28 May 2017

Luar Acuan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


LUAR ACUAN || Bulan yang kita nanti-nantikan telah tiba..alhamdulillah hari ini hari kedua..moga sedari permulaan hingga ke akhirnya diiringi dengan kebaikkan.Ameen..


VARIASI.Bervariasi itu bagus.Tidak salah..yang salahnya jika variasi itu mencemarkan acuan asal yang sudah tersedia wajib di patuhi.

MEMUDAHKAN.Sekarang sangat mudah.Tunjuk..pilih..klik..bayar.Tersangatlah mudah.Baik secara online..atau offline alhamdulillah kemudahan sentiasa hampir dengan kita.Dan kita sendiri pun berusaha untuk memanfaatkan setiap kemudahan yang ada sebaik dan sepenuhnya.Rajin atau sebaliknya..dengan mahu atau tidak sahaja.

JAGA ASASNYA.Bersyukur kita dengan nikmat Islam dan iman.Alhamdulillah.Itulah acuan asas kita.Kalimah syahadah itu ikatan janji antara kita dan DIA PENCIPTA.Jaga.Gilap.Pertahankan.Sedari kecil malahan sedari alam rahim lagi kita telah didedahkan dengan pendekatan agama,justeru ianya secara tidak langsung menjadi acuan terbaik.


Islam itu indah.Islam itu mudah.Apa pun cara yang digunakan untuk menyebarkannya,asal sentiasa berpaksi pada syarat dan syariatnya,silakan.TETAPI jangan memudahkannya apatah lagi mempersendakannya..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




7 comments:

  1. Wkmsalam.
    In syaa Allah.
    Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 lainnya.

    ReplyDelete
  2. Islam itu mudah sehingga ramai yg amik mudah. Semoga kita di jauhkan dr sikap sebegitu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih PC untuk perkongsian ini. Salam Ramadhan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..