20 September 2017

Jangan Pernah Rasa Bersendirian ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN PERNAH RASA BERSENDIRIAN || Resah bila melihat sahabat sudah mendirikan rumahtangga.Sedih mendengar perkhabaran kawan-kawan selamat menerima kehadiran cahayamata.Meriah memerhati rakan-rakan sesama sendiri bergurau senda.Mungkin ada yang bertanya pada diri sendiri..aku?..bagaimana nanti.Ingat satu hal..mereka yang kita lihat bahagia miliki semua yang diidami atau mereka yang juga seperti kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan mereka di hari-hari yang ke hadapan.Ada sesetengah hal telah Allah SWT jawab pada banyak persoalan (Al-Quran) .. tidak terkecuali pada banyak perkara yang dirahsiakan.

.. jangan pernah rasa bersendirian .. 

Jangan Pernah Rasa Bersendirian ..
Google image 

DIA DAN KERAJAANNYA SENTIASA ADA.Tidak dinafi lazim kita manusia terkadang rasa sepi,sunyi,kosong .. mencari dan terus mencari.Sesuatu yang susah diungkap dengan apa pun bahasa kerana bahasa jiwa itu luar biasa ada magisnya.Percaya atau tidak dan sama ada kita sedar arau tidak hakikatnya kita boleh merawat diri sendiri dalam hal-hal tertentu.Cari,dekati,lebih mencintai dan jaga DIA setulus serta sepenuh hati.Betul,memang TIDAK mudah! .. Rasa berharap dan bersandar pada sesama insan itu perlu sebagai usaha namun kecilkan sedikit berbanding sandaran padaNYA harus lebih besar lagi.PC akui.Tapi cuba .. dan terus cuba..

Tidak kelihatan namun dapat dirasai oleh jiwa-jiwa yang sentiasa setia mencinta.Cinta yang berbalas banyak buktinya.Luas sempadannya.Adakala tidak diberi nikmat bukti itu pada peminta setia sebaliknya dibiaskan juga pada insan-insan istimewa yang ada disekelilingnya.PerduCINTA

HARGAI INSAN SEKELILING.Kebergantungan itu pada DIA tetapi jangan dibuang dan disisih terus insan-insan sekeliling kita yang ada.Sama-sama mencari redha Allah.Sama-sama bangkit menjai ummah yang ampun dalaman dan luaran.Jangan cuba untuk khianati sesama sendiri dan menyakiti satu sama lain.Bila ukhuwah itu longgar tidak mustahil ada pencerobohan anasir lain untuk membinasakan kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. Bahagia tu subjektif. Bahagia kita tak sama dengan rasa bahagia orang lain. Itu yang Rose selalu pegang.

    ReplyDelete
  2. Mungkin bahagia yg kita nampak dekat org lain tu hanya luaran saja sedangkan hakikat sebenar mungkin saja kita lebih berbahagia dari mereka. Bersyukur atas setiap yg ada dan hargai mereka yg kekal di sisi kita.

    ReplyDelete
  3. benar mungkin bahagia yang kelihatan itu sesudah ditempuhi derita daru dugaan yang banyak siapa tahu

    ReplyDelete
  4. betul tu..DIA sntiasa bersama kita lm apa jua keadaan..

    ReplyDelete
  5. kadang2 kita perlu bersendirian untuk mengenal diri kita.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..