31 March 2017

Tolonglah Sedar..

8:00 AM 4
Tolonglah Sedar..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TOLONGLAH SEDAR ||Bangun..bangun..bangun..setiap hari kita tidur dan kemudin bangun..rutin yang tidak hairan untuk diulas pun..nak bangun daripada tidur pun sayang rasa nak tinggalkan tilam yang empuk,,bantal yang gebu ditambah dengan selimut yang tebal..hujan pulak tu..sesuai sangat bermalas-malasan ya..sesekali itu boleh..selalu itu elakkan..yang sesekali itu pun jangan buat-buat koma bila tiba subuh..memang seleps subuh tidak digalakkan tidur semula tapi dah katanya sesekalikan..asal tidak salah tempat dan salah masa.Hati-hati bab itu.

JANGAN BUAT KERAS.LIAT SANGAT. Selagi mana adunan kek itu masih lagi adunan selagi itu kita masih lagi boleh tuang dalam apa pun bentuk acuan yang kita kehendaki..namun setelah adunan itu masak menjadi bebiji kek..agak sukar untuk kita ubah ke bentuk yang lain..silap-silap hancur dan lebur..sila kunyah dan telan terus..huhuhu..nampak tak..betapa peri pentingnya membentuk diri dari awal..dari masih bersih dan putih..Bersyukurlah kalau ada yang masih sudi menegur kesilapan kita..kita perbaikilah..berterima kasihlah kalau ada yang masih hendak membawa kita kenal kebaikkan..berlapang dadalah terima hidayah Allah..tolonglah jangan buat keras..jangan liat sangat..jangan anti kebaikkan.

SEBELUM WAKTUNYA TIBA.
A013
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
A014
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
(Surah Al Infitaar : Ayat 13-14)

Pupuklah rasa sesal pada setiap khilaf yang pernah dilakukan di dunia ini..sekarang ini..sementara masih hidup..ya saat ini..sebelum tibanya hari perhitungan yang mana saat itu kita hanya boleh mendengar dan akur..hanya mampu beralasan tapi tiada jawapan pembelaan pada setiap kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan tanpa taubat..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
Salam Jumaat 

30 March 2017

Alahai Susahnya

7:30 AM 7
Alahai Susahnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Alahai Susahnya
Google Image


ALAHAI SUSAHNYA || Susah senang itu pasangan.Saling bersilih ganti mengambil tempat,dan kita yang melalui dan mengemudinya.InsyaAllah boleh.Mengeluh itu tidak baik..tidak digalakkan pun namun lumrahnya kita ini mengeluh untuk meringkan sedikit tanggungan beban di hati dan fikiran.


Bila kita rasa susah..itu tanda kita sedang berusaha..itu juga tanda Allah sedang pandang kita melalui ujianNYA dengan penuh dan mewah dengan kasih sayang..💗Perdu Cinta💗

ISTIQHOMAH.Berubah itu mudah sama ada dalam kebaikkan atau sebaliknya.Kalau betul caranya,andai cantik bahasanya,sekiranya kena dengan rentaknya hati sekeras tugu pun mampu lebur..fikiran yang sering dangkal untuk menerima pembaharuan kebaikkan juga mampu berubah..subhanAllah.Tapi untuk kekal dalam perubahan kebaikkan itu yang sangat susah..sungguh,,untuk istiqhomah itu besar dugaannya.

SABAR.Sabar...sabar..sabar..biarpun sebut perkataan sabar itu berkali-kali itu belum cukup untuk menyabarkan hati..ianya juga belum cukup untuk tawarkan rasa-rasa yang kelabu dan hitam.Silap-silap yang menyabarkan itu yang hilang sabar.Kesabaran itu hakikatnya ada pada setiap orang..biapun ianya tiada had dan sempadan..namun tahap ianya bertahan berbeza-beza.Untuk lebih memantapkan kesabaran yang kian menipis..sokonglah dengan zikrullah..istighfar..insyaAllah.

MEMPENGARUH.Kebayakkan orang boleh bercakap tapi tidak semua orang pandai bercakap..boleh bercakap dan pandai bercakap itu berbeza.Bercakaplah apa sahaja..ikut suka..kalau tidak untuk orang diri sendiri mendengarnya.Tetapi orang yang pandai bercakap ini lazimnya untuk diri sendiri dan boleh juga menarik orang lain agar timbul rasa tertarik pada apa yang dia perkatakan.Hendak mempengaruhi orang lain itu yang sukar kerana citarasa orangkan berbeza-beza.Gunakan cara KESAT insyaAllah boleh..KEMAHIRAN..SABAR..TAWAKKAL.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

29 March 2017

Pasti Di Sana Menanti

8:00 AM 7
Pasti Di Sana Menanti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PASTI DI SANA MENANTI..

Berakit-rakitlah ke hulu
Berenang-renanglah ke tepian
Beringat-ingat selalu
Untuk kesenangan di hari kemudian

Pasti Di Sana Menanti
Google image

Hari kemudian bakal muncul
Andai usia Allah lanjutkan
Teruskan buat perkara yang betul
Moga mendapat keredhaan Tuhan

Keredhaan Tuhan itu bersarat
Redha ibu salah satu syaratnya
Biarlah timbangan pahala yang berat
Supaya lancar melintas dititian siratNYA

Titian siratNYA tersangat halus
Umpama sehelai rambut dibelah tujuh
Khusnul khatimah meniti meluncur terus
Dijauhkanlah kita tergelincir jatuh

Tergelincir jatuh lazimnya kita
Segeralah bangkit perbetulkan diri
Mungkin berkenderaan kita di dunia
Fikir-fikirkanlah kenderaan kita di sana nanti






28 March 2017

Wahai Anak Muda

8:30 AM 14
Wahai Anak Muda
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


WAHAI ANAK MUDA 

Dulu dirimu sebesar telapak tangan
Didakap ibu di timang ayah
Disisir rambutmu serapinya ditatang bagai minyak yang sangat penuh
Pantang bibirmu menyebut sepantas itu ibu bapamu cuba memenuhi

WAHAI ANAK MUDA

Itu dahulu
Dahulu yang kian menjarak yang bakal meninggalkan dan ditinggalkan
Janji yang dirimu semai adakan menjadi dan bercambah ada juga yang rebah lemah

WAHAI ANAK MUDA

Siapa dirimu,dari mana asal usulmu,dari DIA yang menghidupkan dirahim ibumu
Bangkitlah,sedarlah,bergeraklah lakukan anjakkan bukan sekadar untuk dirimu malah untuk agamamu yang satu

WAHAI ANAK MUDA

Setiap inci jasadmu sangat berguna dan ada fungsi mengapa Allah menciptakannya
Tidak usah dipersia,jangan buang masa dengan laghanya dunia 
Semuanya hiasan semata,istimewanya seketika cuma

WAHAI ANAK MUDA

Saat ini bersuka ria bukan lagi waktunya
Saat ini ketika wajarnya dirimu dipersiapkan dengan ilmu berguna
Dekatilah TUHANmu..kenalilah DIA kerana kekuatan itu akan mendekat
Bukan kekuatan tenagamu..tidak juga kehabatan auramu tapi keteguhan imanmu itu menggerunkan musuh-musuhmu

WAHAI ANAK MUDA

Hidupkan sunnah kekasih TUHANmu Rasulullah SAW
Tegakkan dan hidupkan wahyu yang diwariskan
Isilah setiap ruang kehidupanmu dengan tauhid
Moga nanti di sana jasadmu kekal mewangi

Wahai Anak Muda
Google Image

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi



27 March 2017

Keropok Masuk Angin

8:30 AM 5
Keropok Masuk Angin
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEROPOK MASUK ANGIN || Selamat kembali ke sekolah adik-adik..anak-anak soleh solehah semua..alhamdulillah..alolololo..moga lebih bersemangat dan lebih bermotivasi..maklumlah 9 hari bercuti..bukan mudah nak dapat mood semulakan..kecualilah memang jenis yang ingat sekolah dalam jaga dan lena..hehehehehe..kawan lain kalau boleh nak cuti sekolah lama-lama tapi dia bosan pulak duduk rumah lama-lama..krik..krik sangat..dulu PC ada kawan spesis macam ni...fuhh stress sungguh.

FOKUS.Apa pun yang kita lakukan mesti fokus walau ada masanya tersasar juga..PC cakap sebab PC pun selalu macam hilang fokus.Nampak macam tidak penting,tapi percayalah bila kita tidak fokus atau hilang fokus akan timbul kesan kurang baik sama ada sengaja atau tidak sengaja..sama ada kesan sementara atau kesan yang kekal..walau ada masa hilang fokus atau tumpuan itu bukan disengajakan ya.

MAKNAKAN KEWUJUDAN."Sebenarnya ada ke tidak ni..ada tapi seolah tiada kerana macam tiada fungsinya"..jangan sampai orang beranggapan begitu kepada kita..kerana kita tidak menyumbang apa-apa waima sedikit idea mahupun tenaga sekiranya diperlukan..situasi begini sangat bahaya kerana impak negatifnya akan kembali kepada diri kita sendiri kelak..justeru itu carilah jalan untuk maknakan kewujudan kita dengan cara yang betul dan bersih.

UBAH KEPADA LEBIH BERSEMANGAT. Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin..jadikan itu sebagai satu motivasi kerana idola kita kekasih Allah SWT dilahirkan..tidak salah juga kalau kita gandakan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW kan..bukan sahaja gandakan pada setiap Jumaat..sebenarnya setiap hari berselawat itu juga terapi dan mendekatkan kita ummat kepadanya.

Keropok..biar pun tidak mengenyangkan tetapi sekali makan ianya punya daya terikkan yang mengasyikkan..nak lagi..lagi dan lagi..nikmat..namun betapa uniknya keropok itu andai lemau..dan menjadi "keropok masuk angin"..sesiapa pun pasti tidak tertarik untuk menikmatinya..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

26 March 2017

Hidup

7:30 AM 16
Hidup
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Hidup
Google Image


HIDUP || Nyawa bagi manusia itu hidup di dunia.Nyawa terpisah daripada jasad itu mati.Menjadi mayat dan bangkai.Namun di alam kubur itu..roh yang bakal hidup bersama jasad menggantikan apa yang kita gelar nyawa di dunia.Haiwa juga bernyawa..begitu juga tumbuh-tumbuhan..jika tidak masakan haiwan dan tumbuhan dengan izinNYA mampu membiak dan hidup.SubhanAllah.Alhamdulillah.Bersyukurlah atas setiap nikmat.💖💖

ANGGAPAN CUMA.Corak kehidupan yang kita pilih berbeza-beza.Saya dengan cara saya,dan awak dengan cara awak.Bukankah begitu.Tetapi satu ketika nanti semuanya sama berkumpul untuk mengetahui hala tuju terakhir.Macam nampak tiada kaitan hakikatnya saling berhubungan.

FENOMENA.IG live.FB live.Tutorial make up.Masakan.Sembang berisi.Sembang santai.Kian menjadi fenomena.Alhamdulillah yang baik sememangnya wajar diteruskan dan dipraktikkan.Namun awas harus sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat sentiasa kerana tidak semua yang kita rasa kebaikkan itu berakhir juga dengan kejernihan dan keburukkan itu terus-terusan berada dalam kekeruhan..

SUBURKAN JIWA-JIWA YANG LAYU.Jasad yang sihat,gagah lagi perkasa itu luaran apa yang sekadar terlihat dek pandangan mata.Begitu juga dengan ketampanan dan kejelitaan yang sangat indah lagi mempersona.Alhamdulillah..namun semua itu tidak akan mampu bertahan lama kerana satu ketika ianya bakal menyatu dengan tempat asal diciptakanny.JJusteru tingkatkan usaha suurkan jiwa-jiwa yang sedang layu agar teguhnya tetap padu biar jasad terkulai layu.

MENGHIDUPKAN YANG MELIHAT.

Cakap yang baik-baik..perdengarkan yang baik-baik dan tunjukkan yang baik-baik..untuk menghidupkan adakala kita terlebih dahulu perlu memberi nyawa pada diri sendiri..cuba untuk lebih bersemangat..apa yang dilihat dan didengar itu lebih mudah untuk diikuti dan diingati..moga kita menjadi penyumbang terbesar pada kebaikkan bukan sebaliknya pada orang lain dengan cara masing-masing..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

25 March 2017

Boleh Jadi Juga Satu Kunci Dua Pintu

9:00 AM 6
Boleh Jadi Juga Satu Kunci Dua Pintu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Boleh Jadi Juga Satu Kunci Dua Pintu
Google image


BOLEH JADI JUGA SATU KUNCI DUA PINTU ||Sekarang.Zaman ini serba serbi mahukan kepantasan.Tapi mengambilkira penjimatan.Jimat masa.Jimat tenaga,ya itu yang menjadi matlamat utama,dalam melunas tugasan harian.Sesiapa pun.Mahu lebih,usaha lebih.Namun tidak semua mampu untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa.Bagi yang berkemampuan dan berkudrat..silakan..tetapi jangan itu dijadikan batu loncatan untuk membeza-beza apa yang tidak sewajar diperlakukan pada orang lain.Kerana pilihan setiap kita tidak sama.  

INGAT SYAWAL TERBAYANG RAMADHAN.Promosi itu sangat penting dalam pemasaran barangan jualan,daripada promosi itulah produk kita dikenali..apa pun jenis perniagaan,ya baik dan mantap promosinya maka berbaloi juga pulanganya..namun hati-hati jangan tersilap selit testimoni dalam mempromosi..dan ingat juga rezeki itu daripada DIA untuk sesiapa sahaja yang DIA kehendaki untuk diberi.Promosi Syawal semakin hangat..mungkin bagi sesetengahnya beranggapan masih terlalu awal..betullah tu..tapi ambil dari sudut positif..ianya juga dapat mengingatkan kita..sebelum Syawal Ramadhan dulu..sila qada puasa mana yang belum..huhuhuhu..tiada istilah langkah bendul tak puasa terus raya.

ULANGTAHUN KELAHIRAN DAN KEMATIAN.Rezeki kita lain-lain.Ada sedari lahir sambutan hari lahirnya disambut setiap tahun.Itu rezeki dia.Tidak mengapalah dia sangat berkemampuan.Dan tidak semstinya bermewah-mewah pun..sederhana..tapi gembira itu juga bermakna.Alhamdulillah.Ada yang hanya menikmati kegembiraannya sahaja setiap kali sambutan diadakan..ada pula yang membuatkan lenanya sentiasa terganggu selepas menyambut ulangtahun kelahiran..bagaimana pun,ya setiap tahun atau 2 tahun sekali peningkatan usia itu akan kita tempuhi baik rela atau terpaksa.Hehehehe.Ulangtahun kelahiran itu sebenarnya amaran kepada kita akan semakin hampirnya dengan kematian.

Kelebihan mahupun kekurangan ada pada setiap daripada kita.Adakala kita sendiri pun tidak menyedarinya sehinggalah ada asbab tertentu yang meyedarkan kita apa yang sebenarnya kita miliki..kemampuan diri sendiri..mungkin kita adalah penghalang kepada diri sendiri untuk melangkah lebih jauh dan mungkin juga kita sebenarnya boleh menjadi inspirasi kepada yang sewajarnya..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

24 March 2017

Pasti Berganti

8:00 AM 6
Pasti Berganti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Pasti Berganti
Google Image


PASTI BERGANTI ||Rasa sayang itu sukar dikikis.bukan bil sebut sayang khas untuk sesama manusia iaitu pasangan,sahabat atau sesiapa sahaja..terhadap sesuatu benda yang kita miliki juga akan menimbulkan rasa sayang.Bila kita ada rasa tanggungjawab untuk menjaganya..mempertahankannya..tidak kiralah apa pun..ya itu salah satu tanda kita sayangkannya.Namun bagaimana sayang sekalipun tiba saatnya kita perlu meninggalkannya dan ditinggalkan baik seketika mahupun selama-lamanya.

BUKTI  MENCINTAI-NYA.Buat apa yang disuruh.Tinggal apa yang dilarang.Bukan suka-suka pastinya ia bersebab.Rasa susah hati..rasa terkilan..rasa kerugian itu biasa yang sememangnya bercambah dalam hati dan fikiran.PC sendiri ada ketika dibelenggu rasa begitu walhal dalam hal remeh temeh.Begitulah andai nafsu dan syaitan bergabung terutama bila kita mula memasang niat yang baik-baik..cabaran..ya kita lawan kerana pasti ada ganjaran lebih bernilai menanti..mungkin hari ini kita kehilangan sesuatu kerana mengejar redhaNYA..satu masa pasti Allah SWT menggantikan dengan sesuatu yang lain yang lebih baik..

A011
Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.(Surah Jumu'ah : Ayat 11)


TAMBAH RASA MALU DAN LAWAN.Sifat malu itu salah satu daripada cabang iman.Malu itu juga membayangkan kualiti akhlak seseorang..ianya menjadi benteng pada perilaku-perilaku yang tidak molek untuk dilakukan.InsyaAllah bila ada rasa malu pada DIA terutamanya,kita akan senantiasa beringat dan berhati-hati.Kita diasuh untuk hormat dan malu pada orang.Hakikatnya kita perlu rasa malu pada sekalian alam cuma dengan cara yang berbeza.

A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Surah Jumu'ah : Ayat 1)

Duduk sendirian..cuba tanya pada diri..sepanjang usianya kita hidup di muka bumi Allah SWT ini..berapa kerap kita bertasbih..berzikir..*sungguh,PC rasa malu pada diri sendiri ni*..ayuh bangkit kita lawan rasa malas..rasa berlengah..rasa sudah cukup..malu..malu..malu..mungkin langit dan bumi sedang memandang sinis pada kita kerana menjadi penghuni yang kufur nikmat..nauzubillahiminzaliq..kita boleh perbaiki..mulakan saat ini..salam Jumaat semua.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

23 March 2017

Bersangka Baik Itu Perlu

8:00 AM 13
Bersangka Baik Itu Perlu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERSANGKA BAIK ITU PERLU

Batang semalu berduri tajam
Biar begitu cantik dipandang
Jangan disangka tidur biarpun terpejam
Mungkin sedang berfikir panjang

Bila disentuh daunnya kuncup
Itu tanda si semalu malu
Berpada-padalah ketikanya bercakap
Jika tidak mahu dibelenggu malu

Titisan embun menitis dingin
Tidak pula menguncup daunnya
Tidak usahlah berperangai dingin
Banyak mudharat dari baiknya

Tercucuk duri bisanya melarat
Bengkak sedikit jangan dipandang mudah
Diamnya penggali itu berkarat
Jadilah ubi diamnya banyak berbuah

Pandangan mata itu adakala silap..pendengaran kita juga tidak sentiasanya tepat..percakapan kita tidak selalunya betul..sekiranya kita sedar akan hal itu insyaAllah kita juga mudah bersangka baik pada orang lain dan tidak sentiasa mengharapkan kesempurnaan daripada sesiapa pun..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

22 March 2017

Sekadar Pandangan Mata

7:30 AM 6
Sekadar Pandangan Mata
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEKADAR PANDANGAN MATA || Syukur atas segala limpah nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita,keluarga kita..sahabat-sahabat kita semua.Alhamdulillah.Moga itu menjadi asbab yang kukuh untuk kita lebih mengingati,mentaati serta mendahulukanNYA dan bukan menjadi punca kita terus mendabik dada tanpa rasa bersalah.Ameen.

Sekadar Pandangan Mata
Google Image


KUDRAT TERHAD. Rasa kagum pada sesuatu apa yang kelihatan hebat..menarik dan cantik itu ada pada setiap diri kita..ya.."mengagumi sesuatu" biasa kita lakukan dan terjemahkan dengan pelbagai cara..*kecuali pada yang tiada espresi emosi..melihat semuanya tiada yang istimewa..biasa-biasa sahaja padanya..ya mungkin ada,diluar pengetahuan PC ada yang sebegitu,maafkan PC*..kalau rasa kagum dengan setiap apa yang berjaya manusia cipta..itu bagus kerana disitu ada rasa menghargai..tapi,nanti dulu,,berhenti seketika..lebihkan mengagumi PENCIPTA yang mencipta apa yang kita kagumi itu..bila kita kata hebatnya seseorang itu..sebenarnya yang MENCIPTA dia(manusia/seseorang) itulah MAHA hebat.Kehebatan itu milikNYA.

PERANTARA DUNIA.Bagaiamana jalan cerita yang kita lalui,biar berbeza setiap daripada kita..asasnya kita daripadaNYA yang satu saat pasti kembali mengadapNYA juga.Bila?..rahsia..di pentas dunia ini terlalu banyak watak perlu kita galas sebaik-baiknya dan sedayanya.Berhati-hati dalam menggalas tanggungjawab yang ada kerana berat beban yang bakal digalas bukan saja di dunia tetapi kelak di sana juga.Jangan berharap lebih padanya manusia kerana kita sama-sama perantara dunia..takut kelak kita tercela kerana dulunya sering mencela..Wahai perantara dunia..teruskan berusaha menjadi insan mulia..teruskan berdoa agar tunduk keangkuhanmu..teruskan bertawakkal agar dirimu sedar hanya pada DIA tempat sebaik-baik sandaran..


Sebagai hambaNYA..sentiasa semai benih rasa berdosa pada diri agar ianya menjadi benteng pada perkara-perkara yang sememangnya mesti ditinggalkan..supaya kiita sentiasa ingin bertaubat dan menjauh daripada apa yang mahu mendekat tetapi membawa mudharat dunia dan melarat di akhirat..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

21 March 2017

Menarik Dan Tertarik

8:30 AM 6
Menarik Dan Tertarik
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENARIK DAN TERTARIK || Kecantikkan..kita suka kecantikkan.PC pun suka akan kecantikkan..tapi kecantikkan yang bagaimana..itu terserah kepada tafsiran masng-masing.Kita hormati pandangan orang lain kalau kita nak orang lain hormati pandangan daripada sudut peribadi kita.Bukan sahaja kecantikkan yang lulus syarak boleh menarik malahan mampu bertahan lebih lama dan buat orang tertarik..banyak lagi cara yang boleh menjadikan orang lain berubah ke arah aura yang lebih positif.InsyaAllah.

Menarik Dan Tertarik
Google image


KEBAIKKAN.Biar pun perkara baik..ingat..tidak semua orang suka akan kebaikkan..kerana syaitan itu sentiasa menyelinap ke rongga tubuh manusia untuk membisikkan kata-kata hasutan yang membolak-balikkan hatinya manusia.Namun begitu yakinlah pada setiap kebaikkan itu ada magisnya yang tersendiri yang jika dilakukan keikhlas hati..pasti mampu menjentik hati-hati yang lain untuk turut sama melakukannya..

PERJUANGAN DAN PERLUMBAAN.Berusaha melawan nafsu itu juga satu perjuangan..Membetulkan apa yang silap itu juga perjuangan.Sebutnya memang mudah..perjuangan..tapi hendak menterjemahkan pada perbuatan,subhanAllah sungguh sukar.Andai hari ini kita rasa lesu untuk terus berjuang walau asbabnya dirasakan kecil dan remeh..ingat kadangkala perkara yang dianggap remeh dan kecil itulah akhirnya memberi impak yang besar..para sahabat dan Rasulullah SAW sentiasa marak semangat jidad bermatlamatkan syahid..kalau mungkin saat itu pedang adalah senjatanya namun zaman kita ummat..lakukanlah perjuangan dan perlumbaan untuk perbaiki diri sendiri..bermula daripada diri sendiri itu adalah sebaik-baik langkah.


Untuk menarik dan buat orang tertarik pada satu-satu perkara itu...tidak semestinya dengan rayuan..tidak semestinya juga dengan nasihat..kerana hidayah itu milik Allah SWT..asal bersungguh mencarinya maka mendekatlah ia..insyaAllah..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

20 March 2017

Seribu Kali Tidak Suka?..Fikir Semula

8:30 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Seribu Kali Tidak Suka?..Fikir Semula
Google image


SERIBU KALI TIDAK SUKA?..FIKIR SEMULA || Tak suka..tak suka..tak suka..benci..benci..benci..begitulah lazimnya dengar dialog sebegini bila sidara dijodoh-jodohkan tanpa rela dengan si teruna..hihihi..kalau atok nenek yang dengar inilah ayat win yang bakal berdesup memanah cuping telinga.."kau jangan tak suka..tak suka sangat...jangan benci sangat..esok lusa dia yang kau peluk-peluk"..hahahahahaha..berdarah hati macam disental dengan berus dawai buat cuci bilik air kaedahnya..biarpun masih ada yang akur dan taat dengan pilihan kedua-dua ibu bapa..namun bilangan sangat sedikit berbanding yang lebih memilih untuk pilih pasangan masing-masing..*walhal telah Allah SWT tentukan terlebih dahulu

Dalam banyak hal dan perkara tidak semuanya mampu kita sukai..kerana kita ini sentiasa mahu membuat pilihan..justeru rasa tidak mahu dan tidak suka pada sesuatu itu sangat lumrah..apa pun..tidak semua yang kita sukai itu yang terbaik buat kita..boleh jadi apa yang kita benci itu sesuatu yang paling terbaik kerana ianya apa yang DIA sangat suka..tanpa sedar sebenarnya terlalu banyak Allah SWT bertolak ansur dan memanjakan kita dengan kasih sayangNYA..💗Perdu Cinta💗

MENJADI DOA.Ucaplah kata-kata yang baik-baik dimulut..bila bercakap,cakaplah yang indah-indah..dan biarpun sekadar bermonolog sendirian di dalam hati...sila juga lintaskan yang baik-baik..yang bersih-bersih..sebab ianya menjadi doa.mengumpat..memaki hamun..mencarut..dalam hati..ya memang orang tidak mendengar tapi Allah SWT sentiasa mendengar..ini pun PC perlu perbaiki..adakala diri sendiri melakukan..kadangkala terlalu marah..memang tidak lepas dimulut..muka lebih manis dari madu lebah tualang..tapi dalam hati macam ada mercun bola 10 kontena sedang meletup..huhuhuhu..setiap hari jangan lepas untuk berdoa..walau doa yang mudah-mudah..doa membuat hari-hari kita bertambah indah itu tanda kita hamba yang tiada apa-apa tanpaNYA.Soal bila doa kita itu termakbul..serah saja padaNYA.

CERMIN DIRI.Ada yang perlu kita terima walau tidak kita sukai.Ada yang kita suka tapi mesti ditolak tepi.Ada juga yang langsung tidak boleh kita sukai.jangan melulu dalam bertindak.Tidak usah tergesa-gesa menunjukkan reaksi kerana mungkin saat ini kita tidak boleh menerima orang siapa tahu detik yang sama bencinya orang pada kita lebih berganda..sekali kita mencari khilaf orang sebenarnya kita telah menunjukkan khilaf yang ada pada diri sendiri..bahayakan.Menasihati itu tidak salah dengan syarat tidak sampai tahap mengaibkan..hati-hati..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

19 March 2017

Cuti Sekolah Dulu-dulu

8:30 AM 14
Cuti Sekolah Dulu-dulu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Cuti Sekolah Dulu-dulu
Google Image

CUTI SEKOLAH DULU-DULU || Alhamdulillah cuti sekolah sudah bermula ya..ada negeri hari ini sudah hari ketiga cuti sekolah..ada yang baru masuk hari kedua..asal cuti..itu satu nikmat buat murid-murid..hihi..

Ada beza ke cuti sekolah zaman dulu-dulu dengan zaman sekarang ni..kalau sebut cuti sekolah sama sahaja pun yang mungkin membezakannya adalah pengisiannya.

Susun jadual.Ecececeh....susun je..ikut belum tahu..sebabnya bila tahu nak cuti sekolah masing-masing dah buat perjanjian giliran rumah siapa dulu nak diterjah..bukan nak menyiasat ke menemuramah ke..nak main la apa lagi..hihihi..tapi bagusnya...kami akan pastikan semua kerja sekolah disiapkan terlebih dulu..kasut sekolah dibasuh kemudian dikapur..yang mana berkeyakinan untuk gosok baju sendiri..gosoklah dulu awal-awal..gantung dalam almari..yang rasa-rasa takut sejarah mungkin berulang tudung belubang dek iron terlalu panas..mak ayahlah yang bantu..kikikikiki.. 

Aktif dan kreatif.Bila dah berkumpul ramai-ramai..terus terang kami bercampur lelaki perempuan kerana saat itu kalau sebut bermain..memang kami bermain sungguh-sungguh..kalau yang lelaki kena tendang atau kena terajang memang pasrah sahaja muka..kalau yang perempuan kena booooo dengan budak lelaki..haa berani ke..hihihi..tapi kami sangat akrab..maklumlah zaman belum baligh..belum mummaiyez..waktu ini jugalah masing-masing akan menjadi kreatif dengan cara masing-masing.*Bukan maksud PC anak-anak atau murid-murid zaman sekarang tidak kreatif..bukan begitu..*

Bermalas-malasan itu mengundang padah.Selain bergembira sebab boleh bermain dengan kawan-kawan..cuti sekolah lazimnya PC sendiri akan ikut arwah nenek ke kebun..petik kopi..fuhhhh..sebelum cuti sekolah dah di booking..huhu..lemah lutut bila mengenangkan betapa banyaknya semut bakal merayap-rayap di baju..😌..dah nama pun budak..umpan coklat..lupa semut..hahaha..bangun lewat???..jangan harap..masa cuti sekolah nilah mama asyik sibuk dengan bunga dan ayam...hahaha..taktik tu..taktik...ingat kita tak tahu agaknya..kuikuikui...tapi impaknya hingga kini..betapa ibu bapa kita sangat berfikiran jauh..terima kasih mama..terima kasih babah..

Zaman jahiliah..bila PC ada bayang-bayang nak jadi derhaka..ini mama cakap..

....hari ini...belajar masak niat untuk jaga perut mama babah.....satu hari nanti jadi tanggungjawab untuk jaga perut suami dan keluarga sendiri...

..dan hari ini......inilah realitinya..👆

Meriah doa dan ukhuwah.Kenapa PC kata meriah doa dan ukhuwah..kerana sepanjang cuti sekolah akan sentiasa ada yang datang ke rumah..bayangkan sehari 6...7 orang datang beri salam,bukankah itu doa...bila 4...5 orang sama-sama makan jajan dan ais krim Malaysia atas buaian sambil cerita impian masing-masing..itukan ukhuwah..subhanAllah..ada hikmahnya saat itu kami belum lagi terdedah dengan teknologi..sekiranya ada ini semua tidak menjadi kenangan manis untuk dikenang dan disimpan..dan hari ini..melalui teknologi kami masih berhubung mengimbas kisah lalu..manisnya melebihi gula dan madu..

Selamat bercuti anak-anak..adik-adik semua..manfaatkan setiap ruang dan peluang yang ada..jaga solat..jaga diri..💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

18 March 2017

Singkatnya Perjalanan Manusia

8:30 AM 8
Singkatnya Perjalanan Manusia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SINGKATNYA PERJALANAN MANUSIA || Untuk menuju ke satu-satu tempat yang baharu dan asing ianya dirasakan terlalu mengambil masa yang lama dan sangat panjang berbanding kita pergi ke satu tempat yang tidak asing untuk kita tuju..itulah yang PC rasakan..tetapi apabila pulang,sungguh,terasa cepatnya masa itu berlalu biar pun laluan yang sana kita gunakan.Apa yang kita rasa emosi dan minda sentiasa mempengaruhi satu sama lain.Dalam jasad,namun semuanya dengan panduan Allah SWT juga.

Sijil Pelajaran Malaysia.16 Mac 2017 bersamaan 17 Jamadilakhir 1438H..keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia diumumkan,,dua hari telah berlalu..alhamdulillah.Mungkin ada yang mengenangnya sebagai hari yang paaaaaaling indah dah cukup membahagiakan..berhasil setiap keringat yang dicurahkan..masa yang dimanfaatkan..mengalir air mata syukur dan kegembiraan..dan mungkin juga ada yang berasakan dunia ini gelap segelap gelapnya..deras air mata mengiringi luluh remuknya hati..subhanAllah..mungkin sehingga detik ini masih ada yang sedang merai permulaan kejayaan dan masih ada yang meratapi sedikit kegagalan.

..sabarlah..bangkitlah..mulakan langkah yang paling baharu..yang dimulai dengan niat yang lebih padu.Berdoa minta Allah SWT sentiasa pandu agar tidak kufur dek kejayaan dan tidak hanyut dek kegagalan..💗Perdu Cinta💗

Sekelumit.Melalui rutin harian adakala ianya sangat melelahkan kerana ia bukan satu jaminan untuk kita tidak langsung lakukan kesilapan.Kesilapan,boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.Begitu jugalah sesuatu yang hebat-hebat,seringkali kita memuji akan hebatnya manusia,,bagus..asal jangan lupa betapa hebatnya yang mencipta insan-insan yang kita pandang hebat itu..Kita harus sedar betapa singkatnya perjalanan manusia di muka bumi Allah ini..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi

17 March 2017

Keserasian

8:30 AM 5
Keserasian
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KESERASIAN || Sejam.Sehari.Sebulan.Setahun.Keserasian itu ada magisnya.Ada uniknya.Semua dengan izinNYA juga.Bagi PC keserasian itu juga salah satu rezeki yang Allah SWT beri kepada kita.Luas juga skopnya.Alhamdulillah.

Bila tidak berasa keserasian jangan terus dipinggirkan..jangan pernah meletakkan sempadan selagi ianya masih mampu diusahakan..jangan terlalu asyik mahu orang mengikut rentaknya kita..tidak menjadi salahnya andai sesekali kita mengikut iramanya orang..asal tidak mengaibkan agama..

PERHUBUNGAN.Persahabatan.Perhubungan Suami Isteri.Kekeluargaan.Keserasian perlu dibentuk dan diterapkan biarpun adakala ianya seakan tidak menjadi.Sepertinya dalam setiap perhubungan itu memerlukan komunikasi dua hala..ya begitu jugalah dalam memupuk keserasian..perlu sama-sama mengusahakan dan diusahakan bersungguh-sungguh.Bukan mudah untuk mencari  titik keserasian dan bukan senang juga mengekalkan keserasian yang ada kerana lazimnya kita manusia adakala rapuh dan mudah tertarik dengan perubahan.

IKHTIAR ATAU BERUSAHA.Kegigihan dan berterusan dalam berusaha atau ikhtiar ini tersangtlah perlu dan penting.Sungguh!.Adakala apa yang kita ikhtirkan orang tidak nampak..malah tidak dipedulikan pun...tapi Allah SWT senantiasa memandang dan menilai.Berkali-kali kita cuba kemudian gagal..jangan irihati dengan dia yang mencuba sekali dan berjaya.Kerana sebelum kita berusaha..mungkin dia terlebih dahulu mengusahakannya malah terlebih dahulu merasai peritnya kegagalan yang tidak didendangkan.Bersangka baiklah.Moga sangkaan baik itu menjadi doa buat kita.

Cili itu pedas..pedasnya tidak kelihatan hanya boleh dirasa..pedas yang ada pada cili itu dari Allah SWT..dengan izinNya..begitu juga rasa pedas itu pada lidah..itu semua atas aturanNYA..justeru biar daripada cili yang sama namun tahap kepedasannya berbeza mengikut pemakannya.Begitulah juga kita..keserasian itu atas kasih sayang Allah SWT juga..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

16 March 2017

Selimut Indah

8:00 AM 14
Selimut Indah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Selimut Indah

SELIMUT INDAH || Selimut,ada macam-macam coraknya,warnanya,jenis kainnya dan saiznya..mengikut apa yang disukai kerana itulah peneman ketika lenanya kita..lagi-lagi kalau tibanya musin hujan..fuhhh..sejuknya terasa hingga ke tulang.Boleh meroyan kalau cari selimut tidak jumpa.namun ada juga segelintir daripada kita tidak begitu gemar memakai selimut..rimas katanya..hihi..selimut bukan sahaja untuk menutupi tubuh ketika tidur..boleh juga untuk main sembunyi-sembunyi..main pondok-pondok..ikat kat leher boleh jadi superman..hahaha..lepas tu superman nangis kena cubit..😉😊

SEMBUNYIKAN. Setiap apa yang kita miliki tidak sewajarnya dipertontonkan semuanya..dan tidak boleh juga disembunyikan keseluruhannya.Berpada-pada dan bertindak bijak mengikut kesesuaianlah.Ada sesetengah perkara perlu untuk kita warwarkan bagi mengelakkan fitnah dan prasangka buruk orang..pada sesetengah perkara yang lainnya pula sangat perlu kita simpan dan jaga sebaik-baiknya bagi memelihara kualiti dan nilainya yang tersendiri.Dulukan hak Allah SWT,kemudian hak kita.

BUKAN ZAHIRNYA SAHAJA. Zahiriah itu mudah untuk kita pandang dan ulas.Sungguh.Hanya sedetik bila kita melihat kita sudah boleh membuat tafsiran.Terkadang tidak ambil waktu untuk berfikir pun.Begitulah segelintirnya daripada sikap kita manusia.Segelintir.Ambillah walau sehela nafas..berlapang dada..putihkan minda..setiap orang itu tidak sama caranya.Ada yang sedikit pemberiannya namun banyak pula syaratnya..ada juga yang berlebih-lebih bantuannya namun seolah tidak terjadi apa-apa..selimutlah kebaikkan yang kita lakukan agar ianya tidak dicemari rasa-rasa yang mencacatkan catatan..

SELIMUT ISTIMEWA. Selimut yang kita pakai hari-hari itulah dirasakan selimut paling selesa dan sangat istimewa.Biarlah berlubang sana sini..biarlah berambu ramba atas bawah..eh...itu yang lagi syok katanya.Dunia.Itu selimut di dunia.Pastinya setiap daripada kita ummat Islam yang beriman kepada Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW patinya sentiasa mengharapkan selimut istimewa daripada syurga saat tubuh sudah tidak bernyawa.Wangi-wangian syurga itu moga menjadi balutan selimut istimewa buat kita..

*terima kasih ukhuwah
#mencri redha Ilahi 

15 March 2017

Menghubungkan

8:00 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENGHUBUNGKAN || Alhamdulillah hendak ke mana-mana jalan darat..pengangkutan laut(air)..tidak pun pengangkutan udara semakin berkembang pesat..pilih sahaja mengikut keperluan..kemampuan dan kesesuaian.Nah begitu kita sentiasa berasa mudah..maka bersyukurlah atas setiap rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita..


menghubungkan
Hentian Behrang jam 5.53 pagi menemani En Suami melunas tugas ke Kuala Lumpur..berhenti..rehat sambil menanti seruan azan subuh untuk kami berdating dengan NYA..sepanjang perjalanan terlalu banyak ruang untuk beristirehat..terserah..pilih sahaja..itu dunia..dia akhirat hanya dua..syurga atau nar(neraka).Di dunia kita memilih.Di akhirat kita dipilih.

TELEKOMUNIKASI.Semakin hari semakin mencanak perkembangannya.Semakin canggih pengeluaran dan penghasilannya.Jenama jangan cakap..tak usah disebut..lebih banyak yang tidak pernah didengari berbanding yang sentiasa meniti dibibir..itu pun satu dua sahaja.Tidak mengapalah..dah kalau hari-hari asyik menyebut jenama telefon pintar..parah juga.Perkembangan teknologi komunikasi bukan sekadar menular dikalangan golongan dewasa,namun merebak juga di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Ada yang beranggpan..kecanggihannya menjarakkan biarpun dekat..mendekatkan biarpun berjauhan..mungkin juga ianya menjadi ejen berleluasanya fitnah..tidak kurang menjadi sumber berkembangnya ilmu.Allah kurniakan kita akal..manfaatkan sebaiknya..hati-hati dengan jari jemari yang ringan dan pantas menari.Zaman sekarang jemari lebih banyak bersuara berbanding lidah dan mulut mengungkap kata..moga yang baik-baik menghubungkan kita semua.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 


14 March 2017

Kemudian Nanti

8:00 AM 11
Kemudian Nanti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEMUDIAN NANTI..

Tuai padi antara masak
Esok jangan layua-layuan
Sudah berlaga bahu jangan buat tidak nampak
Takut esok mencari dalam kesusahan

Jangan di harap padi seberang
Entahkan ada entahkan tidak
Bila bercakap pandang-pandang
Risau ada hati yang akan retak

Semakin berisi semakin menunduk
Resam padi menjadi contoh
Yang mana silap tolonglah tunjuk
Bukan tolong ketawa berdekah-dekah

Bermula padi menjadi beras
Makanan ruji rakyat jelata
Biarpun bergurau biar berasas
Agar tidak menyemai sengketa

Beras perang beras putih
Gigih ditampi si anak dara
Bersih hatinya terpamer diwajah
Menjadi dambaan anak teruna

Beras wangi beras siam
Pandai memasak molek jadinya
Molek didik  menurut Islam
Moleklah juga asal hasilnya





13 March 2017

Terdesak

8:00 AM 15
Terdesak
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERDESAK || Ter itu sendiri membawa maksud terpaksa atau satu tindakkan tanpa sengaja dilakukan....TETAPI jangan ambil kesempatan menggunakan "ter" itu untuk melepaskan diri setelah lakukan kesilapan yang pada hakikatnya memang sengaja dilakukan..

MENGHITAMKAN.Kita sebenarnya berusaha sehabis baik...dalam segenap perkara yang dilakukan...ya..usaha yang bukan sekadar ibaratnya melepas batuk ditangga.Tidak ada sesiapa pun mahu menjadi tidak baik..tidak ada seorang pun mahu memalitkan arang pada maruah diri sendiri..namun dalam keadaan terdesak mungkin ianya boleh berlaku andai sumbang langkah dan rentak yang dibawa..subhanAllah.

Ada banyak cara untuk Allah SWT mahu MEMUTIHKAN diri kita.Hati khasnya.Mungkin sisi hitam yang gelap pernah kita lalui itu menjadikan kita insan yang lebih putih pada hari-hari mendatang berbanding insan-insan lain..kerana hidayah itu Allah SWT punya.Yakinlah kasih sayang Allah SWT itu ada magisnya..💗Perdu Cinta💗

MEMOTIVASIKAN.Daripada sudut yang positif...bila mana kita terdesak untuk mendapatkan sesuatu itu dengan bersyarat..pasti kita akan usaha bersungguh-sungguh..bila betul lorongnya..maka cantiklah cara dan hala tujunya.Biar pun mungkin mukhaddimahnya memberat ke dunia..namun lama kelamaan lakukan keranaNYA.Syarat itu mampu mendesak dan menjadikan diri terdesak.Dengan syarat hujungnya terdesak lakukan sesuatu itu dengan asbab yang baik.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

12 March 2017

Kalau Boleh Jangan Tunjuk Sangatlah

7:30 AM 12
Kalau Boleh Jangan Tunjuk Sangatlah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KALAU BOLEH JANGAN TUNJUK SANGATLAH || Bebas.Kebebasan itu nikmat.Namun itu bukan tiket untuk kita lakukan apa sahaja yang kita suka.Ubah mengikut kehendak dan citarasa sendiri.Bila mula mengatakan tidak mahu menjadi hipokrit..sebenarnya awak sudah hipokrit..berhati-hati.

