13 February 2017

Memanglah Syok..Tapi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MEMANGLAH SYOK..TAPI ||Alhamdulillah,hari Isnin dah hari ni.Selamat memulakan tugasan walau di mana sahabat-sahabat berada..biarpun anda adalah seorang suri rumahtangga..ya,pastinya setiap hari dipenuhi dengan kerja-kerja yang sehabis baik cuba dilunaskan.Bagi yang sedang melanjutkan pelajaran..fokus sebaiknya.Untuk yang bekerja sendiri,moga terus gigih berusaha.Kejatuhan dan kebangkitan boleh dilakukan di mana-mana..boleh dilalui oleh sesiapa sahaja.Bezanya sama ada ianya dikongsi atau sekadar menjadi memori peribadi.

Kegilaan.Bukan gila.Lain ertinya.Jauh maksudnya.Moga tiada yang tersilap mentafsir maksudnya.Senang bicara,ya fanatiklah sebenarnya.Lain orang lain,kalau pun nampak sama tapi tidak serupa.Sebut tentang fanatik adakala ianya sangat sukar untuk dikawal.Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena bila sesuatu yang menjadi kegilaan itu tidak diperolehi atau sukar didapati.Salahkah?..tidak!..asal tidak melangkau batasannya kerana tidak semua kegilaan wajar dilayan dan dituruti kerana ada antaranya hujungnya merosakkan diri dan tidak mustahil menggoyahkan hidup berTUHAN..berpada-padalah.

Pimpin ke arah yang betul.Perasaan(emosi)..pemikiran(idea)..sebolehnya pimpinlah ke arah yang betul.Bohonglah kalau kita tidak pernah tersasar dalam mengemudi perasaan dan pemikiran..sekiranya pegitu tiadalah pesalah..tiadalah perbicaraan dan tiadalah hukuman-hukuman yang tertakluk pada kanun-kanun tertentu.Bezanya besar atau kecil kesan kesilapan dalam memimpin diri itu sahaja.Membinasakan diri sendiri atau tidak.Melibatkan orang sekeliling atau tidak.

Jangan rasa terikat tapi ingat nikmat.Wajib,harus,sunnat,makruh dan haram..hukum-hukum ini berperingkat mengikut apa yang sewajarnya bergantung pada apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.Islam tidak terus menghukum..tidak terus juga memberatkan hukuman..yang lazimnya membuat orang asing memandang serong pada agama kita adalah kita sendiri.Kita mencambhkan rasa takut pada mereka..kita menjadi duta pada agama yang bukan membiakkan ia sebaliknya membunuhnya dalam masa yang sama.Mencari kepuasan dalam kehidupan dengan cara dan kehendak sendiri itu memang syok..bila lakukan sesuatu itu dengan asbab tidak mahu hipokrit..puas kan...ya..puas..tapi hakikatnya kita sedang membuat insan yang kita sayangi bakal menderita..

Kegelapan itu tidak akan sentiasa gelita..sampai ketikanya biar sinar cahaya itu sehalus jarum..manfaatkan sebaiknya..jangan risau hilang dunia..tapi takutlah hilang akhirat..kerana di akhirat ada matlamat dan nikmat besar yang kita dambakan..💗Perdu Cinta💗 

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

13 comments:

  1. Jadi duta terpilih dan teragung jgn sampai kena pecat pulak kan.
    Kalau binatang dan pokok tu hidup juga tapi taklah jadi 'special duta' macam kita ni ye:)
    Ini akal sudah diberi - sesekali tersasar lumrahnya cuma kena cepatlah patah balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..kerana kita Allah kurna akal utuk membeza mana yang sewajarnya..tersasar ada banyak cara untuk kembali..kalau tidak boleh bersendirian minta bantuan pada sewajarnya insyaAllah..dengan syarat bila ditegur mana yang baik kena ikut dan terima..

      Delete
  2. Belayar jangan hilang haluan, mendayung jangan sampai terbalik sampan...

    ReplyDelete
  3. CARI CAHAYA AGAR MENERANGI JLN GELAP YG DILALUI

    ReplyDelete
  4. Sebabtu kalau nak buat sesuatu, kita seharusnya fikir dulu. Kena pikir jugak, perkara niboleh burukkan nama islam tak? Sebab kitalah duta Islam bila mana bergelar sebagai seorang muslim. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ana..kerana kita ini etiap gerak geri pandangan Allah kena jaga..pandangan manusia pun perlu diambil kira..lebih2 bagi yang belum Islam.. :)

      Delete
  5. biar selamat sampai jangan karam ditengah dayungan kan Kakcik :)

    ReplyDelete
  6. itulah sebaiknya raihanah..biar kecil..biar sedikit..asal berkat..insyaAllah..ameen :)

    ReplyDelete
  7. setuju kak PI..itu sebaik baiknya :)

    ReplyDelete
  8. W'Salam PC,

    Setuju sangat dgn kata2 jangan ikut emosi. Kita mmg digalakkan untuk berfikir secara rasional sblm meluahkan kata2 lebih2 lagi bila sdg marah..

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..