15 October 2017

Pilih Untuk Memilih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PILIH UNTUK MEMILIH ..

Pokok petai ditaku-takuk
Ada tujuannya di pihak tuan
Berbuat baik sesama makhluk
Bukan kerana dia teman sepermainan

Teman sepermainan sungguh istimewa
Banyak simpan kisah suka duka
Mahu berahsia atau terbuka
Pihak lain tiada hak memaksa-maksa

Memaksa-maksa bukan caranya
Bila dipaksa lain jadinya
Kisah dalam kain jangan dibuka-buka
Bertoleransi itu lebih membahagia

Bertoleransi itu lebih bahagia
Awak saya kita sama
Mungkin sedikit kurang di sini sana
Namun ingat kita tetap hambaNya

Ingat kita tetap hambaNya 
Tidak kira siapa dan di mana
Buang marah hapus sengketa
Nikmatilah hidup yang sementara di dunia

Nikmatilah hidup yang sementara di dunia 
Entah esok lusa menghadap pencipta
Sanggupkah kembali sebagai pendosa
Atau kembali diiringi wangian syurga

Pilih Untuk Memilih
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




15 comments:

  1. Buatlah pilihan yang sesuai asalkan tidak menyimpang daripada kehendakNya

    ReplyDelete
  2. Suka baca pantun ini PC..
    Toleransi sangat penting untuk setiap masalah, tak perlu berpanjangan..
    Bukan lama pun hidup kita di dunia ni kannn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak LZ :)
      Betul kak...kita tak tahu kan setakat mana usia kita.Baki yang ada manfaatkan sebaiknya.InsyaAllah.

      Delete
  3. nice! yup..nikmatilah hidup kita kat dunia yg sementara cuma ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manfaatkan sebaik-baiknya kan CM :)
      InsyaAllah.

      Delete
  4. HIDUP NI SEMENTARA N SEBENTAR SAJA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak PI :)
      Oleh itu semai seberapa banyak kebaikkan.Aminn.

      Delete
  5. life is a matter of choice.. kita diberi peluang memilih jadi pilihlah yang mana perlu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..pilih yang mana perlu dan diredhai selalu.InsyaAllah :)

      Delete
  6. semoga pilihan kita sentiasa tepat!

    ReplyDelete
  7. Semoga setiap pilihan kita semua beroleh rahmat dan hidayah dariNYA.. aamiin.

    ReplyDelete
  8. pilihan tepat utk elakkan masalah di masa hadapan, jadi tak salah memilih kan...cuma jangan tersalah pilih...bahaya..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..