02 March 2017

Moga Menjadi Jentera Hebat Kelak

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MOGA MENJADI JENTERA HEBAT KELAK ||Lebih besar perancangan yang kita rencanakan..bersiap sedia juga dengan jentera yang hebat..dan jangan lupa untuk perkasakan hati dan minda agar bersedia menempuh dan menerima apa juga skrip yang telah terlebih dahulu Allah SWT sediakan untuk kita..pastinya naskah TERAGUNG itu lebih terbaik.

Ibadah.Kalau disebut soal ibadah ianya merangkumi aspek yang sangat luas dalam kehidupan kita.Ibadah wajib yang mesti kita lakukan..kemudian ibadah sunnat yang sangat digalakkan untuk kita melaksanakannya.Tidak berasa berat bagi yang melakukan kerana rasa patuh dan taat pada perintahNYA..kerana takut akan pedih azabNYA..namun menjadi beban bagi yang melakukannya secara tanpa rela.Rasa terbeban,,terpaksa malahan berat itu cuma sementara bagi sesiapa sahaja yang melakukan apa yang disyariatkan kerana bukan kehendak diri.Percayalah,biar terpaksa lakukanlah dengan sebaik-baiknya kerana setiap kebaikkan lebih-lebih lagi yang tertakluk pada hukum dan syarak serta syariat..bersama-samanya disertai hidayah dan keberkatan.

Sabar.Sabar itu letaknya dihati..dari jiwa yang subur dan hidup..yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tapi boleh dirasa hadirnya.Iman dan takwa.Tidak cukup sekadar hanya siungkap dengan kata-kta..haruslah diikrarkan pada hati..tilunaskan dengan perbuatan.Cantik sebuku darah iaitu hati..maka cantiklah keseluruhan jasad.InsyaAllah.Tidak dikatakan sabar selagi mana tidak diuji dan tidak berusaha untuk mengatasi ujian itu..moga kesabaran yang ada biar tipis cuma..ianya menaikkan darjat kita disisi Allah SWT di dunia dan di akhirat..ameen.

Kasih sayang.Biar apa pun yang kita lakukan..sentiasalah berkasih sayang..semai rasa kasih sayang itu agar ianya menjadi benteng daripada berlakunya permusuhan..perpecahan..pergaduhan..kasih sayang umpama vitamin..namun awas silap memberi menjadi racun pedih tidak terperi.Kasih sayang itu penghargaan antara satu sama lain..banyak cara untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang..mengikut kesesuaian..mengikut apa yang telah agama ajarkan.jangan cemarkan kasih sayang itu dengan maksiat dan kemungkaran.

..di dunia..kita memberi dan menerima kasih sayang..malah kita sentiasa mengharapkannya..biarpun kita tahu sampai satu saat ianya mungkin pudar dan kian hilang terhapus..justeru semailah kasih sayang itu dengan benih yang betul agar ianya menjadi jentera hebat yang membantu kita kelak.Sesungguhnya kasih sayang Allah tinggi nilainya,besar impaknya,itu yang paling kita dambakan.💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

20 comments:

  1. InsyaAllah..
    Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang taat ye PC..

    ReplyDelete
  2. apa yang PC cakapkan ini sangat setuju. Semuanya penting dalam kehidupan seharian kita. Terima kasih PC :)

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah
    Assalam pc.
    Selamat hari khamis

    ReplyDelete
  4. Semoga kita menjadi hamba yg taat pada perintahNya. Walaupun berat, bila ikhlas semua jadi mudah. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..betul kak...moga-moga kita sentiasa tabah :)

      Delete
  5. InsyaAllah, berkasih sayang dengan lebih erat lagi dalam keluarga saya....

    ReplyDelete
  6. Insyaallah kak PC.. MOga-moga kita menjadi hambaNYA yg taat...

    ReplyDelete
  7. salam mlm jumat mkcik PC tuuh.,

    ReplyDelete
  8. Sabar, sabar itu separuh daripada iman. Thanks for the reminder kak. Semua yang akak cakap ni semua perkara yang perlu ada dalam diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 :)
      Ameen..ameen..sedikit2 pupuk pada diri.

      Delete
  9. Ibadah - Biar bermula dengan paksa, kelak akan menjadi ikhlas juga, asalkan buat. Tak nak buat - buat juga. Malas buat - buat juga. No excuse.

    Sabar - Sabar itu susah, terutama untuk orang yang memang short tempered & dipengaruhi hormon thyroid yang cepat berdebar dan marah. Tapi lawanlah dengan senyum dan bersangka baik dengan Allah.

    Kasih sayang - letaklah kasih sayang pada landasan yang benar.
    Kasih pada Tuhan & rasul
    Kasih pada Manusia
    Kasih pada makhluk - pokok & binatang
    (Kurang salah satu dari kasih tersebut, tidak sempurnalah nilai sayang dalam diri manusia tersebut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..setuju...kerana kita ada hukum yang mesti dipatuhi..ada syarak dan syariat yang mesti dilunasi :)

      Delete
  10. InsyaAllah..ameen..ameen Lea :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..