17 June 2017

Masih Belum Mencukupi..

11:05 AM 18
Masih Belum Mencukupi..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MASIH BELUM MENCUKUPI.. || Tiada istilah miskin tapi lebih tepat berkecukupan.Seandainya yang melihat itu agak berada..pasti yang kurang punya itu ditafsir miskin.Begitulah andai yang melihat itu dari golongan biasa-biasa atau sederhana..yang memiliki lebih itu akan dikatakan kaya..hakikatnya masing-masing berada dalam kecukupan ditahap masing-masing.Dan...dan...dan lazimnya,rasa belum mencukupi itu buat kita sentiasa berusaha.Asal betul cara dan niatnya...silakan😄

MENDENGAR DAN MELIHAT.Sedia maklum,setiap hari ada sahaja berita-berita yang kita dengar dan lihat.Di media sosial,di media cetak.Melapangkan dada..atau menyesakkan jiwa dengan duka..semua dikongsi untuk tatapan umum.Kita mendengar dan melihat sumber daripada pihak kedua dan seterusnya.Bukan secara langsung kita berada ditempat kejadian.Justeru bataskan diri untuk mencampuri dengan terjemahan sendiri.Kejadian apa sekalipun disekitar kita..

BEZAKAN SITUASI.Kalau berhenti makan sebelum berasa kenyang itu sunnah Rasulullah SAW.Amalkanlah.Dapat sihat,dapat pahala.Tetapi kalau berasa cukup dengan sedikit amal kebaikkan itu silap.Ada sesetengah perkara kita harus segera berasa cukup.Ada sesetengah perkara lainnya mesti sematkan dalam jiwa dan minda masih belum mencukupi.Mahu lagi dan lagi...

Hati kita..akal kita milik DIA..minta agar DIA sentiasa membawa ke arah yang membina bukannya membinasa..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 June 2017

Mengikut Keperluan Itu Yang Sering TEWAS

12:02 PM 7
Mengikut Keperluan Itu Yang Sering TEWAS
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENGIKUT KEPERLUAN ITU YANG SERING TEWAS || Walaupun antara keperluan dan kehendak itu wajar didahulukan keperluan..namun sebaliknya yang seŕing berlaku adalah keperluan itu sering tewas berbanding kehendak yang mendahului carta.Logik ianya menang kerana ada campur tangan nafsu😈

SELAMAT.Bernafsu itu wajar.Lebih wajar dan selamat kalau dilorong yang putih.Kalau dipersoal tentang kehendak..pastinya sangat rapat dengan mampu..kemampuan diri.Merangkumi segenap sudut.Justeru tidak menjadi isu besar andai kita lihat ada yang membesarkan kehendak..seandainya selayaknya dia begitu.Pandang dari sudut yang baik..beranggapanlah segala keperluannya telah dipenuhi sebaik-baiknya.Sama-sama selamat.

BERBAKI 9 HARI LAGI.Termasuk hari ini,ya berbaki 9 hari lagi Ramadhan.SubhanaAllah.Ada 1 malam yang sering dicongak (dikira-kira)..dinanti-nantikan sentiasa.Teruskan berdoa..lipat gandakan istiqhomah dalam beribadah..moga malam indah itu menjadi hadiah buat kita..Disaat terbeñamnya mentari..berpada-pada juga saat itu..besederhana mengisi perut agar tidak terjejas praktikalnya ibadah.Pembaziran juga dapat dièlakkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 June 2017

Pin...Pin...Dah Sampai

10:00 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PIN..PIN..DAH SAMPAI || Pin..,pin...tu bunyi hon motor Encik posmen..hehe...dengar bunyi hon depan rumah pun dah seronok..itu di dunia..boleh bayangkan tak malaikat datang beritahu semua dosa kita dihapus...tanpa hisab terus menjadi penghuni syurga kekal selama-lamanya...Ya Allah...tak tahu nak ungkap macam manakan..kan..kan..subhanAllah..hujung-hujung Ramadhan ini..moga berezki menemui malam istimewa yang di damba setiap daripada kita..insyaAllah..ameen.

Selalu Encik posmen pin..pin depan rumah jiran..semalam pin..pin depan rumah PC..sebenarnya ini kisahnya...


Pin...Pin...Dah Sampai

Pin...Pin...Dah Sampai


Alhamdulillah rezeki ramadhan..terima kasih atas penghargaan daripada pemilik blog ABAM KIE : Man Of The House yang PC lebih senang memanggil beliau Cikgu AK..

Pemberian kad raya sudah menjadi agak asing di kala ini..teknologi banyak mengambil alih sebenarnya..ianya menjadi memori manis untuk dikenang...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 








14 June 2017

Awasi Yang Dihujung-hujung Itu

8:42 AM 13
Awasi Yang Dihujung-hujung Itu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AWASI YANG DIHUJUNG-HUJUNG  ITU || Kalau sesiapa penggemar buah nenas,pasti tahu dibahagian pangkal itulah yang sering menjadi rebutan.Manis,rangup dan keenakkannya bermula di situ.Kalau difikir,memang wajarlah kerana pangkal itu dekat dengan batang nenas,dan batang nenas sangat dekat dengan tanah..tabur baja,,air..akan ke batang nenas seterusnya meresap ke pangkalnya pula..namun jangan dipandang remeh dihujungnya kerana jambul nenas boleh dijadikan benih untuk hasil seterusnya..

Melihat moleknya permulaan belum pasti cantik dipenghujungnya.Tidak lancar pada awalan,tidak tentu juga akhirannya begitu..justeru mengapa membuat kesimpulan itu pada pengakhiran...kerana di situlah titik baru permulaan sebuah kehidupan yang hakiki.

HUJUNG LIDAH.Zaman Rasulullah ramai sahabat syahid dihujung pedang,,dan ramai juga musuh dilahirkan dan hidup semula (mengungkap dua kalimah syahadah) dihujung pedang.Bukan kerana meraka takut atau terpaksa tapi kerana mereka kagum dan yakin dengan keperibadian Rasulullah s.a.w.Berbeza di akhir zaman,ramai yang mati dan cedera parah kerana hujung lidah sesama sendiri yang lebih tajam daripada sebilah pedang.Berhati-hatilah saat berbicara dan diketika mengungkap kata.

HUJUNG JARI JEMARI.Tidak perlu lagi mesyuarat tingkap,itu oldschool sangat dah..ada tapi bukan trand zaman sekarang,,sikit sangat dah yang menggunakan cara sebegitu.Nah sekarang ada istilah "Mengata versi moden".Dihujungnya jari jemari sahaja.PC tidak menyalahkan kalau ada yang mengatakan begitu tetapi berbalik juga pada diri masing-masinglah.Betul mengendalikannya,baiklah hasilnya dan sebaliknya.Kawal fikiran,kawal emosi insyaAllah baik-baik saja jadinya.Jangan menjadi pembunuh pada jasad yang masih bernyawa.

Ingatlah...setiap daripada kita pasti akan sampai HUJUNG WAKTU.Sedar atau tidak sekarang ini kita sedang menuju ke arahnya.Masa dan hayat.Moga Allah SWT noktahkan dengan kedamaian.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 June 2017

Hadiah..

12:21 PM 11
Hadiah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HADIAH..

Syurga itu dibayangkan indah
Melebihi segala indah di dunia
Syawal itu hadiah indah
Dirai ummat yang taat berpuasa

Lebihkan waktu di atas sejadah
Pohon sahaja apa mahunya
Nikmat sabar itu indah
Syaratnya redha dengan ujianNya

Letih tubuh rehat beriadah
Riadah dunia nikmat seketika 
Terus istiqhomah dalam beribadah
Pasti ganjaran indah menanti di sana

Buah delima cantik merkah
Makan beramai-ramai di atas beranda
Hindar diri dari amarah
Pasti diri dipandang mulia

Hari Selasa sudah
Hari ini juadahnya apa
Teruskan amalan mudah
Hadiahnya tetap ada

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


12 June 2017

Sepanjang Dua Minggu Ramadhan..

9:52 AM 16
Sepanjang Dua Minggu Ramadhan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEPANJANG DUA MINGGU RAMADHAN || Sebelum ini menghitung hari kedatangan Ramadhan..sekarang sudah berada dihari ke-17 kita menjalani ibadah puasa.Alhamdulillah.Masuk fasa kedua ini semakin terasa lebih pantasnya masa berlalu..

Ramadhan akan bertandang dan pergi..yang bezanya kisah di dalamnya tidak sama..kisah yang kita lalui..

BERITA DUKACITA.12 Ramadhan adik sepupu memaklumkan atok dikejarkan ke hospital.Hospital Serdang.Sesak nafas.Muntah.Sesampai dihospital atok diletakkan di zon merah.ICU.Semalaman tapi cukup buat hati dan jantung kami luruh.Bagi PC dan adik-adik yang duduk berjauhan ini emosi menjadi celaru.Menurut pakar..tiada tindakkan berat boleh dilakukan kecuali masing-masing sabar.Walaupun hakikatnya pembedahan perlu dilakukan.Faktor usia dan risiko yang besar..pakar menyarankan semua ahli keluarga redha dengan apa pun yang akan terjadi.Ubatan diberi namun hanya mengikut kemampuan tubuh menerima.Bila dapat menziarah ke hospital walau sekejap..melihat depan mata..sungguh..terkedu.,sebak.😢😢

Allah mendatangkan peringatan dengan banyak cara...sungguh..benarlah syurga itu mahal..mahal kerana untuk menjadi penghuninya hati (iman) perlu benar-benar tegar.

BUNYI-BUNYIAN DAN BAU-BAUAN DI MALAM HARI.Hendak merasai kemeriahan diwaktu pagi adalah dibulan Ramadhan.Masing-masing gigih bangun sahur.Walau yang ada bergulung selimut duduk dimeja makan.Sunnah juga kan bersahur walau sedikit.Lagilah kalau ada anak-anak kecil yang sama-sama sahur..berganda meriahnya.Di malam hari pula...adakala menyeramkan..dalam suasana sepi..cicak berkejaran pun boleh kedengaran apatah lagi bunyi bunyian..diikuti bau bauan yang asing..masuk fasa kedua puasa ini lebih menganggu deria bau dan pendengaran..subhanAllah...semakin ligat mixer berputar mengadun..semakin harum bau bakaran biskut raya..hehehe..😁😉

DAMAI DI PANDANGAN DAN PENDENGARAN TETAPI BERGEGAR DIHATI.Bacaan-bacaan surah solat tarawih mengasyikkan..alunan suara yang mendayu mendamaikan..ditambah melihat cahaya dari pelita yang terpasang di sepanjang lorong jalan..damai...mendamaikan..dalam damai bergegar juga dihati...terperanjat acik  dengar bunyi merecun nak....huhuhuhu...ibu bapa...perhatikanlah anak-anak...anak kecil mahupun anak remaja..berhati-hati dan berpada-pada main mercun..banyak kecederaan sudah berlaku..jadikan pengajaran..buat ingatan dan amaran diri sendiri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 June 2017

Bersiap Sedia..

12:32 PM 3
Bersiap Sedia..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERSIAP SEDIA || Ada yang slumber..sempoi-sempoi sudah..ada yang betul-betul teliti dan sangat menjaga sentiasa..ada juga yang mengikut keadaan dan masa atau lebih mudah sederhana sahaja..apa ni?...kes bersiap..hehe..mukhadimahnya berjela ya..isinya ciput.

Sebut bersiap sedia sinonimnya dengan warga unit berunifom..anggota tentera..polis..bomba..malah sekarang lebih luas..jururawat malahan guru juga..hakikatnya kita ini sebagai manusia apa pun statusnya..bagaimana pun profile nya mesti sentiasa bersiap sedia.

SITUASI LUAR JANGKA.Belum tentu yang kita harap A,A jadinya.Mungkin boleh jadi C..hari ini kita usaha apa yang kita harapkan,idamkan..kalau gagal atau kurang menjadi jangan berasa kecil hati..tidak usah berasa rugi kerana setiap satunya walau sebesar hama ianya tetap dipandang dan ada nilainya..niat tidak menghalalkan cara tapi setiap perbuatan bermula dengan niat..niatlah yang baik-baik.

HAKIKAT YANG PASTI.Hendak lakukan sesuatu,mesti bersiap sedia tandanya kita bersungguh-sungguh.Bukan lakukan sepenuh hati itu hanya untuk kehidupan di dunia...untuk kehidupan di sana juga..yang hidup pasti akan mati..setiap daripada kita mesti bersiap sedia.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 June 2017

Jangan Sampai...

5:52 AM 6
Jangan Sampai...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN SAMPAI.. || Alhamdulillah..menuju minggu ketiga Ramadhan,syukur kerana Allah masih mengizinkan.Tanpa izinNYA mana mungkin kita berdaya untuk berpuasa waima berniat sekalipun.Besar nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita.

