Nikmatilah

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

NIKMATILAH || Bergembira itu terapi suatu rasa yang datangnya juga daripada Ilahi.Untuk hamba-hambaNYA yang pandai mencintai (cinta hamba kepada Pencipta)maka itu hadiah daripada yang mengasihi (kasih Pencipta kepada hamba).

Memanjakan diri tiada salahnya
Itu tanda menghargai
Apa yang utama mestilah berpada-pada 
Supaya diri tidak berperilaku lalai 

REZEKI.Sebut rezeki..huisss banyak.Luas.Malahan tidak terhitung.Lihat diri sendiri pun rasanya memadai.Berapa banyak rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita.Nikmati dengan hemah dan berhikmah supaya kelak menjadi pembela dihadapanNya.Jangan sampai kita dicela gara-gara kufur nikmat.

JANGAN BERHENTI.Rasanya setiap kita ada cara masing masing untuk menikmati apa yang dimiliki.Mungkin bila kita melihat ianya seolah berlebih-lebihan sedang bagi dia itu sudah cukup biasa-biasa dan sebaliknya.Jangan berhenti nikmati apa yang ada ke landasan yang paling terbaik dan tepat sedayanya diri.

SYUKURI.Susah sebenarnya hendak terapkan rasa syukur pada diri.Namanya pun manusia yang bukan ma'sum (terpelihara daripada melakukan dosa)khilaf itu senantiasa mendekat.Namun begitu,cubalah besarkan hati untuk menghargai perkara kecil kerana itu juga tanda mensyukuri.

Hujung minggu bersua lagi
Ada yang santai ada yang beraktiviti 
Semakin banyak semakinlah disyukuri
Mudah-mudahan rezeki bertambah lagi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. IKMATILAH REZEKI-NYA DGN BERSYUKUR

    BalasPadam
  2. Wkmsalam.
    Rezeki Allah amat luas
    bukan hanya harta kekayaan.

    BalasPadam
  3. GV doakan semoga kita murah rezeki dan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan kepada kita. Semoga rezeki kita itu diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin. :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat malam ahad & apa khabar dari Maznee sis perdu cinta

    Makin kita syukuri nikmat yang Allah swt beri

    Insyaallah makin banyak lagi Allah akan ganti

    Memang terbaik kan

    BalasPadam
  5. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Semoga rezeki kita diberkati Allah :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah atas setiap kurniaan rezeki dan nikmat dariNya.nikmat plg utama ialah nikmat Islam dan iman.

    BalasPadam
  7. Syukur dengan apa yang ada dan bahagia dengannya.... InsyaAllah...

    BalasPadam
  8. Bersyukur mampu beri kita kehidupan yg tenang, bertambah rezeki dan paling penting dirahmati Allah swt... in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama