik kita dah balik .. kita penat nak kayuh basikal pun penat😄"
SUMBER INFO : http://www.harisukannegara.my


Negara Bersukan bermula daripada isinya iaitu rakyatnya.Bila rakyatnya suka bersukan,rajin bersukan,istiqhomah bersukan .. insyaAllah dapat diwujudkan dan menjadikan apa yang diingini itu terlaksana.Sebut bersukan tidak semestinya berlari bermati-matian tetapi setahun sekali atau pada hari sambutan yang ditetapkan saja..sebaliknya biarpun sukan atau senaman yang dilakukan ringan dan santai tetapi ianya dilakukan berterusan.

Bagi PC apa pun tindakan atau aktiviti yang melibatkan fizikal itu senaman.Tumbuk cili guna lesung pun senaman.Apa yang kita lakukan niatnya untuk sihat agar mudah beribadah kepadaNya.Sihat itu tidak sekadar luaran .. fizikal,malahan merangkumi segenap sudut.

Jaga fizikal .. jaga emosi dan minda .. jaga lisan dan tingkahlaku .. sihatkan keseluruhannya .. insyaAllah akan baik-baik sahaja.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


8 comments:

  1. sihat memang merupakan antara nikmat yang besar =)

    ReplyDelete
  2. kalu tk sihat..apa pn tk bole buat...

    ReplyDelete
  3. Semoga kita sihat fizikal,mental dan emosi. Jika ada yang sedang sakit, semoga diberi kesembuhan dariNya kerana Dia lah sebaik2 penyembuh. Amin.

    ReplyDelete
  4. Buat kerja rumah pun dikira bersukan kan. Aslakn kuar peluh .bergerak. :)

    ReplyDelete
  5. sihat dalaman akan mencerminkan sohat luaran... hehe... akak pun p bersukan juga...

    ReplyDelete
  6. Sihat fizikal, mental dan rohani kan kak PC. Pakej tu. huhu. Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera di dunia dan di akhirat nanti. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  7. Bagus ada hari sukan negara ni, mcm2 acara di setiap tempat diadakan dgn meriah. Hidup sihat negara sejahtera :)

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita menjaga tubuh badan kita..jom sihat fizikal dan juga dalaman..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..