06 August 2017

Asalnya Memukau..Akhirnya Terpesona

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


ASALNYA MEMUKAU..AKHIRNYA TERPESONA || Satu masa isu pukau bertebaran.Berleluasa.Ya,ianya memang ada dan berlaku.Nauzubillahiminzaliq.Moga kita terlindung dan dilundungi daripada perkara-perkara seperti itu.Tuntutlah ilmu yang betul..Manfaatnya membantu kita di sana kelak.Itu kisah pukau yang membinasa..jelas sedari awal menganiaya.

Asalnya memukau..akhirnya terpesona..

BERMULANYA DARIPADA PANDANGAN.Pandangan mata penuh magisnya.Lebih-lebih pada objek yang kena tepat pada apa yang didamba.Fokus,teliti,analisis..ghairahnya rasa boleh terbias daripada mata..benci dan marah juga boleh ditafsir melalui mata..

TAJAMNYA PENDENGARAN.Butir bicara,alunan muzik,dan apa pun yang menghasilkan irama..terakam tajam dan tepat pada pendengaran.Biar mata terpejam,bila sahaja dipendengaran mendengar apa pun bentuk alunan atau rentaknya ia mengasyikkan,justeru irama yang mengasyikkan itu mungkin kena pada pendengaran namun perlu ambil tahu apa ertinya setiap senikatanya.

TERKESAN KE HATI.Daripada mata..turun ke hati.Kadang akal tidak sempat pun untuk mencerna maklumat yang diterima.Itulah yang sering berlakunya kes-kes yang tidak terjangka.Akal itu mempertimbang.Iman itu menapis segala keputusan yang telah akal dan hati putuskan.Andai terpesona dengan sesuatu yang mendorong diri akan kebaikkan,tidak mengapa.Namun andai yang memukau itu buat diri hilang halatuju..hentikanlah untuk terus terpesona.Dunia....ya sekadar duniawi.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

6 comments:

  1. dari mata turun ke hati. terpukau dan akhirnya terpesona. semoga kita semua sentiasa dilindungi =)

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Terpukau dan terpesona kepada kebaikan takpe
    jangan terpukau dan terpesona kepada perkara2 yang menjerumuskan kita kepada kelalaian/kehancuran.
    Mudah2an kita dilindungi.

    ReplyDelete
  3. TERPUKAU TERPESONA MENGAGUMI KEBESARAN ILAHI

    ReplyDelete
  4. terpukau dan terpesona ada baik ada yang buruk

    ReplyDelete
  5. Betul.. bermula dgn pmandangan mata

    ReplyDelete
  6. semuanya dari kerana mata.
    yang mempunyai kuasa.

    eh ternyanyi pulak hehe

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..