Kecilkan Mana Perlu .. Besarkan Mana Yang Patut

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum♡


KECILKAN MANA PERLU .. BESARKAN MANA YANG PATUT || Salam Isnin yang dingin..hujan turun membasahi bumi.Bukti kebesaran Allah SWT.Jom doa banyak-banyak.Minta..minta..minta.Suara sang katak riang berbunyi bersahut-sahutan.Bahasa gembira yang tidak kita manusia fahami.Dengari dan hayati.Mungkin itu ungkapan syukur dari makhluk bergelar haiwan.Bersyukurkah kita?

Bila melihat atau mendengar hal yang kecil tapi berimpak positif yang besar..makan perbesarkanlah..warwarkan.Jika suatu hal yang besar itu boleh mendatangkan kesan negatif yang mungkin lebih menyusahkan,maka kecilkan penyebarannya.

MASALAH.Kalau ditanya tiada siapa pun yang mahukan masalah mendekat.Semua mahukan kegembiraan,senang hati,lapang fikiran sentiasa.Tetapi hidup bukan begitu.Kadangkala kita tanggung masalah dari khilaf diri sendiri.Adakala kita juga terpaksa tanggung masalah angkara perbuatan orang lain.Seribu kali kebaikkan terdahulu lenyap dengan satu khilaf yang sewajarnya boleh diatasi.


KHILAF.Sengaja atau tidak sengaja..besar mahupun kecil..banyak atau sedikit..namanya manusia pasti ada lakukan kesilapan.Rasa penyesalan itu adalah sinar yang membuktikan bahawa masih ada keimanan dijiwa.Sedari rasa itu akan mendorong diri mencari pintu taubat.Maka bertaubatlah sesungguh hati.Orang lain sila jangan lah terburu-buru menghukum,kerana hal sendiri pun pastinya tidak suka kiranya orang lain masuk campur.

KEHENDAK.Ada sesetengah hal berkaitan kehendak itu termasuk dalam keperluan dan sesetengah hal berkaitan keperluan itu termasuk juga dalam kehendak."Eleh mengada la tu.." atau "ermm taktik sangat.." nanti dulu..bagi PC untuk memenuhi keoerluan dan kehendak sebenarnya mengikut kesesuaian dan status kewangan (pendapatan) individu atau isi rumah masing-masing.Kecilkan mana yang perlu .. besarkan mana yang patut..dan patut-patutlah (agak-agaklah).

KECILKAN MANA PERLU .. BESARKAN MANA YANG PATUT.Mudah sebenarnya.Hal yang kecil tidak perlu diperbesar-besarkan.Hal yang besar kalau bijak mengatasinya in sya Allah menjadi kecil dan mudah kawal.Berbalik pada hati.Ibaratnya kuku yang panjang..yang perlu dipotong kuku bukan jari,selesaikan masalah kuku..maka selesailah masalah.Fokus pada masalah dan cari penyelesaian.Bukan sudah jumpa masalah dalam masa sama cari dan tambah dengan masalah lain.Ianya akan lebih bermasalah nanti.
Kecilkan Mana Perlu .. Besarkan Mana Yang Patut
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Assalamualaikum PC...

    samalah juga seperti yang gatal kulit kepala, maka bukanlah penyelesaiannya dengan memotong leher untuk membuang kepala... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Kakcik..
      Betul...tumpu pada masalah..perbaiki ikut kesesuaian..cukup!..bukan bertindak yang bukan-bukan hingga timbul pula masalah yang lain.

      Padam
  2. KESILAPAN KDG BERLAKU TANPA DISEDARI JUSTERU KITA MANUSIA BIASA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI...sedihnya kalau manusia sendiri tidak boleh berfikir bahawa tiada manusia yang tidak lepas dari khilaf..sempurna itu milik PENCIPTA.

      Padam
  3. Khilaf dan manusia ibarat sahabat. Tak mungkin ada yg sempurna tanpa melakukan kesilapan.

    Memang kalau Ikutlah hati kak ana pun xnk ada masalah. Nak happy sokmo. Tp dah namanya hamba memang akan diuji. Kena lah belajar bersabar dan berlapang dada. InsyaAllah ada kemanisan di sebaliknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis...semua lakukan kesilapan..dan masalah itu sentiasa ada,,kalau bukan kita yang hadapi,mungkin orang lain..cuma kita usaha sehabis baik selesaikan masalah yang timbul itu..berhikmah dan bukan terus menghukum.

      Padam
  4. Terima kasih atas peringatan ini..

    BalasPadam
  5. Setuju sis, tiada manusia sempurna, terlalu banyak khilaf, yang penting sentiasa ke pintu taubat....

    BalasPadam
  6. Mudah2an segala2nya dapat ditangani dengan sempurna sama ada kecil atau besar permasalahannya.

    BalasPadam
  7. kecilkan peha... eh... (peha saya la tu)

    BalasPadam
  8. semoga kehendak tidak melebih keperluan....

    BalasPadam
  9. nak kecilkan perut muncit je..lain2 dah ok dah..rumah dah tak leh besar dah...mmg beli x leh nak tambah2 dh..hehehehe

    BalasPadam
  10. Setuju sgt.. tak perlu perbesarkan perkara kecil yg boleh diselesaikan dan diperbaiki dgn mudah, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama