21 September 2017

Sudah Sampai Semula Giliran..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SUDAH SAMPAI SEMULA GILIRAN..


Sudah Sampai Semula Giliran..
Background :Google image 
Quotes : PerduCinta 

Hari ini hari Khamis
1 Muharram menjelang lagi
Setahun hijrah  1438 sudah habis
Ayuh kita mulakan lembaran baru ini

1439 Hijrah sudah bermula
Mengimbas sirah hijrah Baginda
Mengapa tidak kita jadikan pemula
Suntik semangat baru di dalam jiwa

Hijrah itu besar maknanya
Besar juga impak pada umat manusia
Apa yang sudah dimula jangan dipersia
Terus bangkit jadi ummat berguna

Dalam asyik mengungkap hijrah
Janganlah sekadaran dibibir sahaja 
Dalam berhijrah tiada istilah lelah
Matlamat utama kejar redha NYA

Awal Muharram detik hijrah Baginda
Ansar dan Muhajirin seia sekata
Hutang Ramadhan jangan dilupa
Sebenarnya Ramadhan pun sudah tidak lama

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 comments:

  1. Sekejap aje masa berlalu ... hutang ramadan belum langsai lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cepat kan....rasa baru sambut 1438H...ni dah 1439H :)

      Delete
  2. sekejap sahaja masa itu berlalu kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah PC. Hijrah perlukan pengorbanan kerana hijrah bukan mudah. Tp nak banding hijrah zaman Nabi dulu, lagi berat dugaan hijrah mereka. Kita skrg lebih dugaan nak lawan hawa nafsu je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga Sis..betul...dugaan besar nak lentur hawa nafsu sebenarnya..

      Delete
  4. salam maal hijrah selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  5. akak pun sedang berhijrah... klu tgk dan belajar ttg hijrah rasulullah dah para sahabat dr mekah ke madinah, sebelum mereka berhijrah mereka ada kekuatan iman yg teguh kuat dan sgt kukuh. Itu yg ptgkan... insyaaAllah sama-sama kita melawan demi hijrah ke jalan yg diredhaiNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn sama2 kita hijrah kak...hijrah untuk kehidupan yang terbaik di sana kelak..

      Delete
  6. Salam Maal Hijrah PC.. smoga kita smua jauh lebih baik dri sebelumnya.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maal Hijrah juga...aminn..in sha Allah.

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..