10 March 2017

Keharuman

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEHARUMAN 

Burung Merpati santai didahan 
Menari riang bersama belahan hati 
Salam Jumaat PC ucapkan 
Moga ukhuwah senantiasa tersemat dihati

Cantiknya hati terbias diwajah
Terpancar seri menyejukkan pandangan 
Tiada apa yang harus dimegah
Semua yang ada milik Tuhan

Milik Tuhan seluruh alam
Hanya pinjaman kepada kita insan
Moga pada pandangan tidakkan  kelam 
Ingatlah ini semua dugaan

Dugaan hidup bersilih ganti
Sabar kunci keutuhan iman
Allah cinta Allah mengasihi
Moga kita tingkatkan ketakwaan

Ketakwaan itu umpama kunci
Kunci kepada lubuk haruman
Sedari dunia lagi sudah dikenali
Setiap pintu langit tiada berhalangan

Tiada berhalangan padanya kebaikkan
Asal benar pada landasannya
Nikmatilah kehidupan tanpa halangan
Kekallah di syurga selama-lamanya

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

21 comments:

  1. Wa'alaikumsalam...

    dalam menghitung hari-hari mendatang
    bersama timbunan 'hutang' yang tak pernah kurang
    bayaran yang sedikit semoga Allah pandang
    sebagai bekalan sewaktu dipanggil pulang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...setuju sangat..hutang yang tulah takut sangat2..

      Delete
  2. Dugaan hidup bersilih ganti
    Sabar kunci keutuhan iman

    *Bersabar dengan ujian ada balasannya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah kuatkan iman kita.. ameen...

      Delete
  3. Syurga kekal abadi. Sama-samalah kita berusaha meraih syurga Illahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen..kak...moga kita menjadi penghuni syurga tanpa hisab :)

      Delete
  4. Salam Jumaat kembali.
    Semoga beroleh redha Ilahi

    ReplyDelete
  5. InshaAllah syurga milik kita. aminnn.. slalulah beribadah kepadanya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen Busyra :)
      Moga Allah terima setiap amalan kita.

      Delete
  6. Waalaikumussalam sedap pantun kak PC. Salan jumaat ya 😊

    ReplyDelete
  7. Ustaz Ebit Liew berpesan. Jangan lupa untuk sentiasa berzikir dan membesarkan Allah....ubat untuk hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...setuju..moga bila hati kita dekat..membawa jasad kita juga dekat kepada NYA :)

      Delete
  8. Alhamdulillah terima kasih Cikgu Syed :)

    ReplyDelete
  9. Puitis... peringatan yg lembut tapi mendalam, subhanallah walhamdulillah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..