Dalam Satu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

Dalam satu
Google image 
Re Edit PerduCINTA 

DALAM SATU || Dulu .. dulu .. dulu susah nak jumpa in 1 (dalam satu).. tapi sekarang serba sebi dalam satu.Baik makanan dan minuman,perkhidmatan(contohnya:perbankkan online),kecantikkan (alatan kosmetik) dan hal-hal lain.Alhamdulillah semakin memudahkan.Asal sentiasa berhati-hati dan besederhana dalam penggunaan atau pengambilannya in shaa Allah terlindung dan terhindarlah daripada apa yang tidak sepatutnya.

Sedar atau tidak blogger juga melakukan hal yang sama.DALAM SATU.Yeke? .. mungkin ada yang sedar atau mungkin tidak menyedari hakikat bahawa blogger itu bukan sekadar blogger..

EH,DAH MACAM CIKGU.Luangkan masa.Fokus.Menyemak patah demi patah perkataan.Dari satu perenggan ke satu perenggan dihayati.Nampak tak itulah yang akan blogger lakukan bila singgah di blog blogger lain untuk membaca entri yang dikongsi.Waktu inilah kesilapan ejaan dapat dikesan*masalah typo ni kawan baik PC*.

PENULIS SKRIP.Setiap entri itu umpama skrip.Skrip daripada hati dan minda yang diterjemah dengan penulisan,kemudian dikongsi untuk dibaca oleh pengikut yang sentiasa menghargai.Watak utamanya adalah penulis itu sendiri.

PUSAT PENGUMPULAN.Apa yang dikongsi dan apa yang diperolehi daripada perkongsian rakan-rakan lain diblog masing-masing akan terakam diminda dan tersimpan rapi selagi mana entri terdahulu tidak dipadam dan blog tidak dihapus.Tidak mustahil sentiasa menjadi rujukan juga.

TAPAK SEMAIAN DAN TUAIAN.Blog umpama wadah sesiapa sahaja boleh memiliki blog kemudian berkongsi.Apa pun niche blog yang dipilih itu mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.Ada yang sekadar menulis dan kemudian berkongsi,tidak kurang yang membangunkan blog bukan sekadar itu sebaliknya menjadikan blog juga perantara untuk menjana pendapatan dengan memasang Iklan(Publishers).Segmen dan giveaway yang dianjurkan secara tidak langsung juga dapat menambah pengikut pada blog kita.


Berapa banyak benih yang kita semai jangan dihitung,,hitunglah berapa yang hidup subur daripada benih tersebut.Kerana yang hidup itulah perlu kita beri perhatian sebaiknya agar hasilnya tidak menghampakan.PerduCinta
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Jadi blogger ni semua benda nak diceritakan ye? tapi syok juga, semuanya dalam satu blog jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah...nanti bila-bila boleh throwback semula..masa tulah boleh senyum sendiri...sebak sendiri...

      Padam
  2. erm... betul tu pc... mcm cikgu blog ni... hehehe... seronok bila menulis wlupun syok sdiri... hahaha... semai benih biar berbuah.... InsyaaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak..bila yang dikongsi dari hati...lagilah..amin..moga mewah tuaian di SANA kelak..

      Padam
  3. YANG PENTING GEMBIRA SBG BLOGGER KAN PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI..bila gembira kita redha,berlapang dada..in shaa Allah ilham pun mendekat..aminn.

      Padam
  4. Bab nak semak perkataan tu yg plg bercinta. Tp kena juga sebab nak bagi org selesa baca artikel / entri kita kan. Semoga apa yg kita share dapat beri manfaat pada org dan mudahan ada saham utk kita setidaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Sis....kadang dah baca banyak kali..dah yakin tak ada silap..bila dah kongsi...aduududu..ada lagi silap sana sini...
      Amiinnn moga menjadi pelaburan yang berterusan..jadi modal hidup di SANA kelak.

      Padam
  5. hihi. combine skali so orang bleh kenal in person :)

    BalasPadam
  6. mudah2an entri2 yang kita tulis/siar dapat memberi manfaat kepada orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn...in sha Allah Pakcik WP..begitulah harapnya..

      Padam
  7. Semoga apa yg kita kongsikan walau apa jua tujuan sekalipun ada nilai tambah manfaat yg baik buat yg lainnya.. in shaa Allah :)

    BalasPadam
  8. Setuju dengan PC. Semoga apa yang saya dapat tuai dari blog saya itu hanya yang baik2 sahaja :)

    BalasPadam
  9. Setuju sis, kadang kala dah check banyak kali, last2 ada juga terlepas pandang....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama