16 June 2017

Mengikut Keperluan Itu Yang Sering TEWAS

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENGIKUT KEPERLUAN ITU YANG SERING TEWAS || Walaupun antara keperluan dan kehendak itu wajar didahulukan keperluan..namun sebaliknya yang seŕing berlaku adalah keperluan itu sering tewas berbanding kehendak yang mendahului carta.Logik ianya menang kerana ada campur tangan nafsu😈

SELAMAT.Bernafsu itu wajar.Lebih wajar dan selamat kalau dilorong yang putih.Kalau dipersoal tentang kehendak..pastinya sangat rapat dengan mampu..kemampuan diri.Merangkumi segenap sudut.Justeru tidak menjadi isu besar andai kita lihat ada yang membesarkan kehendak..seandainya selayaknya dia begitu.Pandang dari sudut yang baik..beranggapanlah segala keperluannya telah dipenuhi sebaik-baiknya.Sama-sama selamat.

BERBAKI 9 HARI LAGI.Termasuk hari ini,ya berbaki 9 hari lagi Ramadhan.SubhanaAllah.Ada 1 malam yang sering dicongak (dikira-kira)..dinanti-nantikan sentiasa.Teruskan berdoa..lipat gandakan istiqhomah dalam beribadah..moga malam indah itu menjadi hadiah buat kita..Disaat terbeñamnya mentari..berpada-pada juga saat itu..besederhana mengisi perut agar tidak terjejas praktikalnya ibadah.Pembaziran juga dapat dièlakkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

7 comments:

  1. cepat betul masa berlalu kan.. semoga kite sume dapat merasai malam lailatul qadar..

    ReplyDelete
  2. Betul..ikut nafsu mmg macam tu...SA pun sama..untuk dania je dah banyak dah...sebab nak harap ayah dia sediakan mmg xde la...

    ReplyDelete
  3. sekejapnya masa berlalu... dah nak habis ramadan. :(

    ReplyDelete
  4. Wkmalam.
    Mudah2an kita sentiasa sihat untuk beramal ibadat di malam2 terakhir Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  5. Ada sesetengah orang, kehendak pun dah mcm jadi keperluan.. ada yg baik dan ada juga yg memburukkan. Paling teruk bila tak dapat menahan nafsu yg jadi keperluan kepada perkara yg sekadar kehendak sahaja.. nauzubillah, semoga kita semua dijauhkan sifat2 begitu.

    ReplyDelete
  6. puitisnya ayat PC ni.. btw, selamat menyambut syawal PC..

    ReplyDelete
  7. Sentiasa pastikan keperluan yang baik sebelum memenuhi setiap kehendak yang selalu terdorong oleh nafsu.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..