EMOSI.Sesiapa pun ada perasaan.Beremosi.Haiwan yang tidak berakal pun tahu marah kalau anaknya diambil.Tumbuhan juga..cuma kita tidak nampak dan tidak dengar bagaimana emosi itu ditunjukkan.Marah,suka..dan apa sagaja pun yang kita rasa...berpada-pada untuk memperlihatkannya lebih-lebih dikhalayak.

TINDAK BALAS FIZIKAL.Tidak boleh tidak..lain orang lain cara mengemudi apa yang dirasakan..seperti mana emosi..gya tindak balas fizikal juga sangat perlu dijaga atau dikawal.Biar sabar itu tiada hadnya..namun kita manusia yang tidak lari daripada bertindak luar kawal..adakala tindak balas fizikal terlajak juga..istighfar la...

SALING MENJAGA.Adab.Akhlak.Siapa pun kita,walau di mana pun..sebolehnya tekankan perkara-perkara ini..setiap yang dilakukan pasti akan ada hubungan yang bakal dikaitkan..anak..orang akan pandang ibu bapanya..isteri orang pandang suaminya..begitulah seterusnya.Jangan menggunakan istilah ISA..Ikut Suka Aku..kerana kita bukan bersendirian.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

11 March 2017

Patahnya Pendayung

9:00 AM 7
Patahnya Pendayung
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PATAHNYA PENDAYUNG || Sebut pendayung,,sedia maklum..kayak,rakit,sampan..itulah pasangannya.Bot,biar pun berenjin,perlu juga sediakan pendayung bersesuaian..kita tidak tahu kerana bila-bila angin kuskus enjin itu boleh sampai dan terjadi..payung tidak semestinya untuk melindungi ketika hujan..panas pun boleh guna payung..masuk hutan pun boleh dik..bersedia itu tidak salah..lebihnya itu kerja DIA.

Betulkan tempat sandaran.Adakala apa yang kita rancang serba tidak menjadi..puas begitu...puas begini..jangan pernah berputus asa takut ada yang sakan bertepuk tangan...buat tenang-tenang sahaja..sebaliknya ambil masa..sedikit...banyak...pendek atau panjang..terserah..muhasabah diri..leraikan mana-mana yang mungkin tersimpul..putihkan yang mana-mana kelabu..mungkin juga perlu betulkan niat..kadang-kadang yang kecil itu boleh menjadi punca.

Kita hamba dan DIA PENCIPTA.11 rukun..5 rukun Islam..6 rukun Iman..asas istimewa untuk kita mendekatiNYA..Allah SWT sentiasa memberi kita peluang itu..terserah pada kita bagaimana untuk memanfaatkannya..jagalah sebaik-baiknya..jangan benarkan sesiapa memarahkan dan merebahkannya..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

10 March 2017

Keharuman

8:30 AM 21
Keharuman
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEHARUMAN 

Burung Merpati santai didahan 
Menari riang bersama belahan hati 
Salam Jumaat PC ucapkan 
Moga ukhuwah senantiasa tersemat dihati

Cantiknya hati terbias diwajah
Terpancar seri menyejukkan pandangan 
Tiada apa yang harus dimegah
Semua yang ada milik Tuhan

Milik Tuhan seluruh alam
Hanya pinjaman kepada kita insan
Moga pada pandangan tidakkan  kelam 
Ingatlah ini semua dugaan

Dugaan hidup bersilih ganti
Sabar kunci keutuhan iman
Allah cinta Allah mengasihi
Moga kita tingkatkan ketakwaan

Ketakwaan itu umpama kunci
Kunci kepada lubuk haruman
Sedari dunia lagi sudah dikenali
Setiap pintu langit tiada berhalangan

Tiada berhalangan padanya kebaikkan
Asal benar pada landasannya
Nikmatilah kehidupan tanpa halangan
Kekallah di syurga selama-lamanya

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

09 March 2017

Sudah Diukir Cantik Jangan Pula Di Padam

8:00 AM 17
Sudah Diukir Cantik Jangan Pula Di Padam
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SUDAH DIUKIR CANTIK JANGAN PULA DI PADAM || Seni itu luas.Seni lukis,seni suara,seni lakonan,seni khat,seni mempertahankan diri,seni jahitan dan anyaman..seniman juga berseni..tapi seniman bujang lapok tu tajuk cerita Alahyarham Tan Sri  P Ramli ya,harap maklum 😅.Ada orang minat sangat dengan seni-seni ni..gigih.Ada juga yang suam-suam kuku minatnya.Terus tidak masuk di otak dan hati pun ada..sebut saja pun seni dah reject awal-awal.Suka atau tidak sebenarnya kita semua sedang mengukir sesuatu sepanjang perjalanan kehidupan di dunia ini.😆

BIASA-BIASA ITU LEBIH BERBISA.Ada yang biasa-biasa walau pun hakikatnya dirinya penuh ilmu ukhrawi..tidak kurang yang macam luar biasa biarpun hakikatnya biasa-biasa..manusia ini banyak ragam..pelbagai fesyen.Sukar diandai gerak gerinya..jangan kata luka terhiris pisau yang tumpul itu perit dan pedih kerana hirisan daripada belati yang cukup tipis dan tajam itu juga bisanya berganda..yang berasa sakit itu roh dan nyawa yang sebati pada darah daging dikeseluruhan tubuh.Tetapi bila hati kita rasa terguris..itu bermakna rasa perasaan itu sedang sakit dan disakiti.Wahai mulut dan lidah..berhati-hati jangan berubah menjadi belati.

KERUGIAN BESAR.Hendak melakukan perkara baik bukan mudah.Banyak cabarannya.Sudah lakukan kebaikkan,jangan sesuka hati memusnahkan.Diri sendiri perlu diingatkan selalu...kalau rasa nak buat perkara tidak baik..detikkan dalam hati..."aku susah payah buat baik...aku susah kumpul pahala..ruginya kalau aku buat benda ni (perkara yang tidak baik)..sia-sia jadinya..". .istighfar cepat-cepat dan banyak-banyak..cubalah praktikkan..insyaAllah ok..

PASAKKAN ARAH.Peranan hati itu besar..kerana niat dihati.Baik atau buruk mula lintasannya daripada hati.Kalau condongnya ke arah baik...insyaAllah baik jadinya..kalau berat sebaliknya..begitulah nantinya..dah kalau seimbang macam mana pulak?...banyakkan muhasabah diri...dekati PENCIPTA..rapat dengan insan-insan yang boleh membawa kita lebih rapat dan dekat denganNYA..buatlah pilihan dengan bijak..kita boleh berkawan dengan semua orang...sesiapa pun..tapi bijaklah menapis setiap apa yang dibawa kepada kita..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

08 March 2017

Moga Terus Mengalir

7:30 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Moga Terus Mengalir

MOGA TERUS MENGALIR || Air itu lazimnya diterjemah sebagai simbolik kepada kedamaian.Menyejukkan..baik mata yang memandang mahupun deruan deras air yang mengalir..subhanAllah nikmat yang Allah SWT cipta untuk dinikmati.

Perumpamaan "jadilah seperti air" sering diguna pakai dalam mencari solusi pada satu kekusutan atau pertelagahan.."air dicincang takkan putus"..ada pulak yang tanya..air batu tu kalau dipecahkan,,mahunya tak putus....ok sila tengok..bila air batu tu cair..bercantum semula ke tidak satu sama lain..😄..sebolehnya jadilah umpama air mutlak yang suci lagi menyucikan..😅

Suka tak kalau duit masuk dalam akaun kita?...suka ke tidak kalau setiap yang dirancang menjadi tanpa timbul masalah itu ini...lancar sahaja..sukakan..bersyukurlah sangat-sangat..tapi kalau berlaku sebaliknya sabar..mungkin itu cara Allah SWT nak didik kita..kan kita ni sering terbuai dengan nikmat..*cuaca panas terik,dapat pulak ABC special..tak mustahil sudu terakhir baru teringat nak baca bismillah..maka jamak terus dengan alhamdulillah ya😉..nampak tak*..tapi kita akan lebih suka kalau pahala sentiasa mengalir masuk manakala dosa segera mengalir keluar.. fuhh..nikmat tu.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

Terang Dalam Gelita

12:23 AM 3
Terang Dalam Gelita
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TERANG DALAM GELITA 
Takdir setiap kita cukup berbeza,,sangat berbeza walau nampak seakannya sama atau serupa
Saya tersenyum,awak tersenyum,ya mereka turut juga tersenyum,,tersenyum yang menterjemah pelbagai makna
Awak rasa,mereka rasa dan saya sama merasainya,,namun tetap ada bezanya
Melalui sendiri..atau cuma terjentik sekadar padanya naluri,,sungguh! jauh untuk menemui titik pengertian yang sejajaran

TERANG DALAM GELITA 
Manakan sama memandang dengan mata,,melihat dengan ketulusan si mata hati,sangat jauh barangkali
Sukar dimengerti kerana hati payah untuk diacuankan sendiri
Tangisan kita mungkin dek simpati,,tangisan mereka mungkin dek rasa kesyukuran tidak terperi,,bercanggah bukan..

TERANG DALAM GELITA 
Mungkin terang bagi kita namun sangat gelita untuk mereka
Mungkin juga cukup gelita untuk kita namun cukup sangat terang bagi mereka
Hati dan akal itu mampu menjadi seterang-terangnya cahaya..
Nafsu itu boleh menjadikan gelitanya dunia..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

07 March 2017

Peringatan Lagi Dan Lagi..Ingat Tak?

8:00 AM 6
Peringatan Lagi Dan Lagi..Ingat Tak?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PERINGATAN LAGI DAN LAGI..INGAT TAK? || Di mana-mana..surau,masjid,jalanraya..tidak lekang dengan "signboard"..walau peringatan yang sama berulangkali,namun kita ini masih lagi memandang sepi..masih lagi buat-buat tidak tahu dan tidak faham..masih lagi ulang dan ulang dan ulang lagi silap yang sama...kenapa?...lagha itu sentiasa ada dan sudah sebati dengan kita sebenarnya biarpun sedikit*yes,PC lah tu terutamanya*. 

Matlamatnya sama.Nampak macam kasar.Menjadi ibu bapa bukan perkara mudah..setiap pasangan suami isteri yang telah mempunyai anak pastinya ada cara tersendiri bagaimana untuk mereka meng"acuan"kan zuriat mereka..hanya mereka :suami-isteri-anak-anak yang saling memahami tindak balas  dan isyarat masing-masing.Di rumah tugas ibu bapa membina akhlak..sedang guru di sekolah membina otak.Kombinasi keduanya asasnya didikan dan peringatan secara berulangan dan berterusan.

Tanda Allah SWT sayang dan cinta.Menegur,bila bertemu saling berbalas senyuman..tidak pun sekadar mengangkat tangan..ya itu cara kita sesama insan.Bila kita melihat saudara kita baik sesama agama mahupun saudara sedarah sedaging itu diuji atau ditimpa musibah..itu juga peringatan buat kita.Allah hendak memberi amaran dan peringatan ada banyak cara.Tidak kira  bila masanya.Tidak tentu keadaannya.Anytime,anywhere..persoalannya terkesankah pada kita..hanya diri kita sahaja yang merasainya..moga-moga ada perubahan yang kita lakukan.

Cepat tetapi sakit.Lambat namun nikmat.Umur yang panjang itu rezeki untuk kita lebih perbaiki diri..umur yang pendek juga rezeki agar kita mengurangi catatat kiri.Sakit bila dirasanya baru seketika merasai nikmat..kemudian Allah ambil semula nikmat tersebut.Adakala lambat...menghitung seolah tiada berpenghujung namun nikmat dihujung terowong.Kita yang sering memilih tapi jangan lupa Allah SWT juga mengatur siapa yang bakal terpilih.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 


06 March 2017

Bukan Bohong Tapi Memang Begitu

8:30 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BUKAN BOHONG TAPI MEMANG BEGITU || Berbohong satu perbuatan yang sangat tidak disukai..mungkir janji..berdosa woooo..kerana berbohong itu menampkkan ketidak jujuran pada diri seseorang..bohong itu nampak mudah..tapi ianya menyakitkan..sakit kepada mangsa..subhanAllah..Satu.Kalau awak tidak suka dan tidak mahu dibohongi..sila jangan memungkiri janji.Pernah lakukan..taubat..sedang lakukan...minta maaf...kerana kesempurnaan itu milik DIA dan bukannya kita..Yakin!..Allah Maha Pengampun..selagi nyawa belym tiba dikerongkong..selagi itu pintu-pintu taubat terbuka seluas-luasnya..ameen.

Mahal.Islam itu mahal.Iman itu mahal.Rasa syukur Itu Mahal.Doa itu mahal..dan banyak lagi sebenarnya sangat mahal..mahal untuk kita dapatkan yang sangat berkualiti kerana semakin kita berusaha untuk perbaiki...semakin itu juga dugaan demi dugaan mendekati...jangan sedih kerana itu tanda kasih sayang Allah SWT menghampiri.Jangan rasa Allah membohongi bila apa yang sering kita hajati tidak lagi kunjung tiba..belum lagi Allah lunasi..cuba positifkan hati..."mungkin kita belum cukup merintih meminta-minta padaNYA lagi.."

Bukan begitu.Hubungan halal kerana Ilahi.Janji sehidup semati.Berikrar susah senang bersama.Alhamdulillah moga menjadi inspirasi tidak tergelincir dari landasan sedari hari pertama menggalas tanggungjawab suami isteri.Itu duniawi.Ya di dunia..dalam setiap sujud.."sehingga ke jannah" itu meniti dan mengisi setiap ruang doa..dalam esak tangis..dalam jaga..dalam merai ulangtahun ijab qabul..subhanAllah..moga malaikat mangangkat doa itu ke langit..TETAPI akan tiba satu saat nanti..seolah janji tinggal janji..walhal hakikatnya semua pun berkelakuan sebegitu sehinggalah diberi ke mana singgahsana sebenarnya..

Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.(Surah 'Abasa : Ayat 37)

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi