Terimalah Hakikat..Sedar Diri..Berubah!

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TERIMALAH HAKIKAT..SEDAR DIRI..BERUBAH! || Setiap kita akan merasai,melalui fasa perubahan..perubahan akan terus berlaku setiap detik.Bezanya ia perubahan berskala besar atau hanya kecil dan sedikit sahaja.Berlaku tetap terus berlaku.Bukan dongengan.

BUKAN LAGI "SINGLE".Baik lelaki mahupun wanita,bila sahaja bernikah,,berkahwin dan seangkatan dengannya,,ya status awak berubah..daripada Cik kepada Encik dan Puan.Boleh jadi awak itu mak long,pak long..pak atau mak angah,uda,andak,,ucu dan selayaknya gelaran daripada anak-anak buah mahupun anak-anak saudara ya.Bukan suka-suka,"yes" aku sudah berkahwin..no..no..no..akad ijab qabul itu bukan macam makan kuaci..sambil goyang kaki depan tv.Besar dan berat tanggungjawab yang mesti dilunas.

BERAZAM UNTUK MENJADI YANG PERTAMA.Juara.Mahu menjadi juara bukan mudah.Banyak halangannya.Dalam apa pun yang diusahakan.Harap maklum.PC sendiri adakala tewas untuk menjadi juara.Kerana kita manusia biasa-biasa.Tetapi ketewasan itu sangat mengaibkan.Sungguh memalukan ketahap yang paling bawah bagi PC.Bila?!?...bila mertua terlebih dahulu berada di dapur awal pagi.Ibu bapa mertua sebenarnya  tidak mengharapkan anak menantunya super sonic..memadai membantu sedayanya.Sesekali lewat itu wajar..hari-hari sengaja lewat itu boleh jadi dianggap kurang sopan dan kurang manis..atau bahasa agak kasarnya maaf ya.."kurang ajar"..kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan.Bagi sesetengah ibu bapa tidak kisah jika anak atau menantunya bangun tidur terus mengadap makanan..namun ada sesetengan ibu bapa yang lain beranggapan sebaliknya.

Wahai anak menantu...berhati-hatilah..jaga diri..bijaklah bawa diri..kerana saat bersama mertua kamu membawa maruah keluarga kandungmu..dan wahai mertua,sama-samalah mendidik menantumu moga tidak nampak kesilapan itu sekadar pada menantu walhal anakmu sendiri terlebih dahulu melakukan..

Sesiapa pun terdedah untuk lakukan kesilapan.Muda,tua,kecil,besar...semua..kita tidak boleh menidakkan hakikat kerana kesempurnaan itu jauh daripada kita.

TIDAK MINAT?..TOLAK TEPI.Betullah lakukan sesuatu perlu minat.Barulah menjadi.Tetapi adakala daripada tidak minat tetapi bersemangat akhirnya lebih cemerlang hasilnya.Nampak tak..minat boleh dipupuk.Tapi kalau malas itu apa pun bakal kecundang.Hebat dibidang yang kita gemari itu bagus,tapi tidak salah semai rasa mahu mencuba dan menguasai apa yang tidak dijiwa.I S A.. IKUT SUKA AKU..yes silakan..tapi pandang pandanglah sedikit situasinya.Ingatlah juga di mana berada.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. BERUBAH DAN SENTIASA BERMUSAHABAH DIRI

    BalasPadam
  2. keikhlasan dalam diri baru semua menjadi

    BalasPadam
  3. Dah kawen ni kena pandai bawa diri. Walau kita tak rajin atau tak pandai masak, kena tahu letak diri kita. Selamat Ana dpt mertua sporting. Hehe.

    BalasPadam
  4. In shaa Allah semoga kita sentiasa belajar dari kesilapan dan sedar untuk berubah. Semoga Allah sentiasa beri petunjuk dan hidayah kepada kita..

    BalasPadam
  5. alhamdulilah menjadi menantu sulong walaupun usia lebih muda dari adik ipar,tapi masih mampu beringat kedudukan di rumah mertua,kadang-kadang terasa hati juga tapi bila difikirkan balik ada orang begini,tapi kurang disitu,ada orang begitu,lebih disini,semuanya untuk kita bermuhasabh diri dan ingat kembali apa sebenarnya kita ini hidup didunia ini,betul tu kak,kita akan mengalamai skala perubahan demi perubahan.

    BalasPadam
  6. bab tak minat tolak tepi tu, AGREED 100%.
    tak semua perkara yg kita minat, kita boleh dpt mcm kita minat.
    peluang & ruang yg ada tu sepatutnya kita grab!
    btol tu. dlm pada x minat, buat jugak, hasil mungkin marveles!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama