12 October 2017

Macam-macam Rasa Ada ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MACAM-MACAM RASA ADA .. ~ Pergi kedai kek .. terbeliak biji mata.Pergi restoran,cafe,hotel (buffet) .. tidak kurang gerai-gerai atau food truck .. menggoda dan mencabar sungguh.Macam-macam rasa menu ada dan macam-macam rasa dijiwa juga celaru jadinya.Malaysia alhamdulillah Allah SWT mudah dan mewahkan makanannya.Syukuri dan hindari pembaziran.Lihat saudara mara kita yang terpaksa berlapar dan dahaga .. insafi .. ambil pengajaran dan jadikan pengalaman mereka amaran untuk kita.

Macam-macam Rasa Ada ..
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

Pengalaman banyak atau sedikit .. lama atau seketika tetap sangat berharga bagi PC.Pengalaman itu banyak sumbernya.Diri sendiri yang melalui atau secara tidak langsung kita terbabit menjadi salah satu watak dalam urusan orang lain.Kadang kita menjadi pendengar dan dari cara itu juga kita peroleh pengalaman sebenarnya.Bagi PC setiap apa yang Allah SWT izinkan sesuatu itu terjadi baik pada diri sendiri atau orang lain,pasti bersebab dan ada manfaatnya.Cuma bagaimana kita menerima dan mengolah dengan cara masing-masing.

Sesiapa pun ada perasaan.Sama ada mahu disimpan atau ditunjuk secara terbuka itu pilihan masing-masing.Ada yang memilih untuk dikongsi,apa matlamat diri sendiri yang tahu.Cuma harus lebih bersedia dengan caci maki dan kata nista kerana diri sendiri sudah memula uruslah sebaiknya bagaimana.Ingat,kita suka boleh jadi menjadi kebencian pada orang,dan yang kita benci mungkin yang terbaik untuk kita.Sesiapa pun tiada daya untuk memuaskan hati orang tapi sekelip mata boleh menyemai rasa suka dan benci dihati orang lain.

Macam-macam rasa ada .. seusianya kita banyak yang telah,sedang dan akan kita lalui.Selagi hayat dikandung jasad selagi itu hidup perlu diurus dengan iktikad yang jelas dan padat.Daripada sekecil perkara hinggalah sebesar hal tidak lepas daripada menjadi ingatan dan pengajaran.Ibu hamil mengidam mahu gigit cuping telinga suaminya hinggakan si suami tidur memakai helmet..lucukan..itu bagi kita yang tidak alami.Bila sakit gigi melanda..cicak bergurau senda di dinding pun kena marah..lawakkan..itu juga bagi kita.Kita tidak akan mengerti perasaan orang selagi mana kita sendiri tidak alami.Melainkan terus bercakap dan bercakap dan lagi berterusan.Tetapi PC tidak menafikan ya .. ada segelintir insan yang belajar untuk memahami bukan terus menzalimi.

Menyakiti hati orang juga menzalimi ya..bermula daripada hati yang disakiti akan timbul banyak hal yang adakalanya luar jangka..bunuh diri,bunuh orang,kemurungan juga boleh berlaku .. nampak tak .. Apa kata abaikan kata-kata yang tidak sedap di dengar .. berdiri depan cermin.Sesekali perasan itu biasa ..hikksss😉.Paling tidak pun perasan sendiri depan cermin😗.Kadang daripada ada rasa perasan itulah kita boleh ubah untuk perbaiki diri.Perbaiki yang wajar dan bukannya ubah mengikut nafsu sendiri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 comments:

  1. Betul tu.. setuju. Ibarat keinginan utk makanan yg sedap2, kdg2 ada yg sakit hati tak dapat dan sakit hati. Dalam kehidupan pun ada yg begitu juga malah sanggup menganiayai org lain kerana nafsu amarah yg timbul disebabkan pencapaian org lain yg tidak mampu diperolehi.. moga dijauhkan org2 spt itu.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Bro KK..orang ni susah dijangka..lebih menyakitkan depan lain belakang lain..sangat menyedihkan.Kalau dulu sekali tumbuk sekali balas..cukup..tidak di zaman ini..selagi tidak jatuh terduduk selagi itulah diasak..nauzubillahiminzaliq..moga Allah SWT sentiasa lindungi kita semua.

      Delete
  2. kadang2 rasa juga macam tuu. kene rajin muhasabah diri. kalau tak melayan jugak perasaan negtive mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia biasakan..tidak maasum..istighfar 😊 yang cuba kak PC amalkan.

      Delete
  3. Kalau masuk kedai, bau je dah cukup menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang bertambah senarai menu yang dipesan😂

      Delete
  4. satu tazkirah yg sgt menusuk jiwa pada pagi Jumaat yg mulia ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Cikgu AK ☺

      Delete
  5. Apa jua keadaan sekalipun, akak akan sentiasa bersyukur..
    Akak selalu lihat orang yang kurang bernasib baik dari diri ini..
    Dalam masa yang sama ambil peduli dengan keadaan sekeliling.. Ambil ikhtibar di sebalik yang berlaku..

    Semoga kita sentiasa dilindungiNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..alhamdulillah..bersyukur buat kita sentiasa sedar diri yang kita ni hambaNya..😊

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..