Jangan Benarkan Diri Terperangkap

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


Jangan Benarkan Diri Terperangkap
Bayang-bayang itu umpama teman..apa pun rupa kita saat itu dia tetap dia ..tulus..mulus..



JANGAN BENARKAN DIRI TERPERANGKAP || Sebut pasal perangkap ni sangat sinonimlah dengan tikus..landak..ayam hutan..betul tak..kepada peminat burung..tak dipanggil perangkap tapi jerat burung..tapi fungsinya sama sahaja..

Ada kiasan..

Jerat tidak pernah melupakan mangsanya..tepi mangsa itu sendiri yang sering terlupa akan si jerat..

Lucunya kiasan ini lazim digunakan bila seseorang itu naik angin..tuntut janji atau tuntut hutang tapi pihak sebelah buat-buat koma.Bagai dihiris belati rasa hati tu..sabarlah.Biasalah bila sedang emosi kadang macam-macam peribahasa,simpulan bahasa,kiasan keluar walau kedengaran seakan tidak kena dengan situasi..layankan je.

FIKIR BANYAK KALI PUN TIDAK MENGAPA.Ada masa diri sendiri terperangkap dengan tindakan yang diri sendiri putuskan.Sendiri gali lubang,sendiri masuk,sendiri tertimbus.Dahsyatkan..tapi itu lebih baik daripada kita gali lubang tanam orang hidup-hidup,itu lebih zalim.Sebab itu mengapa sangat digalakkan agar sentiasa fikir sehabis baik sebelum bertindak.

DENGAR DAN HADAM.Mendengar pendapat sesiapa pun tidak menjadi satu kesalahan..dah kata pun dengarkan..maka dengarlah..kemudia hadam betul-betul..kalau rasa sesuai dan ada benarnya,sila gunakan.Dan andai kata tidak membantu sila jentik jauh-jauh.Ego itu ada pada setiap orang.Bagi PC ego yang sihat itu perlu ada.Tapi jangan sampai keegoan itu menghalang diri kita untuk diacuankan semula kepada acuan yang lebih cantik.Rugi sangat nanti.

BAYANG-BAYANG.Pertembungan antara kegelapan dan cahaya itu menampakkan bayang-bayang..kucing sangat suka dengan bayang-bayangnya sendiri..dia ingat kawan baru..jadi jangan pelik kalau kucing nampak bayang-bayang dia sendiri dia akan bergurau terpusing-pusing..*kucing PC la tu*..dan kita adakala terkejut dengan bayang-bayang..siap ada yang melatah..itu baru bayang-bayang belum roh..tak sempat pecut dah pengsan..


Ke mana pun kita pergi,belari dan berhenti,ya bayang-bayang itu setia menemani..kita dia,dia kita..namun jangan pernah benarkan diri terperangkap dengan bayang-bayang khilaf yang lalu kerana ianya boleh membelenggu kita daripada kepompong insaf dan taubat..        ðŸ’—Perdu Cinta💗   


*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Moga kite terlepas dari byg2 masa silam.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..betul Lea..selagi kita terperangkap selagi itu kita tak boleh mengorak langkah..

      Padam
  2. Setuju..cuma usah takut pada bayangan silam...semua itu pengajaran untuk lebih berjaya di masa hadapan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandang dan imbas untuk jadikan sempadan..supaya tak diulang lagi..

      Padam
  3. Dalam terang ia mengekori, dalam gelap ia di sisi...mungkin hadirnya jarang kita sedari, namun ia datang memberi erti... jika kita mahu memahami...

    BalasPadam
  4. Orang sekarang kurang berpikir sebelum bertindak. Akibatnya memakan diri sendiri dan baru nak menyesal. Tapi lepas tu buat lagi. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang tak seronok..kalau yang baik tak pe..yang sebaliknya tu kalau tahu salah tapi diulang..ermmm.. =(

      Padam
  5. Sekarang ni nak buat apa-apa memang kena fikir banyak kali takut terjerat diri. Nice entry 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu CE..takut kesannya bukan sekadar pada diri kita sendiri,,,tapi insan-insan yang hampir dengan kita,, :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  6. Setuju dengan kak PC. Ego tu memang perlu ada tapi make sure bertempat la.
    Tak salah mendengar apa orang kata tapi kalau rasa benda tu berguna untuk kita, teruskan. kalau rasa benda tu tak betul endahkan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama