24 Jam Semalam..Hari Ini..Dan Esok

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


24 JAM SEMALAM..HARI INI..DAN ESOK || Masa setiap orang sama.Tetapi yang membezakannya adalah pengisiannya.Ikut keperluan dan kehendak masing-masing.Beruntunglah bagi yang memanfaatkannya..dan *mungkin buat ketika ini* kerugian bagi yang tidak menggunakan masa itu sebaiknya.Kenapa PC sebut *mungkin buat ketika ini*...kerana manusia boleh berubah bila-bila masa.Siapa tahu satu saat nanti dialah insan yang paling baik mengisi setiap masa yang dia ada dengan mendekati PENCIPTA.

Jam ditangan berbentuk bulat
Dihias indah batu permata
Hayat singkat moga dimanfaat
Moga tidak menjadi manusia sia-sia

24 JAM SEMALAM.Ada yang berjaya dilakukan namun ianya yang berlaku dan dilakukan semalam telah pun menjadi memori.Tetap terakam diminda dan jiwa.Apa pun warnanya.Bagaimana pun situasinya.Berat,ringan..tetap tegalas dan perlu ditanggung.Pasti apa yang ingin dilaksana semalam telah disusun sejak kelmarin.

24 JAM HARI INI.Halaman baru.Namun begitu tidak menjadi satu kesilapan pun andai hal yang direncana semalam andai belum terlaksana dibawa ke hari ini..Ada hal mampu direalisasi dengan waktu yang singkat..ada hal memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menampakkan hasilnya.Sesetengah perkara perlu dinoktahkan untuk membaik pulih keadaan,ada juga sebaliknya.

DAN..24 JAM ESOK.Sedikit sebanyak rangka rencana dibina hari ini.Bukankah idea itu luar jangka.Kejutan boleh berlaku pada saat tidak terduga.Esok pasti datang.Berjaya atau kurang mengemudi apa yang telah disetkan..itu perkara kedua.Paling utama pada hari mendatang niatkan dihati mahu manjadi insan yang lebih baik selagi jantung deras berdegup.

Semalam yang kita lalui moga menjadikan kita lebih cekal mengharungi hari ini..untuk menempuhi hari esok yang belum pasti..sekurang-kurangnya pengalaman semalam dan hari ini boleh menjadi bekal perbaiki diri.🍒Perdu Cinta🍒

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. waalaikumussalam PC.
    alhamdulillah perkongsian yang baik.
    pahit manis tangis ketawa dalam kehidupan

    BalasPadam
  2. 24 jam boleh terasa cepat sangat berlalu... setiap hari pun begitu... kadang masa dilekakan dengan keperluan urusan dunia sahaja..

    BalasPadam
  3. memang benar kak...setiap org ada 24 jam dianugerahkan Tuhan..hanya kitalah yg harus bijak mengatur setiap masa yg dianugerahkan

    BalasPadam
  4. InsyaAllah semoga kita dpt mengisi dengan benda2 yg bermanfaat hendaknya.

    BalasPadam
  5. masa yang dah belalu pergi adalah masa yang paling jauh. tak akan mampu kita kejar walau sepantas mana kita berlari.. jadi baikla manfaatkan macam2 sebelum menyesal terhantuk..

    nice sharing..

    BalasPadam
  6. semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan masa itu

    BalasPadam
  7. Pokok ya pada individual bagaimana mereka urus masa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama