19 September 2017

Macam Petik Jari Sahaja .. Mudah Sangat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MACAM PETIK JARI SAHAJA .. MUDAH SANGAT || Rasa PC semua orang suka akan hal yang mudah-mudah.Serba serbi pantas dan mengambil masa yang singkat.Jalan pintas itu adakala sangat membantu dan selamat,tidak kurang juga menimbulkan pelbagai masalah dan bahaya.


Sesetengah urusan menjadi mudah bila kita menyenangkan urusan individu atau pihak lain..Mengapa?..kerana ada rasa saling redha dan niat yang tidak tersasar..PerduCINTA


MEMBERI ARAHAN  (MEMERINTAH).Arahan lazimnya daripada pihak atasan atau majikan kepada anggota di bawah naungannya atau pekerja dan seluruh kakitangan pada suatu institusi,jabatan dan sebagainya.KETUA..hebat bila dia boleh menjaga kebajikan dan silaturahimnya dengan semua dan menyatukan semua.Boleh dicontohi kerana indah budi dan akhlaknya.Menjaga adab dan tertibnya.Bukan KETUA yang aku akulah..patuhi arahanku..membantah kau disisihkan.

Macam Petik Jari Sahaja .. Mudah Sangat
Google image 

MELETAKKAN KESALAHAN.Sukar untuk akui kesalahan dan memohon maaf.Susah.Hal yang adakala berlarutan hingga berpuluh tahun.Berbanding meletakkan kesalahan pada orang lain.Bahagian ini tersangatlah mudahnya.Sesiapa pun mahu menjaga maruah diri .. nama yang bersih itu besar impaknya.Namun jangan sampai mahu menutup lemah dan aib diri hingga menggadai maruah dan aibkan orang lain.

BERSIHKAN NAMA.Sekiranya difitnah dan dianiaya..sila pertahankan apa yang sewajarnya.Perjuangkan.Tidak menjadi satu khilaf pun.Minta bantuan DIA.Segera.Akan DIA hantar bantuan-bantuan luar duga akal manusia..PerduCINTA

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

7 comments:

  1. Setuju tu sis... memang kadangkala sukar untuk memohon maaf walhal dah sedar kesilapan... kerana ego, silaturrahim tercalar...

    ReplyDelete
  2. Ego itu penyakit hati yg bahaya..hurmm

    ReplyDelete
  3. betul tu pc setuju sangat.... jgn malu nak mengaku silap dan mohon maaf... xjatuh pun maruah jika mohon maafkan...

    ReplyDelete
  4. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan seharian kita.

    ReplyDelete
  5. Kita mudahkan urusan orang insyaAllah Allah permudahkan urusan kita.

    Ketua yang baik diteladani dari akhlak dan peribadinya.

    ReplyDelete
  6. Sukar mengaku kesalahan itu yang selalu jadi. Apa salahnya ngaku salah dan mohon maaf. Tak jatuh pun maruah kan

    ReplyDelete
  7. susahlah kalau kita meletakkan ego tu di paras paling atas.. sama2 lah kita perbaiki diri

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..