11 October 2017

Cukupkah Sekadar Suka Atau Suka-suka..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CUKUPKAH SEKADAR SUKA ATAU SUKA-SUKA ~ Gembira,puas hati,bahagia .. begitulah gambaran perasaan bila apa yang dicita terlaksana .. apa yang ingin digapai tercapai.Alhamdulillah .. syukuri dari hati agar nikmat dan rezeki terus bercambah lagi dan lagi.InsyaAllah.😊


Cukupkah Sekadar Suka Atau Suka-suka..
Google image 

Bersunguh-sungguh dalam merencana pastikan juga bersemangat dan gigih usaha untuk merealisasikannya.Menjadi atau sebaliknya .. gagal atau berjaya .. jatuh kemudian bangun semula itu kemudian cerita.Ibaratnya andai tumbuhnya padi dituai jika suburnya lalang ditebas hapuskan.

Permulaan sukar ditentukan.Sukar juga dijangkakan bagaimana.Ada sesetengah kejayaan bermula daripada sekadar kerana suka.Tidak kurang yang berjaya bermulanya sekadar suka-suka semata.Begitulah tulisnya suratan rezeki masing-masing yang telah DIA tentukan dan sekadar kita usahakan.Jangan hairan daripada suka atau suka-suka menjadi luar biasa.Berbisa sentiasa.

Biarpun kedengaran dan kelihatan seperti tiada kesungguhan..jangan dinilai terlalu awal gagal penyudahnya.Dan .. sekiranya sesuatu itu kedengaran dan terlihat hebat,bekum pasti juga impaknya dahsyat dan berjaya.Pusing ke mana pun jangan pernah membuang TAKDIR.


Jangan suka berprasangka dan jangan suka-suka bicara ikut suka dan rasa.Ujian orang sebenarnya ujian juga untuk kita.Berapa tahan mulut tidak menyebar..berapa lama telinga dipekakkan dan berapa lama mampu bertahan tidak mem"viral"kan..nampak tak...sedar tak..nasi tambah,lauk tambah mengenyangkan...tapi kalau dosa bertambah bakal menyusahkan.

Cukupkah sekadar suka atau suka-suka .. terserah bagaimana individu itu menterjemah dan mengemudi apa yang ingin dihasilkan.Santai tidak bererti mudah terlerai.Bagaimana pengisiannya itu sangat utama dalam apapun yang kita suka.Hakikatnya hanya diri individu itu sendiri yang tahu sama ada dia suka atau suka-suka pada satu-satu hal itu.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 comments:

  1. InsyaAllah, pesanan yang baik daripada sis.. sebagai blogger kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bro NA..setiap patah perkataan ada impaknya yang kadang kita sendiri tak jangka..

      Delete
  2. Wkmsalam.
    In syaa Allah
    buat ingatan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..insyaAllah Pakcik WP..sama-sama kita semua saling berkongsi dan mengingatkan.

      Delete
  3. Sekadar suka atau bersungguh hanya empunya diri yg tau. Keputusan pada pengakhirannya kekadang seperti yg kita jangka atau tak. Apapun keputusannya, berlapang dada. Jika keputusan mengecewakan, muhasabah diri di mana silapnya dan perbaiki. Dan mohon petunjuk dan bantuan dari Maha Pencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana..ada suka atau suka-suka bawa bahagia..ada suka atau suka-suka yang bawa sengsara kalau silap caranya.jadi,sebelum suka atau suka-suka adalah lebih baik fikir sedalam dalamnya terlebih dahulu.

      Delete
  4. Insha Allah... Terima kasih atas perkongsian dan peringatan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, terima kasih atas ingatan sis, lama tak singgah blog ni, bila datang sini nampak banyak sangat perubahan dan kemajuan positif blog sis, great job! semoga terus suksess:)

    ReplyDelete
  6. terima kasih PC atas peringatan yang baik dan bermakna.. :)

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah, terima kasih atas nasihat ini. Semoga Allah sentiasa memberkati semuanya... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..