Pedang..Jarum..Gunting

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


PEDANG..JARUM..GUNTING || Cara kanak-kanak hendak menunjukkan keadilan.."osom" la yang menjadi pilihan.Waktu itu semua keluar..batulah..mataharilah..kertaslah..guntinglah..burunglah..airlah..mana yang sifatnya keras atau kuat dialah menang..tidak pun main terbalik atau telentangkan telapak tangan.."lat-ta-li-lat-ta-li-tam-lum".Itu kaedah PC dan rakan-rakan bermain saat kecil-kecil..mungkin sekarang ada tapi jarang atau mungkin kadang-kadang sahaja.Tidak hairanlah bila anak-anak zaman sekarang melihat cara begitu untuk tentukan giliran,mereka berasa bagai ada sesuatu kepelikkan sedang berlaku.Muka pelik macam nampak alien..

Seusia yang dilalui,banyak yang telah ditinggalkan..bagi yang melalui ianya menjadi kenangan indah untuk dikenang.Bagi yang tidak mengetahui mungkin ianya terganti dengan sesuatu yang lebih baik.Sedar atau tidak ada tiga senjata ini yang hampir dengan diri kita mesti dikemudi sebaiknya..harus dijaga molek-molek..apakah?😉

PEDANG.Lidah.Ya butir bicara kita lebih tajam daripada pedang.Baik sahabat mahupun musuh boleh tercedera dengan pedang yang satu ini..kata-kata adakala membina..ada saatnya membinasa tidak mengira masa.Pedang ini boleh menikam musuh,boleh juga mempertahankan sahabat,,dan jangan hairan andai berlaku sebaliknya.


Jaga-jaga..pedang ini akan tumpul setumpul tumpulnya di hari pengadilan dan pembalasan..hunus pada tempatnya..simpan juga pada kedudukannya.Takut kelak lantaran terlalu tajam hari ini..membinasa pada hari mendatang.


JARUM.Tajam tapi tugasnya mencantum.Dari sudut mana pun,bagaimana pun rupa koyakkan dan hasilnya..ianya tetap mencantum.Biar hasil akhirnya tidak secantik pada awal sebelumnya koyak dan lebih parahnya rabak...ianya tetap menyatukan.

GUNTING.Gunting dalam lipatan itu SANGAT bahaya..tetapi memutuskan atau memisahkan sesuatu yang kurang baik itu wajar dilakukan sebelum ianya turut menburukkan keadaan..dengan syarat..terlebih dahulu usaha mengubah dan perbaiki yang kurang baik tersebut.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

21 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Balasan
    1. Yang kurang baik cuba elak...yang baik kita terus amalkan..insyaAllah :)

      Padam
  2. Jarum...
    Ibarat sebuah kebenaran yang menyakitkan...
    Tapi setelah mengetahui kebenaran mungkin boleh dibaiki hubungan itu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..walau sudah berbeza rupanya...walau tetap ada parutnya...

      Padam
  3. Lidah yang tak bertulang lagi tajam dari sifat jarum tu sendiri. Jarum walaupun tajam sifatnya namun hasilnya menyatukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis...ada masa ada baiknya jadi jarum..fungsinya tidak sembarangan..sakit yang membahagia.

      Padam
  4. pedang jarum gunting wadah kehidupan berguna mfaatkannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Betul kak..dengan syarat bijak memanfaat.

      Padam
  5. Suka jadi jarum... mencantumkan...

    BalasPadam
  6. Ye gunting tuh bahaya...gunting dlm lipatan..kne elak org jenis mcm nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling bahaya...bahaya dalam senyap...nauzubillahiminzaliq.

      Padam
  7. Pilih kegunaannya utk yg bermanfaat akan mendatangkan hasil yg baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak...Allah beri kita akal...manfaatkan.

      Padam
  8. Ada jarum yang membinasakan kalau disalahgunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...hindarilah kerana itu musuh negara..dan agama terutamanya.

      Padam
  9. ambik manfaatnya, jauhi mudaratnya

    BalasPadam
  10. Gunting dalam lipatan tu juga boleh menghancurkan bangsa dan agama.. sejarah telah menceritakannya.. t kasih atas perkongsian dan peringatan ini PC.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama