23 May 2017

Bersatunya Dua Sayap

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERSATUNYA DUA SAYAP || Sedari kecil,sedia maklum..kalau sebut kapal terbang ya mesti ada dua sayap..selain enjin..sayap juga memainkan peranan yang cukup besar selain yang teramat paling penting dengan keizinan Allah membolehkan ia terbang.Burung,bila sebelah sayapnya cedera..menjadi satu kesedihan baginya..subhanaAllah..

TERBANG LEBIH TINGGI.Setiap ujian itu ada momentomnya yang tersendiri.Apa yang penting penghujung kepada kesannya yang dirasai diri sendiri..malahan orang sekeliling yang paling hampir dengan kita.Adakala ujian itu menyebabkan kita jatuh teruk..tidak mustahil dengan ujian juga menjadikan kita mampu untuk terbang lebih tinggi.. meredah awan..dan berlari lebih jauh..bergantung bagaimana diri mengacuankannya.

LEBIH MEMUDAHKAN.Berat dipikul,ringan mudah dijinjing.Sebatang lidi mungkin tidak mampu membersihkan debu sebuah rumah..namun seikat penyapu bukan sekadar dalam rumah..luar rumah pun boleh dibersihkan..rajin atau tidak sahaja soalnya.

KESEMPURNAAN.Kalau ditanya pada setiap orang apa itu erti kesempurnaan,akan kedengaran pelbagai tafsiran..dah kata pun pandangan peribadikan..hormati sajalah.TETAP dah kalau sah-sah pandangan tu merapu lagi mengelirukan..sila tegur dan perbetulkan.Berpasangan juga lumrah keinginan manusia cuba mencari kesempurnaan..hidup berpasangan dari jenisnya sendiri..lelaki dan perempuan..sama-sama manusia ya maksudnya..bukan bila sebut dari jenisnya sendiri sesuka hati bantai sama jantina.Satu hakikat yang perlu dipegang kerana ianya bersangkutan dengan keimanan..kesempurnaan itu milik Allah SWT..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan dekat sangat

13 comments:

  1. puitis sungguh penulisan ni. Tahniah PC

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) malu pulak...alhamdulillah terima kasih...semua dengan izinNYA juga..

      Delete
  2. Betul tu untuk terbang lebih tinggi, perlu dari tempat rendah.. dan lalui pelbagai kesusahan dan cabaran terdahulu.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..semangat...semangat...semangat...terus bersemangat :)

      Delete
  3. suka baca penulisan PC. berbunga tp penuh makna tersirat. perkongsia yg bagus. berat sama di pikul berat sama di jinjing. baru mudah urusan kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)..PC pun suka dengan perkongsian Sis...suka tengok gambar gambar yang Sis kongsi...

      Delete
  4. Penuh dengan maksud tersirat.
    Setuju kadang-kadang apabila kita diuji barulah kita tersedar dan muhasabah diri-sendiri kenapa kita dan bukannya orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) betul...kita tengok orang senyum..kita tak tahu berapa banyak dia menangis...begitu juga mereka melihat kita gembira..mereka tidak tahu akan kepiluan hati kita...

      Delete
  5. Tiada manusia yang sempurna.. Sempurna hanya layak kepada Yang Maha Esa.. Jadi terimalah kekurangan sesama insan dengan hati terbuka..

    Terima kasih PC, akak suka dengan setiap penulisan PC.. Keep it up dear ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..sempurna itu milik DIA selamanya...kalau kita rasa sempurna apa adanya kita pun itu dengan izinNYA juga..
      :) terima kasih kak...

      Delete
  6. Wkmsalam.
    Begitulah perancangan Allah.....

    ReplyDelete
  7. SALAM RAMADANPC SELAMAT BERPUASA N BERIBADAHDGNSEBANYAKBANYAKNYA

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..