Tetap Juga Memerlukan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


TETAP JUGA MEMERLUKAN || Allah cipta kita cukup sempurna dan yang menjadikan kita ini istimewa adalah akal fikiran yang fungsinya untuk berfikir.Namun nafsu yang ada pada diri dan tubuh setiap insan itu adakalanya buat kita menjadi hanyut dalam dunia sendiri,ya di situlah punca kelemahan timbul.

Kebergantungan pertama.Apa-apa pun cuba letakkan kebergantungan yang pertama pada Allah.Sesama insan,ubat-ubatan dan sebagainya adalah sebagai usaha dan perantara.Semua atas izinNYA juga.Doa yang baik-baik insyaAllah baik jadinya.Lambat atau cepat serahkan padaNYA.

Bercantum semula.Bak pepatah.."Air yang dicincang takkan putus"..eh air batu tu kalau diketuk mahu berkecai..betul...tapi bila air batu itu cair akan tetap bercantum dan bersatu semula..harap maklum..hihihi..Sebatang lidi tidak mampu untuk membersihkan sebuah rumah..tapi seikat penyapu lidi boleh menyapu dan membersihkan sebuah rumah..sama ada rajin atau tidak sahaja memanfaatkannya.

Saatnya akan tiba juga.Mungkin hari ini kita boleh menguruskan setiap urusan bersendirian..esok belum tentu.Bila kita berdaya untuk berdikari,jangan pernah memandang orang lain yang tidak seperti kita itu lemah,kerana mungkin kelemahan yang terlihat hanya satu sedangkan banyak lagi kekuatan yang dia miliki sedangkan kita tidak ada dan tidak ketahui.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama