01 March 2017

Indah Luaran Indah Pengisian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Indah luaran indah pengisian
Masjid Jamek Sultan Ibrahim

INDAH LUARAN INDAH PENGISIAN || Sedap mata memandang maka terkesannya hingga ke hati...begitu juga damai pada pendengaran..maka menjadi lapang pada fikiran.Justeru memudahkan aura-aura baik itu mendekat dan disalurkan..alhamdulillah 😊

Tafsiran dan penerimaan berbeza-beza.Lazat pada kita eh biasa-biasa pada mereka..mahal pada kita,murah pula katanya..nampak tak..perbezaan citarasa dan pandangan ada pada setiap kita bergelar manusia yang waras akal fikiran  lagi sihat tubuh badan.Tidak perlu digusarkan sebaliknya setiap pandangan dihormati seadanya.

Betulkan punca.Setiap krisis pasti ada puncanya..waima kegembiraan itu pasti bersebab..atau berpunca..bahaya kalau tiba-tiba ketawa tanpa sebab..walau hakikatnya sudah ramai yang boleh ketawa..tersenyum malah bercakap sendiri...namun semua itu hanya seolah-olah..walhal puncanya komunikasi di alam maya..kan sekarang fenomena "live" bertebaran..live di fb..live di ig...live face to face apatah lagi...bukan lagi menjadi satu kepelikkan..yang baik teruskan...tidak baik hentikan..silap percaturan kurang manis jadinya,,justeru untuk mengatasi apa pun kekusutan betulkan puncanya.

Memaknakan.Sia-sia kalau satu yang baik itu tidak digunakan semaksimumnya..rugi kalau apa yang boleh digunakan tapi dibiar terbiar..sangat rugi..sesetengah situasi kita boleh menggunakan kaedah serampang dua mata..asal betul dan selayaknya.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

15 comments:

  1. Setiap kita mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza. Betul cakap akak :) Kita hanya perlu menghormati sesama kita dan terima seadanya :)

    Morning kak PC :) Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) akak rasa menghormati itu sangat pentinglah Siqah..have a nice day too Siqah.

      Delete
  2. Setiap krisis pasti ada puncanya... setuju PC, tiada perkara berlaku tiba-tiba tanpa hendakNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca lazimnya dari khilafnya kita,,PC terutamanya dan tidak terkecuali.. :)

      Delete
  3. Setiap kebaikan yg kita maknakan InsyaAllah ada ganjaran dariNya asalkan niat kita lillahi ta'ala. Biarpun kecil tapi besar nilai di sisiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..biar kecil dan sedikit tapi berterusan..yang utama niat itu :)

      Delete
  4. Gunakanlah kecanggihan teknologi masa kini untuk kebaikan,
    jangan sampai ianya menjadi punca kelalaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen...insyaAllah..betul tu Pakcik WP :)

      Delete
  5. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih JM..alhamdulillah..moga bermanfaat ya :)

    ReplyDelete
  7. setiap manusia punya citarasa dan pandangan yang berbeza :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..