26 April 2017

Menggeramkan Sungguh Laaa..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENGGERAMKAN SUNGGUH LAAA || Bila tengok sesuatu *yang boleh dipandanglah ya* rasa geram..rasa seronok..mesti tak cukup sekali..maka berkali-kalilah mata ni nak memandang..sebab setiap sesuatu itu ada daya tarikkannya yang unik dan tersendiri..tapi tengok tu kalau boleh...kalau bolehlah......jangan tengok saja-saja....jadikan ia asbab kita lebih mahu mendekatiNYA.


Google image 

PART GERAM SUKA NAK TENGOK..HA..😊👍

TUMBUHAN.Terutama yang baru nak bertunas..dan dah berbunga..tak kisahlah pokok bunga ke..pokok buah-buahan ke..suka tengok..tunas yang baru tumbuh itu umpama kehidupan kita setiap pagi..hari baru...cerita baru..begitulah..

PELAPIS MASA HADAPAN.Tak ada baby yang tak comel..semua baby comel..salah satu dari banyak-banyak ciptaan Allah SWT..dibahu ibu bapanya tergalas amanah dan tanggungjawab yang bukan calang-calang beratnya..subhanaAllah..antara lorong-lorong ke syurgaNya untuk ibu bapa yang berjaya..Damai jiwa tatkala dapat melihat anak anak ini boleh menghadaz dan menghafal Kalammullah diusia yang masih hijau.Sungguh!PC kagum.

WARNA.Muka bumi ini kaya dengan warna-warna indah untuk dilihat dan dihargai..pelbagai bentuk..bermacam tekstur..mewah..alhamdulillah..lihat pada diri sendiri pun banyak yang boleh kita hargai..kagumi..hebat Allah yang mencipta..

TAPIKAN ADA JUGA PART YANG KURANG COMEL LAGI MENGGERAMKAN*menjengkelkan hati*..😤💔

KALAH PETIR.Diam tidak semestinya suka dan setuju..hehehe..walhal dok perhati kecik-beso-kecik-beso je mata dengan lubang hidung ni..Diri tidak sampai 3 langkah tapi bercakap macam kawan tu di hujung kampung.Terjerit-jerit..Allahuakbar..sedihnya la..cukup Allah tahu semua yang ada pada kita...orang lain tak perlu tahu..

MELAWAN.Kalau budak-budak melawan tak pelik..adalah juga comelnya..tegur sekali dua tunjuk rotan..sumpah tak buat lagi..tapi kalau dah remaja purba melawan..tunjuk kayu bakau pun tak guna..silap-silap dia tunjuk kayu balak kat kita..Melawan bukan semata-mata dengan berbalas cakap..dengan perbuatan pun boleh menunjukkan reaksi melawan.Geram..istighfar jelah caranya..betullah PC rasa geram bila ada yang suka provok..jangan sampai PC piat telinga tu...kikiki..


Ada yang kita suka dan sebaliknya...begitulah kita..semuanya ada pengajarannya yang tersendiri...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 comments:

  1. hehehe.. yg last sekali tu win.. tula kak PC kite ni kengkadang lupa nak bersyukur dgn nikmat tuhan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...jangan main-main..kikiki...macamlah kak PC berani..

      Delete
  2. Ye.. Pelapis masa hadapan.. semua baby comel.. memang geram je nengoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tak ada yang tak comel..geram..

      Delete
  3. Baby semua comel. Bau mereka pun sedap.tak boleh berhenti dah gomol.

    Sebab tu pepatah kata melentur buluh biar dr rebung. Kalau dah jd buluh br nk lentur, alih2 memakan diri kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC suka ziarah baby baru lahir...auranya tu nikmat..tapi ada sesetengahnya tak izinkan melawat..gak masing-masing..
      Dah keras takut dengan kita sekali dipatahkan.

      Delete
  4. betul tu PC setiap kejadian ada pengajaran dan hikmahNya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..cuma kita menilai bagaimana...dengan mata kasar atau mata hati..

      Delete
  5. saya geram kalau tengok baby comel sampai gigitan mulut di buatnya (^_^) hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..rasa nak peluk kuat2..nak cium je rasanya...hihi..

      Delete
  6. Bila baca tajuk, memang ingatkan akak nak cerita part yg menggeramkan yg menjengkelkan tu pun. haha

    Tapi, betullaa kalau tengok baby memang geram. nak picit2 rasa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...alahai rupanya bukan ya...betul..suka nak tenung baby tidur...bersih...damai...

      Delete
  7. Mrs. A selalu aje geram dengan anak-anak sendiri.

    Bila meereka dah berkumpul bertiga suka membahan ibu dia nih! haish! geram tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram yang membahagiakan ibu tu...kecil comelnya tengok wajahnya..dah dewasa comel part lain pulak..hehe..

      Delete
  8. Suka tengok baby, ciptaan Allah yang lain juga seperti tumbuhan mahu pun laut dan air terjun.
    Banyaklaa lagi yang cantik cantik..

    ReplyDelete
  9. Peringatan yg baik utk dijadikan renungan buat semua.. t kasih atas perkongsian PC

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..