BERPESAN-PESAN.PC sendiri sering ingatkan diri,untuk lebih berhati-hati dalam segenap hal..perbuatan,percakapan dan pada apa yang wajar dijaga.Ya,sebelum menasihati orang atau memberi tauladan,,sedikit-sedikit perbaiki diri sendiri dahulu.Banyak kebaikkan yang PC sendiri pelajari dan contohi daripada orang lain.Setiap kebaikkan yang kita contohi dan amalkan daripada orang lain..atau daripada kita dicontohi oleh orang lain juga,moga ganjaran kebaikkannya berterusan.

ELAK MENCONTENG ARANG.Malam itu hitam.Gelap.Kerana itulah putaran alam lawannya siang.Masa untuk kita beristirehat dan sebahagiannya untuk luang masa denganNya.Namun jangan dan cuba elakkan menggelapkan sinar yang sedang membantu diri untuk menambah akaun kanan kita..

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : 
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya. (Riwayat al-Bukhari)

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

09 June 2017

Pilihan Sendiri

11:06 AM 1
Pilihan Sendiri
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PILIHAN SENDIRI..

Siddiq,amanah,tabligh,fathonah
Dunia ini kita hanya menyinggah
Jangan hidup berasa megah
Takut di akhirat kelak tidak semenggah

Wujud,qidam,baqa
Percayalah sesungguh jiwa
Jangan ragu pada DIA
Itu kunci gerbang syurga

Wajib,sunat,harus
Hukum wajar ditaati lurus
Jangan sering menentang arus
Silap langkah diri terkambus

Syaaban,Ramadhan,Syawal 
Sebelum akhir pastinya bermula dari awal
Mati muda itu jangan dianggap awal
Semua yang terjadi kerajaan di atas yang mengawal

25 Rasul,10 Makaikat
Allah mencipta penuh berkat
Jangan pernah rasa terlewat
Berbuat baik itu laku sepanjang hayat


08 June 2017

Faham Itu Perlu Tapi Saling Memahami Itu lebih Penting

11:52 AM 9
Faham Itu Perlu Tapi Saling Memahami Itu lebih Penting
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

FAHAM ITU PERLU TAPI SALING MEMAHAMI ITU LEBIH PENTING || Setiap hari kita berkomunikasi.Bagaimana cara sekalipun.Komunikasi dua hala memberi impak yang bagus bagi dua belah pihak.Faham apa yang cuba disampaikan itu bermakna komunikasi berjaya tetapi saling memahami itu lebih penting bagi PC.
Faham itu melibatkan satu pihak yang menerima fakta atau arahan.Manakala apabila saling memahami itu ianya lebih mewujudkan situasi yang menang↔menang dan tenteram.Si penerima arahan dan si pemberi arahan bebas tekanan.

KEKELUARGAAN.Bergantung pada individu,ada yang hampir dengan kawan-kawan..tidak kurang yang sangat dekat dengan keluarga sepanjang menjalani kehidupan seharian.Tidak kiralah seakrab mana pun hubungan kita diluar lingkungan keluarga,jangan pernah menambah jarak dan jurang renggang dengan keluarga.Biarpun sedarah sedaging mereka dan kita insan biasa.Belajar saling memahami satu sama lain.Jasa itu tidak mungkin akan terbalas tapi ianya wajar untuk dikenang bukan dibuang.

BERPERIKEMANUSIAAN.Baik dalam sektor PEKERJAAN atau hubungan KEMASYARAKATAN.Seorang ketua itu diperlukan untuk memantau dan bukan membuli ya.Untuk mendorong dan bukan menolak ke lorong binasa.Berusahalah untuk memahami untuk mendapatkan titik persefahaman.Dihujung lidahmu itu arahan,silap gaya dihati anak buahmu (pekerja)makian..berhati-hatilah..

Ketua yang bijak tidak mudah emosi,tidak juga mengungkit pada setiap apa yang telah diberi.Hebat seorang ketua itu sentiasa menjaga tutur katanya,tingkahnya.Kerana ketua itu contoh bukan hanya tahu memberi arahan untuk dipatuhi.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

07 June 2017

Berhenti..

11:28 AM 3
Berhenti..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERHENTI || Bergerak kemudian tidak bergerak..itu berhenti bergerak.Bernafas kemudian tidak bernafas itu berhenti bernafas.Mati.Mati itu boleh berlaku disaat masih bernyawa.Mati akal.Bukan disebabkan sakit atau lumpuh tapi terkejut seketika,tidak boleh memberi tindak balas segera ketika berbahas.Lagi-lagi kalau yang tanya kanak-kanak 3 tahun..soalan standard professor..mahu tak timbul urat dikelopak mata..

Berhenti beranggapan kanak-kanak serba tidak tahu..dalam situasi sekarang mereka lebih banyak tahu banyak hal berbanding orang dewasa..harap maklum ya.

MENUDING JARI.Menuding jari kerja mudah.Lebih mudah kalau banyak dan tahu siapa sasarannya.Mudah ya...mudah sangat.Mudah dunia.Berhenti berasa aku betul engkau salah kerana tidak semua orang sentiasa betul dan tidak juga semua orang itu sentiasa salah.Daripada terus buang masa menuding jari lebih baik baiki diri dan mencari solusi.

FIKIR NEGATIF.Mula-mula fikir kemudian berteka teki dihati.Penyudahnya serba serbi jadi tidak kena.Kita mesti cepat-cepat bertindak dengan berhenti fikir negatif terutama pada hal yang tidak sahih dan tidak berlaku dihadapan kita.Seandainya nyata didepan mata,masih mahu menidakkan itu berbohong pula namanya.Susahkan.Memanglah susah.

BERASA SELESA.Selesa itu perlu.Terlalu selesa itu bahaya.Maksudnya biar berada di zon selesa tetap berusaha berbaiki diri dan lebih dekatkan hati dengan Pencipta..lebih mesra dahi dengan sejadah,lebih banyak basah wudhuk pada anggota tubuh..*ini amaran untuk diri PC juga..jangan pandai cakap je*

Berasa cemburulah dengan insan yang hidupnya selesa di dunia tanpa berhenti berusaha bersungguh sungguh mengejar keselesaan di akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



06 June 2017

Jangan Lupa Daratan..

11:23 AM 7
Jangan Lupa Daratan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN LUPA DARATAN || 11 Ramadhan hari ini.Alhamdulillah.Minggu pertama Ramadhan telah kita lalui dan tinggalkan,bagaimana warna dan coraknya kita dan Allah yang tahu.Hari yang masih berbaki ini moga-moga lebih mewah dengan amal dan ganjaran berganda.Ameen😄

BERUBAH DAN MENGUBAH.Pengaruh,sangat besar kesannya pada diri kita.Tidak kiralah baik pada si kecil mahupun si dewasa.Melihat,mendengar..pun boleh terpengaruh.Bila psikologi lebih padu,prinsip yang ditanam pun boleh lebur.Cukup umur itu belum tentu boleh beza baik buruk.Banyak buktikan si dewasa yang cukup umur tapi bertindaknya seperti kanak-kanak.

BEZAKAN.Terlupa itu biasa,buat-buat lupa dalam sesetengah hal boleh jadi dosa.Ada bezakan.Kita tidur dan bangun.Setiap hari,berganti hari.Padat dengan aktiviti.Masa pun berlalu pergi.Kita lupa,mereka mungkin lupa atau sengaja diam..ingat seperkara,si pencatat tidak pernah terlepas mencatat.

Tidak mengapa kita berasa sakit usaha untuk memadam dosa..daripada berasa sakit di sana lantaran pahala terhapus diambil orang.,

CARI DAN PILIH.Cari betul-betul,pilih pun betul-betul.Apa?..kawan.Sama-sama insan peratus untuk berubah itu ada dan tinggi.Kalau tidak dia yang berubah,mungkin kita yang berubah.Masing-masing ada potensi.Sebab itulah wajar untuk memilih yang terbaik.Untuk mendapat yang terbaik jadi baik dulu.Maka kebaikkan itu dapat disalurkan insyaAllah.Kalau sebaliknya berlaku..sabar..perbaiki sedikit demi sedikit ya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

05 June 2017

Keselesaan

11:01 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KESELESAAN || Bila disuruh pilih,pasti semua orang memilih keselesaan yang paling maksimum.Dan erti keselesaan itu bagi setiap orang tidak sama.

SAMA-SAMA MENCIPTA.Ada yang bertahun kenal namun rasa janggal tetap ada..tidak kurang yang baru beberapa minit berkenalan bagai telah bertahun berkawan.Semuanya bergantung pada bawaan diri masing-masing.Dingin atau hangat suasana itu kita yang usahakan.Paling utama letakkan batasan selayaknya dalam pergaulan.


