Terang Dalam Gelita

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TERANG DALAM GELITA 
Takdir setiap kita cukup berbeza,,sangat berbeza walau nampak seakannya sama atau serupa
Saya tersenyum,awak tersenyum,ya mereka turut juga tersenyum,,tersenyum yang menterjemah pelbagai makna
Awak rasa,mereka rasa dan saya sama merasainya,,namun tetap ada bezanya
Melalui sendiri..atau cuma terjentik sekadar padanya naluri,,sungguh! jauh untuk menemui titik pengertian yang sejajaran

TERANG DALAM GELITA 
Manakan sama memandang dengan mata,,melihat dengan ketulusan si mata hati,sangat jauh barangkali
Sukar dimengerti kerana hati payah untuk diacuankan sendiri
Tangisan kita mungkin dek simpati,,tangisan mereka mungkin dek rasa kesyukuran tidak terperi,,bercanggah bukan..

TERANG DALAM GELITA 
Mungkin terang bagi kita namun sangat gelita untuk mereka
Mungkin juga cukup gelita untuk kita namun cukup sangat terang bagi mereka
Hati dan akal itu mampu menjadi seterang-terangnya cahaya..
Nafsu itu boleh menjadikan gelitanya dunia..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Maksud mendalam.... terang bagi kita mungkin gelap bagi orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki setiap orang tidak sama...begitu juga nasib dan takdir berbeza-beza :)

      Padam
  2. Kata-kata Kak PC sentiasa sedap dibaca. Pandai berkata-kata kak :)

    Suka ayat akhir ini:
    "Hati dan akal itu mampu menjadi seterang-terangnya cahaya..
    Nafsu itu boleh menjadikan gelitanya dunia.." - benar sangat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama