Jangan Sembarangan...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN SEMBARANGAN || Lihat diri kita.Renung dalam-dalam.Tuhan cipta kita bukan suka-suka.Tidak juga sia-sia.Hargai setiap inci ditubuh kita.Sayangi.SYUKURI SENTIASA.Tanpa alasan yang kukuh.Tanpa asbab yang membolehkan dan dibolehkan hukum dan syarak ... tolonglah,jangan mengubah dan tidak usah diubah.Mahu tapi keliru kerana dirasakan perlu ... cari yang benar-benar memahami dan boleh menjelaskan perihal hukum sebaik-baiknya dan SEJELAS-JELASNYA.

Terlanjur?..noktahkan langkah..kembali ke tempat asal...jangan malu untuk bertaubat..lebih malu jika terus terhambat.

"MAKAN BOLEH SEMBARANG MAKAN (pastikan halal dan suci la ya ... tak itu😉) ... TAPI CAKAP JANGAN SEMBARANG CAKAP" ...
Bila berselih faham ...bila tidak lagi sependapat ... nah,macam-macam pepatah keluar.Simpulan bahasa,,peribahasa,,silap-silap pantun dua kerat pun keluar.Itu lebih baik daripada mengungkit hal-hal yang tidak wajar di dengar.Besar pengaruh percakapan kita sebenarnya.

MASA YANG KE HADAPAN.Mungkin di saat kita sudah tiada itu sekadar jasad yang menyatu dengan bumi.Namun apa yang ditinggalkan itu boleh jadi berasa kesal dengan apa yang telah kita tinggalkan.Fikir juga,apa yang bakal kita tinggalkan.Untuk dihadap dan lakui oleh keluarga.Justeru jangan sembarangan kerana ada hal yang boleh membayangi dan menghantui terutama dalam perkara yang tidak enak dilalui.

Sejarah dan kenangan itu akan sentiasa diingati,mungkin juga akan diperdebat setiap inci..hati-hati.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 comments:

  1. jangan pernah rasa terlambat untuk berubah ke arah yang lebih baik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..pintu taubat sentiasa terbuka luas bagi orang yang mahu memasukkinya..kuncinya ada pada kita.

      Delete
  2. Segelintir menganggap untuk cantik perlu mengubah... dan ianya tidak dianggap salah.... dunia...dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..itu yang salah...kalau memang hukum membolehkan..silakan...

      Delete
  3. KESILAPAN YG PERNAH DILAKUKAN BAGAI NODA HITAM SUKAR TERHAPUS TAPI ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..pemadam pada khilaf dan noda hitam dengan taubat..insyaAllah.

      Delete
  4. Allah dah jadikan setiap dari kita cantik molek. Kalau ada kekurangan itu nak tunjuk Allah syg lbh dekat kita. Jgn di ubah ciptaanNya.

    Lidah lg tajam dr mata pedang. Hati2 bila gunakannya. Jgn lidah jd asbab dosa kita bertambah.

    Terima kasih PC atas peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap yang Allah cipta semua sungguh sempurna.Dah sungguh2 sempurna.
      Betul..jangan silap guna lidah yang Allah pinjamkan.moga menambah pahala.amin.

      Delete
  5. kekurang jelas dr kita yg fakir. keampun dan taubat hanya kepada Dia, insyaaAllah Dia maha pemurah selagi belum tertutup pintu taubat. Walaupun dgn maklhuk mungkin tersilap dan tersalah cakap mohon maaf sebelum terlambat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih sayang Allah sangat luas.Pintu taubat sentiasa luas terbuka untuk semua.Rasulullah SAW sendiri pun sentiasa bertaubat..mengapa tidak kita contohi.Betul kak..mohon maaf sebelum terlambat.

      Delete
  6. jaga lidah, jaga bahasa, jaga tingkah laku..semoga kita terus menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri kan..kekdgn dlm dok kontrol pun terbabas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita usaha jaga semua..tapi kita manusia biasa.tak terhindar dari lakukan khilaf..moga Allah SWT..cepat sedarkan kita bila kita buat silap.

      Delete
  7. Setuju kak Perdu. Kita kena sentiasa jaga diri dan muhasabah diri terhadap apa jua yang berlaku. Bersikap yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan jaga tutur kata sebaik2x yang boleh. InsyaAllah. Pasti kita akan dapat manfaatnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada yg sia-sia bila Allah SWT jadikan sesuatu.betul....untuk kita muhasabah diri..perbaiki mana yang boleh untuk kehidupan yang kekal abadi di sana kelak...amin.

      Delete
  8. Pintu taubat takkan pernah tertutup melainkan saat ajal dah menjelma

    jadi janganlah lewatkan taubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat...dengan syarat kita ada usaha untuk bertaubat dan perbaiki diri...

      Delete
  9. semoga kita semua sentiasa diredha-Nya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..