17 August 2017

Kita Pemula ... Ayuh

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KITA PEMULA ... AYUH || Menjadi perintis itu bukan perkara mudah.Kita kena memelihara segenap hal.Bukan sahaja perlu menjaga nama baik sendiri malahan nama pengasasnya juga perlu lebih dijaga.Kita perintis ... ya,selagi kita ini waris itu bermakna kita juga perintis .. meneruskan legasi kedua ibu bapa.Siapa pun ibu bapa kita.Sila jangan pandang sebelah mata.

Ibu ayah hadiah istimewa
Istimewanya luar biasa
Biar pun orang biasa-biasa
Tugas anak memartabatkan mereka

Besarkan hati lapangkan dada
Luaskan telinga jernihkan minda
Berbuat baik apa adanya
Jangan cepat melatah bila diduga

Tidak mudah mengubah manusia
Ada yang setuju tidak kurang bantahannya
Kalau tidak mampu ubah semua
Cukup sedikit sebagai pemula

Dayung sampan mudik ke muara
Berat terasa digagahi juga
Mahu kemanisan kentalkan jiwa
Kepada Tuhan serahkan semua

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



4 comments:

  1. Walau siapa pun ayah ibu kita, mereka tetap org yg telah bersusah payah membesarkan kita. Kena hormati dan sayangi mereka. Jgn pernah malu pada kekurangan yg ada pada mereka.

    ReplyDelete
  2. Ibu bapa kitalah org yg pasti tetap menerima kita yan percaya kita boleh berubah walau seburuk mana pun kita... jika mereka masih hidup. Sayangi ibu bapa kita seikhlasnya.

    ReplyDelete
  3. betul tu pc siapa pun ibu bapa kita jangan pernah kita derhaka pada mereka

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..