30 April 2017

Cantik Itu Dari Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ahad ini di bulan Syaaban
Tidak lama lagi pula Ramadhan
Selamat bercuti rakan taulan
Riadah bersama keluarga dan rakan

Riadah bersama keluarga dan rakan
Rezeki lebih sama-sama meraikan
Apa adanya jangan dibeza-bezakan
Sama ertinya seolah mempertikai Tuhan

Betapa indah aturan Tuhan
Adakala terjadi di luar jangkaan
Doa dalam sujud dinanti-nantikan 
Langit terbuka membawa hajat insan

cantik-itu-dari-hati
Google image 

Langit  indah ciptaan Tuhan
Mendonggak kita kagumi ciptaan
Tebalkan jiwa dengan keimanan
Moga merasai nikmat hidup berTuhan

Sungguh nikmat hidup berTuhan
Tidak asyik mencari kesalahan
Banyak cara kukuh pertahanan
Mulakan dulu dari dalaman

Cantiknya dalam tidak kelihatan
Bila terpamir baru ketahuan
Benda elok lazimnya tersimpan
Kepada yang berkelayakkan Allah pertemukan


5 comments:

  1. SALAM SYAABAN BERSIHKAN HATI JERNIHKAN JIWA

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti PC. terima kasih atas nasihat dalam pantun. kak ana tak pandai nak balas pantun

    ReplyDelete
  3. Mendalam ayatnya.. Happy holiday PC

    ReplyDelete
  4. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua dengan kejayaan dan keberkatanNya di dunia dan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete
  5. Semova kita semua me dapat keberkatan

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..