17 October 2017

Niat? .. Bagaimana ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


NIAT? .. BAGAIMANA .. ~ NIAT ITU ADALAH TULANG.Pada tubuh manusia,tulang .. terutama tulang belakang menjadi tunjang utama menyokong tubuh badan kita.Begitu juga pada sebahagian besar haiwan yang mana tulang belulang menjadi aset penyokong fizikal untuk bergerak.Bagi PC begitu juga pada setiap tindakkan atau perbuatan manusia niat adalah asas utama membangun matlamat atau keinginan.

Membangunkan niat mesti disertai usaha.Usaha lagi?.Ya USAHA.Suka sangat PC dengan topik dan frasa USAHA kan .. maaf kalau ada yang mungkin berasa jemu atau muak.Bukan sahaja manusia disuruh dan harus berusaha,waima makhluk lain juga berusaha dengan cara masing-masing.Selain kun fayakun Allah SWT,besar impak usaha dalam hidup kita.Justeru sebagai contoh tidak mustahil 11 tahun penantian Dato Siti Nurhaliza membuahkan hasil termasuklah sahabat-sahabat kita yang lainnya juga.Penantian berbelas malahan ada yang berpuluh tahun juga.

Mahu semai niat sama seperti mahu semai benih pokok.Tanahnya mesti subur .. mudah dijaga .. sampai waktu perlu dibaja dan insyaAllah hasilnya berkualiti dan berkat.Sebelum berniat pastikan hati kita betul-betul putih agar tiada tahi lalat dihati kemudian mencemar niat baik yang disemai.Sesekali bila niat seakan mahu tergelincir,segera sedar perbetulkan agar tidak tersasar.Apa di hati kita orang tidak tahu kecuali kita dan DIA.Baik lintasan,baik pantulannya.


Kereta mewah .. tanpa petrol tidak ke mana-mana.Niat? .. bagaimana .. bangunkan dengan semangat .. sokong dengan doa dan berserah.Andai Kerana Allah SWT kita niat dan lakukan,pasti manisnya luar biasa.Di hati kita niat itu ada dua cabangnya .. berniat putih atau berniat hitam.Hapuskanlah niat hitam itu kerana ianya bakal menjerumuskan kita ke lembah hina.



Niat? .. Bagaimana ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 comments:

  1. InsyaaAllah semoga niat diri ini diperlihara dan betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..mudah-mudahan kak..niat yang baik pasti Allah SWT bantu.. 😊

      Delete
  2. Niat yang baik sudah dapat pahala, niat yang buruk belum dikira dosa, jika baik maka bertambahlah pahala, jika buruk membawa bencana pada diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betapa pemurahnya Allah SWT..baru sahaja berniat...apatah lagi niat yang baik disertai dengan perbuatan juga..berganda hasilnya.. 😊 amin..

      Delete
  3. niat yg baik insya allah dipermudahkan..walaupun kita br berniat tp belum melalukannya lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat2..pentingnya semai niat yang baikkan..moga mendorong kita jadi lebih baik...insyaAllah 😊

      Delete
  4. Semoga Allah makbulkan niat kita yang baik dan mempermudahkan urusan kita seharian. Betul kak PC, usaha adalah tangga kejayaan, tanpa usaha, pasti hasilnya tidak seperti kita impikan.

    ReplyDelete
  5. Niat--- biarlah yang baik-baik sahaja...jangan sesekali berniat untuk berbuat sesuatu yang jahat...

    ReplyDelete
  6. Betullah, niat x menghalalkan cara...
    Semoga kita pasang niat yang betul sebelum bertindak dan mendapat keredaan_nya...

    ReplyDelete
  7. Islam itu indah. Bila nk buat kebaikan baru je niat dah dpt pahala. Tp kalau niat sebaliknya bila buat br di kira.

    Semoga niat kita semua menjadi kenyataan dgn izinNya. Mcm PC kata kena ada usaha. Niat sahaja tanpa usaha tak kan ke mana2.

    ReplyDelete
  8. Setuju... niat yg baik bukan sahaja penghasilan yg baik, malah ada hikmah keberkatan yg besar, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  9. Segala tindakan kita perlu dimulakan dengan nawaitu.. Apa niat kita? Tepuk dada tanya iman..

    ReplyDelete
  10. Niat yang baik2 insyaallah yang datang pon baik2 jer..Aamin

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..