15 April 2017

Luar Waktu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LUAR WAKTU || Sebut waktu semua orang tahu..bezanya sama ada setiap detik itu kita hargai atau berlalu dengan sia-sia..itu sahaja..

Setiap detik yang Allah pinjamkan kepada kita,sampai hari yang ditetapkan..biar pun sesaat..pasti dipersoal apakah kita manfaatkan atau sebaliknya..akan ditanya semuanya..

TIDAK DITUNTUT TAPI DIGALAK.Sedia maklum,solat lima waktu itu wajib dilunaskan sehari semalam 5 waktu..namun di luar waktu itu..di saat yang lain asyik lena dibuai mimpi..solat sunnat juga digalakkan untuk kita lakukan..begitu juga dalam halnya berpuasa.Berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib...namun diluar bulan tersebut kita digalakkan untuk berpuasa sunnat..

luar-waktu
Google image 

LEBIH BERBALOI KERANA ALLAH SWT.Ada orang buat kerja sedikit tapi hasilnya lumayan..ada pula buat kerja lebih hasilnya biasa-biasa..atau mungkin lebih sedikit berbanding tenaga yang dikerah.Bukan mudah nak mencari dan mendapat rezeki yang halal dan suci.BUKAN MUDAH.Semuanya bermula daripada langkah usaha yang pertama.Tindakkan.Perbuatan.Nak lebih usaha lebih.Buat lebih kerja.Lebih usaha.

Kalau ditanya,pasti tidak ada pun yang suka untuk melakukan 2...3 kerja dalam satu masa untuk kelangsungan hidup..satu cara untuk berasa bahagia...lakukan kerana Allah SWT bukan kerana manusia..

ADA NILAINYA YANG TERSENDIRI.Tengok buah-buahan.Kalau musim buah..harga akan jatuh..siap jual borong dan longgok lagi..ha masa nilah boleh beli..boleh ulang makan banyak kali..begitulah bila penawarannya berlebihan..sampai peniaga sendiri pun kadang jual bukan nak untung banyak tapi sebab nak habiskan stok..tapi cuba kalau diluar musim..dengan harga yang bukan melambung..tapi melantun-lantun..dapat jeling hujung mata👀 pun dah syukur..kikikiki..saat ini LEBIH BERGANDA.Durian yang mahal bertambah mahal..mahal pun dah kalau teringin..tutup mata..bayar.

Melakukan apa sahaja asal perkara itu baik itu sememangnya digalakkan agama..namun bila kita boleh lakukan kebaikkan itu dengan istiqhomal walhal pada satu hukum yang ringan..percayalah kita akan rasai nikmatnya yang luar biasa..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  

10 comments:

  1. MOGA SENTIASA ISTIQAMAH BERBUAT KEBAIKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ameen kak...biar sekecil2 kebaikkan :)

      Delete
  2. Biar buat sikit-sikit asalkan istiqamah kan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siqah...daripada yang sedikit itulah ada istiqhomah bertambah banyak...insyaAllah :)

      Delete
  3. Kadang kala kita ni alpa dan sering terlupa. Melalui pembacaan begini bole bantu saya mengingat semula betapa pentingnya untuk sentiasa istiqomah dalam membuat kebaikan. Terima kasih untuk entri yang sangat bermakna ini, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah...Terima kasih...dan PC juga sentiasa termotivasi bila singgah di blog kawan-kawan...banyak ilmu yang dapat di ambil dan amalkan...syukur sangat2... :)

      Delete
  4. entri ini penutupnya sungguh brmakna,irda bagaikan terkesan,Terima kasih kak atas perkongsian ini..alhamdulilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Irda terima kasih...moga bermanfaat Irda..syukur...jkak PC perantara...semua dengan izinNYA.. :)

      Delete
  5. peringatan dan perkongsian yang baik...

    kembali pada niat asal buat sesuatu kerana Allah

    ReplyDelete
  6. Subhanallah walhamdulillah... in shaa Allah, akan menjadi peringatan buat diri ini..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..