08 August 2017

Rehat Dan Bernafaslah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


REHAT DAN BERNAFASLAH || Ada yang sakit bila tidak bekerja,atau tidak produktif atau efektif.Buka mata kerja.Pendek kata hidupnya hanya tertumpu pada hal dan urusan yang membabitkan kerja.Satu keseronokkan bagi sesetengah individu bila dirinya dikelilingi kerja atau tugasan yang bertimbun.

Selagi namanya hidup...masih bernafas..selagi itu banyak tuntutan yang mesti dilunas.Sesama makhluk,apatah lagi melunas hak DIA yang dituntut terhadap hamba-hambaNYA.Dalam banyak hal,ada yang perlu kita kurangkan.REHAT DAN BERNAFASLAH..imbangi mana wajarnya..

SEMAT KEPERCAYAAN.Seandainya telah Allah SWT sediakan untuk kita,ke mana pun...bagaimana pun akan Allah SWT dekatkan kepada kita.Berserah itu perlu tapi jangan berserah orang kalah tanpa ikhtiar.

TERIMALAH HAKIKAT.Terhad dalam melakukan apa pun.Itulah diri kita.Biar berjaya mencapai cita-cita,walau telah menakluki benua,sudah juga mengkaji angkasa..alhamdulillah..itu semua dengan laluan yang dipermudah olehNya.Sedar diri,kita berasa luar biasa kerana kelebihan yang ada,namun awas jangan ianya buat diri tergelincir.Justeru mengapa sederhana itu perlu dipilih.

SIFAR PENGABAIAN.Fokus jika tidak direncana pasti ada yang menjadi korban.Kadang dalam mengejar sesuatu..menyebabkan kita hilang sesuatu yang lain.Lebih-lebih lagi bila mengemudi kehidupan itu ada ketidak seimbangannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 comments:

  1. alhamdulillah... alhamdulillah, masih diberi nafas untuk terus beramal di jalanNya kan =)

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam
    Walau sebuk mana kita bekerja,
    perlu ada rehat yang cukup untuk memulihkan minda dan tenaga.

    ReplyDelete
  3. TAK PERLU NAK KALUT2 SANGAT KAN

    ReplyDelete
  4. Kerja itu penting tapi biarlah pandai berbagi masa keluarga jangan dilupakan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kerana sentiasa dipermudahkan urusan olehNya..
    Kerja juga amanah, jadi kena sentiasa beringat supaya tidak mensia-siakan amanah itu..

    Semoga Allah sentiasa berikan ruang dan peluang supaya dapat meningkatkan amalan di samping menjalani aktiviti seharian.. Aminn

    ReplyDelete
  6. Wasatiah dan bersyukur terhadap apa yang kita mampu. Kadang ada perkara yang diluar had kemampuan kita. Setuju dengan Kak Perdu. Kadang kita pun jadi alpa bila terlalu fokus kepada sesuatu hal terutamanya hal keduniaan. huhu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kak PC, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan terus menjadi insan yang selalu bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terkira banyaknya..

    ReplyDelete
  8. rehat tu penting. jasad kita kuat tp perlu bg rehat tuk nafsu tak blh nak ikut jasad berlari...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... semoga kita semua senantiasa tergolongan org2 yg sentiasa bersyukur kepadaNya... aamiin.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..