26 October 2017

Bakal Menjadi Saksi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BAKAL MENJADI SAKSI ~ Melihat pelakon ditelevisyen memainkan peranan dan menggalas watak masing-masing adakala menganggu emosi penonton.Kalau tidak masakan ada yang terbawa-bawa larut dalam emosi walaupun ceritanya sudah tamat.Mereka mengikut arahan pengarah dan berdialog mengikut skrip.Hakikatnya kita semua adalah pelakon yang memainkan peranan masing-masing.Ikut skrip yang betul (Al Quran) dan arahan (apa yang disyariatkan) .. insyaAllah kita akan berjaya menjadi pelakon yang baik.Anugerahnya dua .. syurga atau neraka .. nikmat atau azab.

Bakal Menjadi Saksi
Google image 

Selaginya hidup di mana pun di bawah langit Ilahi .. di atas permukaan bumi .. ya di tengah-tengah menjadi isi bumi .. sebenarnya kita semua bakal menjadi saksi satu sama lain kelak.Saksi di dunia diperlukan untuk membantu mencari kebenaran begitu juga di padang mahsyar kelak saksi akan muncul sama ada untuk meringan atau memberatkan hisab.Allahu.Siapa yang bakal tampil .. bagaimana rupanya .. dan atas asbab apa .. semuanya masih lagi rahsia.

Teringat PC pada kata-kata ustaz "waima sebatang jarum karat yang sudah patah kemudian dibuang pun di akhirat kelak akan bangkit menjadi saksi" ..

Indahnya andai semua sedar setiap inci yang ada sama ada terlihat atau tidak bakal menjadi saksi kelak.Bila semua sedar secara tidak langsung kita berasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang kurang baik .. berfikir berkali-kali untuk buat hal yang sia-sia (lagha) dan sebolehnya menjauhi khilaf.Sebenarnya ianya berbalik juga pada kesedaran diri masing-masing.Suatu masa segala yang kini sepi tidak berbicara akan bangkit bercerita.Di ketika itu setiap penyesalan sudah lagi tidak bermakna.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 comments:

  1. Bila semua antara kita sedar akan kebenaran saksi-saksi ni di sana nanti pasti tiada satu kejahatan yang akan di lakukan. Nanti masa di sana ketika mulut di kunci, baru menyesal tak henti2 kan. Takutnya bila fikir semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuk kak...kalaulah semua orang sedar dan yakin tiada 1 pun terlepas dari hisab....aman kak...

      Delete
  2. SAKSI YG MENYAKSIKANSETIAP AMALAN KITA

    ReplyDelete
  3. sebelum tdo malam selalu mengingati hari akhirat nanti. takutnya bila mengenangkan dosa2 yg byk n amalan yg kurang!

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..