Keselesaan

UKUR DITUBUH SENDIRI.InsyaAllah selamat apabila sedar diri.Ukur ditubuh sendiri itu sahaja sudah membuat kita berasa cukup selesa,baik dari segi pakaian,keperluan dan kehendak serta hal-hal juga urusan lainnya.Selesa dimata,selesa dihati.

HAK MASING-MASING.Bila kita melihat dia..jangan sangka kita tidak dilihat.Kalau kita bersangka-sangka jangan ingat tiada orang bersangka-sangka pada kita.Keselesaan itu wajar dihalusi agar tidak berat sebelah..bagaimana?..biar untuk berasa selesa itu hak dan ada cara masing-masing tapi jangan sampai kita selesa atas derita dan air mata orang lain..

Ambil masa.Berdiri.Pandang cermin.Tanya diri.Keselesaan yang mana wajar untuk kita usahakan dan nikmati agar di dalamnya mewah dengan keberkatan.Tidak menyakiti dan satu saat kita juga tidak berasa sakit dengannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 






04 June 2017

Mungkin Lebih Baik

12:32 PM 10
Mungkin Lebih Baik
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MUNGKIN LEBIH BAIK.. || Mengharapkan kebaikkan selamanya itu impian setiap daripada kita..bukan untuk sehari dua..namun keselesaan itu adakala melalaikan dan menjauhkan kalau silap tingkahnya..justeru mungkin lebih baik dengan adanya teguran teguran DIA itu supaya kita sedar diri..

Tenang-tenang si air laut
Girangnya nelayan menunda bot
Biar isinya kelihatan sedikit
Diharap keberkatannya tinggi membukit

Girang nelayan menunda bot
Sambil berseloroh dengan sahabat
Bila diuji terasa sakit
Itu punca semangat kan bangkit

Sambil berseloroh dengan sahabat 
Tidak dilupa tentang solat
Mungkin hari ini bukan manusia hebat
Siapa sangka esok jadi insan kuat

Tidak dilupa tentang solat
Bukti anda insan hebat
Hari ini dikejar diperhambat
Sasanya jiwa sering bertaubat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




03 June 2017

Kerjasama

6:17 PM 8
Kerjasama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KERJASAMA || Apa yang penting??..Kerjasama!!..*teringat pula kartun 3 ekor haiwan..si Wonderpets*..mungkin itu sekadar hiburan bagi si kanak-kanak yang menonton tetapi belum memahami,yang bagi mereka untuk hiburan,walhal banyak input positif yang boleh dicontohi..jadi,tugas yang dewasa untuk memberi tahu dan menjelaskan sebaiknya.


KITA DAN PENCIPTA.Dengan segala kelemahan dan kekurangan diri..tidak terdaya rasanya untuk lakukan segala-galanya sendirian..mahu menarik dan menghembus nafas pun kalau tanpa izinNya tidak mampu dilakukan.SubhanaAllah.Apa yang Allah pinjamkan kita hargai,jaga dan syukuri.

Minta..minta..minta..barulah Allah beri..beri dan beri..BiarpunAllah tahu segalanya apa yang tersurat mahu pun yang tersirat pada diri kita..luahkan dalam bentuk doa..buktikan dengan usaha..

INSAN DAN MAKHLUK.Insan itu kita...diri kita..dan makhluk itu merangkumi segala isi langit dan bumi..kalau ada yang mengatakan "aku boleh hidup sendiri".."lakukan segalanya sendiri"...baik semak semula diri sendiri..mungkin ada yang jalan-jakan kemudian terhantuk kepala di bucu tangga..lupa bahawa antara satu sama lain kita ini saling menerlukan..peniaga perlukan pembeli...pembeli perlukan pilihan yang ditawarkan...begitulan di lain-lain hal..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Selamat berbuka puasa di Ramadhan ke-8.

02 June 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

10:24 AM 33
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DUIT RAYA GIVEAWAY BY ABAM KIE AND PALS || Lama rasa,eh bukan,,lama sangat rasanya tak join apa-apa segmen atau giveaway..seronok sebenarnya..adakala berhajat untuk join tapi telah luput terikh itu belum terlupa atau tersilap pandang..subhanAllah..hari ini PC nak joinlah..


SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Kad Raya untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut. (Jangan kata anda tak ada akaun FB!)

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Lawan..Lawan..Lawan

8:29 AM 10
Lawan..Lawan..Lawan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LAWAN..LAWAN..LAWAN || Jumaat pertama di 7 Ramadhan.Alhamdulillah dengan limpahan nikmat yang tidak mampu untuk kita nafi.Terima kasih Allah.Moga kita terhindar dari menjadi insan yang mengkufuri nikmat.Salam penghulu hari..



WARNA WARNI.Cantik menghiasi malam hari.Berkelap kelip mungkin diawal ciptaannya adalah berinspirasikan si kunang-kunang yang kian pupus.Hai si lampu kelap kelip..itu yang PC panggil pun dari kecil..mungkin ada nama khasnya yang PC tidak tahu.Di luar bulan Ramadhan pun ada juga yang memasangnya tapi tidak semeriah Ramadhan dan seterusnya Syawal.Penyeri.Indah sinar cahayanya pada penglihatan kita manusia moga kita juga kelihatan begitu terang bercahaya pada pandangan Allah.Lebih-lebih dibulan penuh keberkatan ini.


BERDENTAM DENTUM.Di negara kita ini,sebahagian besar perayaan atau sambutan majlis-majlis keraian..yes..meriahlah dengan tembakkan peluru yang berdas-das,persembahan bunga api dan bakar mercun juga.Belum puasa pun sudah berdentam dentum bunyi meriam dan mercun..😅..mungkin sudah terlazim,akan berasa canggung bila sepi dan bebas bunyi yang berdentam dentum.Saat ini yang melatah puas urut dada.Apa pun,yang paling utama jagalah sensitiviti masyarakat sekeliling.Keselamatan serta kesejahteraan diri dan orang lain. Semakin kuat bunyi mercun dan meriam,cabar diri untuk semakin kuat juga semangat untuk perbanyakkan ibadah..

Saatnya Ramadhan,api neraka dipadam..malah pintunya juga ditutup..syaitan dan iblis dirantai..yang tinggal hanya nafsu..yang menjadi tugas kita untuk membentuknya agar tidak memacu diri kita ke lembah hina.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

01 June 2017

Segera Luruskan Anggapan

11:32 AM 4
Segera Luruskan Anggapan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEGERA LURUSKAN ANGGAPAN || Hari ini 6 Ramadhan 1438H..1Jun 2017.Setengah tahun bakal berlalu.SubhanaAllah.Apa pun,pahit manis,suka duka yang terlakar pada episod usia kali ini,teruslah mensyukuri tanpa berbelah bahagi.Kalau rasa mengapa kejayaan itu menjauh,fikir..mungkin kejayaan itu buat kita gagal..maka Allah jarakkan seketika.Kalau dirasakan mengapa kegagalan itu sering mendekat,mungkin satu detik kita menjadi insan yang paling berjaya.Bersangka baik padaNYA.Cuba ya.

MEMBALAS JASA.Mencari dan mengumpul material itu tiada salahnya.Tapi jangan sampai menjadi materialistik.Sesetengah orang beranggapan tidak dinamakan membantu atau membalas jasa selagi ianya tidak diberi atau ditunjuk dalam bentuk kebendaan.SubhanaAllah.Bagi sesetengahnya itu lambang untuk kemegahan,atau mungkin sangat berjasa dan bertanggungjawab.Benarkah..sedangkan ada lagi hal yang lebih utama wajar di highlights..


Budi itu tidak akan pernah mampu untuk dibalas.Kerana keikhlasan itu ada harga yang tersendiri.Dalam budi itu ada tanggungjawab..dalam budi itu ada rasa ikhsan.Mampukah untuk disukat?..Seiringnya waktu,kebendaan itu bakal terhapus..kecuali kebaikkan-kebaikkan yang menyambung kebahagiaan di alam berikutnya.

BERUBAH.Sokongan dan dorongan.Sesiapa pun yang ingin berubah,pasti mangharapkan sokongan dan dorongan.Jangan diperkecil-kecilkan niat baik mereka.Jangan disalah tafsir.Awas,yang memberi sokongan dan dorongan pula jangan ikut sedap dan selera sendiri.Sila tapis banyak kali.Jangan kerana sahabat baik cipta hukum sendiri.Tidak boleh dibolehkan tanpa alasan dan hujah yang kukuh.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi